Wednesday, November 27, 2013

Campur tangan melampau, wakil Sabah hilang keyakinan

Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin daripada 11 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.

Anwar dikatakan antara pemimpin atasan PKR yang banyak terlibat campur tangan dalam urusan pentadbiran parti di Sabah. Gambar fail.

"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi...beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keluar parti pemimpin cabang PKR Sabah dan menyokong Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Jelani dan Adun Kadamaian Jeremy Malajad, kedua-duanya, telah terlebih dahulu keluar parti pada 4 November, turut hadir pada sidang media itu.

Jelani yang mewakili pemimpin daripada 11 cabang parti itu turut mendedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang terlibat campur tangan dalam urusan pentadbiran parti di Sabah.

Mengulas mengenai gelombang kedua pemimpin cabang PKR negeri yang akan keluar parti selepas ini, Jelani mendakwa jumlah keseluruhan yang terlibat tidak kurang 20 cabang.

Di Sabah terdapat 25 cabang (bahagian) PKR, katanya sambil menambah keputusan mereka meninggalkan parti telah dibuat sejak selepas pilihan raya umum ke-13 lepas.

Beliau turut menafikan bekas pemimpin cabang PKR yang keluar parti itu telah "dibeli" oleh BN memandangkan parti itu (BN) telah menguasai dua pertiga kerusi DUN.

Mengenai maklum balas Anwar berhubung tindakan keluar parti, Jelani berkata:

"Dalam SMS, memang kecewa...memang normallah dia (Anwar) kata kami dapat tawaran lebih baik daripada pihak lain."

Dalam pada itu, Jelani turut menyatakan komitmen kesemua mereka untuk memberi sokongan 100% kepada BN, tetapi masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai komponen parti itu atau membentuk satu kumpulan baharu.

Ditanya pindaan perlembagaan PKR pada konvensyen parti itu Ahad lepas yang akan melantik seorang wakil negeri Sabah dan Sarawak mengisi jawatan naib presiden, Jelani berkata: "Anda boleh pinda apa juga artikel, tapi dari segi pelaksanaan, sama ada ikut atau tidak. Mungkin hanya atas kertas sahaja.

"Ini terjadi dalam keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat negeri."

Bekas ketua cabang Kota Marudu Anthony Mandiau pula berkata kegagalan pucuk pimpinan parti mendengar suara rakyat di Sabah adalah punca mereka hilang kepercayaan dan beralih menyokong BN.

Beliau mendakwa presiden dan timbalan presiden parti itu turut mencampuri urusan parti di Sabah. - Bernama,

7 comments:
Write comments
  1. Standard le Sabah. Mereka tak mahu orang Semenanjung 'tolong' uruskan. Mereka mau kelompok mereka sendiri dan mereka sebenarnya suka kaum kerabat asal mereka dr Indonesia atau Filipina . Itu fakta sejarah Sabah. Macam juga bekerja, org Semenanjung tak boleh bekerja sewenangnya di Sabah walau warganegara. Mereka mau anak tempatan biar pun mereka tu asal Sulu' atau Tidong atau Butun. Malah beratus2 etnik lagi semua suku sakat dari Indonesia dan bukan pribumi Sabah. Jadi tabiat perangai itu tidak kesudahan termasuk dalam halehwal parti. Kesimpulannya, nasib rakyat Sabah gamaknya akan dijajah sebilangmasa oleh UMNO le.

    ReplyDelete
  2. Anduh bah...kenapa tiga suku tuu jak yg disebut....yg lain2 suku tuu ok kah....serkap jarang..hentam keromo...apa kena mengena bangsa dgn puak2 puaka tuu....kasihan kamu...begitulah kalau udah asal usul seberang...........teruskanlah ya.......kami memang kenal gelagat kamurang ni.........

    ReplyDelete
  3. jelani; jd UMNgOk betul2 membela kaum kau @ poket kau sj????

    ReplyDelete
  4. Ndak payah la ckp psal bgsa bah...

    ReplyDelete
  5. jelani ni utuk poket dia saja.saya kenal siapa jelani.kalau bukan tanding tiket pr,memang bungkus lah dia macam dulu.ketua cabag saja keluar tapi rakyat tidak.nantikan nasib mu jelani katak polipikan di pru 14

    ReplyDelete
  6. Apa pun sekarang ni politik pun bikin kalam kabut

    ReplyDelete
  7. Campur tangan melampau

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.