Sunday, November 3, 2013

Sungai Limau: SPRM, SPR umpama kayu ‎mati?

PAS hari ini melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi "kayu mati" yang gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK Sungai Limau.

Parti itu mendakwa pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit dan barangan atas pelbagai nama.

"Ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan, kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim mendakwa SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis hanya menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.

"Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Budaya berkenaan jelasnya diterima umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihan raya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka.

"Bilamana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salahguna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah," katanya.

"Kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing," tambahnya lagi.

Di samping itu, Tuan Ibrahim turut mendakwa budaya salahguna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini.

"Pengundi DUN Sungai Limau diharap dapat menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan mereka kepada amalan rasuah," katanya. – TMI

2 comments:
Write comments
  1. Najib bolehlah ambil alih jawatan pengerusi sprm....

    ReplyDelete
  2. AKU TINGOK PAS MENANG. MACAMANA MAHU MINTA MAAF PADA YG KAO KATA NI, BRO? ATAU MAHFUZ DAN MAT SABU MAASUMKAN KAO SEMUA DEMI MASUKKAN JUGA KAO SEMUA KE SUYRGA. BOLEH KOWTIMM MAA

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.