Sunday, November 17, 2013

Parlimen Seakan Jadi Tempat Beruk Melompat?

Ada perkara pelik berlaku di Parlimen semalam.

Pada sebelah pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkan usul untuk menggantung ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan kerana menghina speaker Pandikar Amin Mulia.

Surendran diusir dari Dewan pada hari sebelumnya kerana enggan berhenti membentangkan usul perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membalas dengan berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka memanggilnya "usul haram".

Pada sebelah petang pula, Fuziah Salleh, ahli Parlimen Kuantan, membentangkan usul untuk "mengagihkan semula" gaji lima orang penasihat bertaraf menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom dan Hasbi Habibollah.

Ahli Parlimen BN juga berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka juga memanggilnya usul haram.

Kelakuan "membalas balik" antara dua pihak yang menyebabkan perbuatan keduanya dikutuk sesetengah pemerhati kerana tidak matang dan berkelakuan seakan beruk di dalam Parlimen.

Tetapi adakah kedua-kedua aksi tersebut sama?

pakatan mp tearing motion papers 141113 Anda pernah dengar cerita seseorang yang memesan kopi tanpa susu di sebuah kedai kopi? Pelayan memberitahu bahawa kedai tersebut kehabisan susu, namun memandangkan mereka mempunyai gula, maka bolehlah memesan kopi tanpa gula.

Kopi tanpa susu dan kopi tanpa gula kedua-duanya kopi hitam. Akan tetapi, penyangkalan itu cukup penting. Kes sebegini disebut orang sebagai "serupa tapi tak sama".

Satu lagi contoh yang mungkin lebih baik: Orang kaya yang berdiet dan orang miskin yang kebuluran. Kedua-duanya kelaparan, tapi sebabnya amat berbeza.

Apakah sebab-sebab di sebalik tingkah laku blok kerajaan BN dan Pakatan?

Sebab Pakatan tolak usul kerajaan

Pada mulanya beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun untuk mengemukakan hujah, antaranya Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah, mengutarakan tiga sebab mengapa usul Nancy harus ditolak:

(1) Tidak mematuhi peraturan mesyuarat nombor 27, iaitu notis satu hari.

(2) Speaker mesti berpuas hati bahawa sesuatu notis satu hari mempunyai kepentingan awam - yang jelas tidak wujud dalam kes Surendran - sebelum boleh membenarkan notis tersebut, yang sepatutnya memakan masa seminggu untuk dibenarkan untuk didebat. Kalaupun kepentingan awam terlibat, hal ini harus dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

(3) Memandangkan speaker yang ‘dihina' merupakan speaker yang pada masa yang sama membenarkan usul ‘menghina speaker', maka terdapat konflik kepentingan yang jelas.

Sebab BN menolak usul Pakatan

Apa pula sebab BN menolak usul Fuziah?

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin, mendakwa, usul Fuziah mempunyai kesilapan dalam menamakan jawatan Hasbi Habibollah sebagai penasihat pembangunan Sarawak, yang sepatutnya disebut sebagai pengerusi Perlembagaan Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak.

Penjelasan kemudian dibuat kepada Dewan Rakyat bahawa kesilapan penamaan tersebut berada dalam dokumen sampingan, bukan notis usul, dan ini sepatutnya tidak menjejaskan kesahihan usul tersebut.

Sandiwara kedua-dua pihak?

Usul BN bertujuan menggantung seseorang ahli Parlimen kerana membawa usul mengenai perobohan kuil Hindu berusia 101 tahun.

Usul Pakatan bertujuan mengagih semula gaji yang dibayar kepada pelantikan politik khas dalam Jabatan Perdana Menteri oleh BN yang berjumlah RM1.6 juta setahun.

Penolakan Pakatan terhadap usul BN adalah kerana percanggahan penting dan ketidakadilan dalam usul tersebut.

Penolakan BN terhadap usul Pakatan kerana terdapat kesilapan penamaan.

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai ‘sandiwara' BN dan Pakatan dalam Parlimen semalam:

Pihak manakah yang cuba untuk membantah atas sebab yang benar dan kukuh, dan pihak manakah yang berkelakuan seperti monyet yang meniru aksi yang dilihatnya?

 ............................................
STEVEN SIM ahli Parlimen Bukit Mertajam. Beliau turut berdiri dan mengoyakkan usul Nancy Shukri semalam.

Steven Sim
Malaysiakini

2 comments:
Write comments
  1. Bukan kira PR atau BN..jika negara kita dah ramai etnik Cina dan India diangkat ke jawatan utama negara atau paling tidak Wakil rakyat..begitu la senario yg boleh berlaku. Jika kita berada di negara China.India atau SPore..boleh tak kita brtanding dan memnangi election lantas masuk parlimen sebagai wakil rakyat? aku rasa jauh panggang dari api. Negara kita?? Pengerusi Hindraf dipanggil masuk kabinet, penasihat gereja dSabah dijemput masuk sama. Kawsan melayu diwakili oleh YB India atau Cina kononya nak amik sokongn rkyat. Di tiga negara yg saya sebutkn kat atas tadi,ada buat mcm kita? Sori..kaum dia org jugak la yg jadi wakil atau pemimpin kita.

    ReplyDelete
  2. Tepuk dada tanya otak, bukan tanya selera

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.