Tuesday, May 31, 2011

Utusan , "Funder" dan Misi Mereka

Senarai "kejahatan" yang dilakukan Utusan Malaysia 10 tahun kebelakangan ini terlalu panjang untuk dicatatkan. Memalsukan berita, memutar-belit kenyataan orang yang ditemuramah, memainkan isu agama dan perkauman yang tidak benar - segala-gala ini menjadi bahan rujukan untuk kursus pengajian komunikasi ketika membincangkan etika kewartawanan.

Utusan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1939 ini bukan sahaja sebagai akhbar Melayu yang paling panjang sejarahnya, malah mencatat rekod unggul dalam gerakan anti-penjajahan, bahkan juga dalam perjuangan kebebasan media selepas kemerdekaan. Bagaimanapun, selepas diambil-alih UMNO pada tahun 1961, Utusan Malaysia telah menjadi lidah dan alat propaganda parti politik ini.

Namun demikian, perangai Utusan Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini semakin melampau - walaupun sebagai lidah parti. Utusan Malaysia menjadi sasaran kritikan, malah antara yang mengkritiknya adalah kaum Melayu sendiri. Utusan Malaysia pernah menjadi akhbar Melayu terlaris di tanahair, namun telah kehilangan "kerusi pertama" ini selepas zaman Reformasi.

Berita yang tidak masuk akal

Seandainya dianalisa mengikut perspektif "pemasaran", apa yang menimpa Utusan Malaysia mencerminkan bagaimana kedudukan pasarannya yang menongkah arus zaman. Secara keseluruhannya, suasana politik perkauman pada zaman 1990-an tidak tegang sebagaimana zaman 1980-an. Malah, selepas "Reformasi", politik pembangkang (opposition politics) telah menuju ke arah politik yang melangkaui batas perkauman. Namun Utusan Malaysia tetap menari mengikut rentak politik perkauman UMNO. Maka Utusan Malaysia ditakdirkan untuk kehilangan pembacanya sebagaimana UMNO kehilangan sokongan undi-nya.

Isu "Kristian Agama Rasmi?" yang dimainkan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 cuma salah satu daripada senarai "kejahatan"-nya. Kita masih ingat bahawa Kementerian Penerangan pernah mengarahkan media cetak agar tidak memetik berita dari media internet atas alasan "beritanya tidak benar".

Malah, media tradisional suka mengkritik media internet dengan tuduhan bahawa "media internet tidak mengesahkan kebenaran sebelum menyiarkan berita"-nya. Kini, Utusan Malaysia pula yang memetik berita daripada blog (bukan media internet pun), menyiarkannya di muka depan tanpa mengesah sejauh mana kebenarannya - ia sememangnya sesuatu yang tidak masuk akal!

Lebih penting, mereka yang memiliki sedikit kesedaran (sense) akan tahu, bahawa "pertemuan paderi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri dari kalangan penganut Kristian" adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Usahlah kita bincang tentang sistem politik kita yang kompleks - tengok sahaja kepada struktur populasi kita - daripada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Februari 2011 - "Bumiputera/Melayu" mencakupi 66.18% daripada jumlah populasi rakyat Malaysia (antaranya kira-kira 80% Melayu, 20% kaum asli); sementara Cina, India dan kaum lain terdiri daripada 33.82%.

Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah kedudukan Islam sebagai agama rasmi boleh digantikan kristian? Lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu yang mencakupi kira-kira satu pertiga daripada jumlah populasi ini bukan kesemuanya penganut agama Kristian - buddhist, taoisme, hindu, sikh dan sebagainya - fakta ini telah hilang dari pandangan Utusan Malaysia!

Najib dijulang sebagai penyelamat

Takkan Utusan Malaysia tidak faham penalaran yang semudah ini? Seandainya kita mengikuti perkembangan drama ini, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak akhirnya telah bertemu dengan pemimpin Islam dan Kristian - berjaya mencapai muafakat untuk patuh kepada jaminan bahawa Islam akan terus kekal sebagai agama rasmi. Bukankah ia sesuatu yang jelas untuk kita semua?

Utusan Malaysia mereka satu isu dengan memetik khabar dari blog yang menggunakan nama samaran, cuba mewujudkan suasana "krisis" - yang padahalnya tidak wujud. Kemudian, Najib tampil untuk "menyelesaikan" satu krisis yang cukup untuk menggoyah asas dan tunjang negara - Najib bukan sahaja telah "meredakan" kemarahan yang tercungkil di kalangan komuniti muslim; malah juga "meleraikan" usaha paderi kristian. Dalam drama ini, Najib memainkan watak sebagai "penyelamat", dan paderi yang tidak berdosa hanya menelan pahit sendiri.

