Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kritikan terhadap Menteri Besar Selangor tentang pergerakannya yang lambat untuk melaksanakan arahan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan tindakan "lambat" itu kerana berhati-hati dalam membuat keputusan.
Abdul Khalid juga berkata, untuk melakukan perubahan sikap daripada "lambat" kepada agresif untuk melaksankan arahan telah terlalu lewat.
"Baguslah (teguran), ia tiada menjadi masalah.
"Tidak, saya sudah terlalu lambat untuk melakukan perubahan.
"Ia bagaimana kita menggunakannya (duit rakyat). Itu adalah duit rakyat, jika kita kehilangan duit rakyat, kesemua perkara yang kita lakukan tidak memberi apa-apa kepada mereka," katanya yang dipetik daripada portal Antarapos, hari ini.
Semalam, Anwar dilaporkan media mengulangi kritikan terhadap Abdul Khalid.
Anwar juga berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.
"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar.
"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.
"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya. -SH
Wednesday, November 27, 2013
MB Selangor: Bukan Lambat Tapi Berhati-hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.