Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat laporan polis secara serentak di seluruh negara hari ini untuk terus mendesak supaya semua aktiviti yang melibatkan Pejabat Peguam Negara dibekukan.
Ini berikutan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan terdapat dua agen perisik agensi CIA yang bekerja di pejabat itu.
SAMM turut mengatakan yang negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus.
“Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim (bekas pegawai kanan Polis), negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui Pejabat Peguam Negara,”
“SAMM juga tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktiviti pengintipan ini juga mampu menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa.
Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat,” kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan melalui satu siaran media.
Selain itu, SAMM turut mendesak supaya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberkas untuk disoal-siasat dan Mahathir sendiri tampil memberi penjelasan.
“Laporan polis akan mula dibuat oleh SAMM di Pulau Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis Bayan Baru, diikuti oleh SAMM dari negeri lain termasuk dari Sabah dan Sarawak.
“SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini,” tambahnya lagi.
Ujarnya lagi, akan menyeru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai untuk berkumpul beramai-ramai di hadapan Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk memberi tekanan yang lebih serius pada 24 November ini jika tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis. -FMT
Sunday, November 17, 2013
Kes Gani Patail & CIA: SAMM Buat Laporan Polis Seluruh Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Krn tdk terdapt keadilan di Malaysia bimbang rakyat seluruhnya berlaku melepatakah.
ReplyDeleteRakyat rata2 tahu bhwa berlaku penipuan besar dalm PRU13 yg lepas untk memenangkn UMNO/BN dg bnyk cara secara HARAM yg jelas memihak kpd UMNO/BN mghadapi kekalahan yg teruk rakyat telah menolak UMNO/BN!!
ReplyDeleteAPA TUJUAN HAMPIR SEMUA KAWASAN MGIRA UNDI LAMPU DIMATIKAN KALAU TDK KRN BERLAKU PENIPUAN?..............
ReplyDeleteGani Patail ni sebenarnya dlindungi oleh UMNO sejak sekian lama. Dlindungi tu sebab UMNO nak hidup,maknanya apa2 salah laku YB Menteri atau Hardcore UMNO tidak ada pndakwaan yg akan dlakukan oleh pihak AG. Lepas tu,mana2 peg awam yg jelas sokong UMNO,juga bebas dr pndakwaan ( jika tindakan itu mnguntongkn UMNO). Bahasa politk ialah..Pendakwaan Terpilih.
ReplyDelete