Bukan lagi rahsia untuk umum, bahawa orang pertama dan kedua UMNO sebenarnya memainkan watak yang berbeza. Seorang dengan slogan "1Malaysia"-nya, seorang lagi pula dengan "keMelayuan"-nya. Namun demikian, tingkahlaku Utusan Malaysia kali ini lebih kepada sandiwara yang boleh dijelaskan dengan analisa "krisis".

Pertama, Najib dijulang sebagai "penyelamat"- bukan sahaja penyelamat untuk seluruh rakyat Malaysia daripada konflik agama, malah penyelamat Melayu/Muslim. Keduanya, isu agama dan perkauman ini diwujudkan untuk merangsang kebimbangan "krisis" dalam masyarakat Melayu sendiri, supaya pengundi Melayu kembali menyokong UMNO, untuk mengukuhkan kuasa elit UMNO.

Tingkahlaku Utusan Malaysia ini mendedahkan betapa munafiknya UMNO/BN dalam pengawalan media untuk berdekad-dekad. Tiada seorang PM terkecuali daripada memberi amaran kepada media untuk memikul tanggungjawab sosial - mengorbankan kebebasan tertentu demi keharmonian masyarakat, membuat laporan yang benar - atau kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. Ironinya, Utusan Malaysia yang dimiliki UMNO adalah institusi media yang secara terang-terang mengingkari amaran ini.

Jangan bodoh dan naif

Jikalau mengikut bahasa politik BN, kalaupun Utusan Malaysia tidak disabitkan kesalahan hasutan kerana memainkan isu perkauman dan agama, sekurang-kurangnya ia telah melanggar seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu menyiarkan berita palsu (false news). Menurut pengalaman BN yang lalu, seandainya media melanggar undang-undang ini - ia akan digantung permitnya untuk satu tempoh (seperti Makkal Osai yang menyiarkan gambar Jesus merokok), kalau bukan dihentikan terus (seperti Sarawak Tribune dalam isu kartun menghina Nabi).

Namun demikian, Kementerian Dalam Negeri sekadar mengeluarkan surat teguran kepada Utusan Malaysia. Gerak geri ini dilihat hanya dibuat-buat untuk memuaskan pihak-pihak tertentu. Meskipun Ketua Pengarangnya dipanggil untuk memberi penjelasan kepada KDN, namun siapa tahu, bahawa ia mungkin hanya "minum kopi" dan bersembang-sembang - bagaimana sandiwara ini dilakonkan dengan begitu menarik?

Malah, adalah bodoh dan naif untuk mengharapkan KDN menjatuhkan hukuman berat ke atas Utusan Malaysia, kerana tingkahlakunya adalah untuk berkhidmat kepada tuannya.

Setiap kali berlakunya isu sebegini, ramai pemimpin Cina dalam BN dan pertubuhan Cina, malah akhbar Cina akan berebut-rebut untuk menuding jari terhadap Utusan Malaysia. Tiada salahnya untuk menyalahkan media yang bersalah. Cuma, bukankah ia juga "sandiwara"? Lihatlah bagaimana mereka memuji dan memuja Najib - tuan kepada Utusan Malaysia - dan kita akan sedar bahawa ia hanyalah pertunjukan munafik secara kolektif. -MR

BN Pulau Pinang dedahkan maklumat sulit

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan Barisan Nasional Pulau Pinang yang telah memilih untuk mencari publisiti politik murahan dengan mendedahkan butiran perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Perjanjian tersebut...

Biasiswa JPA: Nasib 86 pelajar ditentukan esok

Jemaah Menteri akan bermesyuarat esok bagi menentukan sama ada 86 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM tetapi gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam boleh melanjutkan pelajaran mereka di luar negara."Saya, Menteri Kesihatan...

Korban "Timun Maut" Semakin Meningkat

Jumlah korban akibat mentimun yang tercemar bakteria yang membawa maut dijangka akan meningkat, demikian kata para pengkaji.

Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban di Jerman akibat infeksi bakteri E. coli yang tersebar melalui mentimun.

Mentimun yang diyakini diimport dari Sepanyol tersebut tercemar oleh jenis bakteria E.coli yang menyebabkan sindrom hemolytic-uremic (HUS).

Kami berharap akan ada penurunan kes, namun yang kami khuwatirkan hal ini akan terus memburuk," ujar Oliver Grieve dari Pusat Kesihatan Universiti Schleswig-Holstein, tempat dimana para korban dirawat.

Pejabat Sepanyol mengatakan masih belum dipastikan apakah mentimun tersebut berasal dari Spanyol.

Institut Robert Koch (RKI), sebuah institut pusat penyakit di Jerman, mengesahkan sudah ada 329 kes keracunan, namun beberapa laporan menyebut angka 1200 kes.

Sementara itu wabak penyakit yang disebabkan mentimun 'maut' dipastikan ada 36 kes.

Mereka yang jatuh sakit tersebut dikatakan sebelum ini telah berkunjung ke Jerman.

Di Republik Czech, sejumlah sayuran juga dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria telah ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa Czech menyatakan, sebanyak 120 timun organik Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria itu ditarik semula penjualannya dari pasar raya dan kedai runcit.

Pegawai kesihatan di Austria pula memberitahu, hanya sebilangan jumlah timun yang ditarik balik.

Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan Austria menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan amaran bahawa pencemaran bakteria itu turut merebak pada tanaman tomato dan terung.

Agensi tersebut mendakwa sejumlah sayuran itu mungkin telah dijual dan meminta orang ramai yang membelinya supaya segera membuang sayuran tersebut.

Di Denmark, seramai lapan orang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria E. coli.

Timun yang dicemari bakteria itu turut dilaporkan turut dieksport ke Hungary dan Luxembourg untuk dijual.

Dua rumah hijau di Sepanyol didapati menjadi sumber bakteria tersebut merebak.

Negara lain seperti United Kingdom dan Belanda juga dipercayai dijangkiti bakteria tersebut.

Orang ramai yang baru pulang mengunjungi Jerman pula diminta untuk berjumpa dengan doktor jika mereka mengalami cirit birit berdarah. -AFP, Reuters, BBC

Pemimpin Kaum Murut Terpinggir?

Saudara Pengarang....PILIHANRAYA Umum ke 12 telah menunjukkan kesetiaan kaum Murut, khususnya di Pedalaman kepada kerajaan Barisan Nasional dengan mengundi calon-calon Barisan Nasional di kawasan kaum Murut adalah pengundi majoriti ataupun kaum Murut menjadi pengundi penentu...

Kisah Anak Muda pada Himpunan Hari Belia

PUTRAJAYA: Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!Itulah harga sesetengah makanan yang dijual di medan selera sempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 berakhir semalam yang mengejutkan kebanyakan pengunjung kerana...

Tarif elektrik naik setiap enam bulan?

Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata...

PRU 13, lambat atau cepat BN tetap jadi pembangkang

Perkembangan mutakhir menunjuk kemungkinan besar tidak akan berlakunya pembubaran parlimen yang memberi laluan kepada PRU ke 13 berlangsung dalam masa terdekat.Alasan pertama saya ialah langkah yang diambil dengan pengumuman pihak kerajaan yang tidak menaikkan harga...

Himpunan Belia dieksploit menjadi Majlis BN

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengeksploitasikan aktiviti Himpunan Sejuta Belia 2011 sebagai platform untuk mempertahankan kuasa memerintah yang penuh dengan agenda politik sempit. Himpunan belia yang berlangsung di Putrajaya telah...

Tarif Naik, Harga Makanan Turut Naik

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik."Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada...

Kini Muncul Bayi Tiruan

Dulu riuh pasal telur tiruan, daging tiruan. Sekarang ni timbul pulak pasal bayi tiruan. Hebat nya manusia zaman sekarang.Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England, Nikki Hunn, mencipta anak patung...

Monday, May 30, 2011

Risiko berganda rakyat selepas PRU-13

Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar...

PERANG DINGIN’ PUNCA AZMAN DIPECAT

KETUA Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan pertukaran Ketua Pemuda Umno Sabah adalah proses biasa dalam parti.Katanya, Ketua Pemuda Umno Sabah sebelum ini Azman Haji Ruslan ditukar oleh Haji Awang Kading Tang...

Pelajar Tahfiz Dakwa Diliwat

Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut...

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila...

GERAKAN : Ada usaha singkir presiden?

Gerakan menafikan terdapat usaha dari dalam parti itu untuk menyingkirkan presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon walaupun terdapat laporan bahawa semakin ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko...

Lynas: Penduduk Kuantan Bawa Sepanduk

Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel semakannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.Kumpulan itu, kebanyakannya pesara,...

Nikah Serendah RM18

Dengan hantaran itu, lelaki dari Malaysia boleh berkahwin dengan gadis negara jiran yang tinggal di kawasan Sambas, Kalimantan Barat, melalui kegiatan dikenali sebagai 'nikah siri'.Kegiatan ini kebanyakannya dicari oleh lelaki yang mahu berkahwin dua, tiga...

PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sebulu?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13, kata seorang pemimpin PKR, lapor TV Selangor.Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid...

3 Ditahan ISA Terlibat Penyeludupan Manusia

Tiga orang termasuk dua warga asing ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Lahad Datu pada 24 Mei lepas, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang...

Tentera Gaddafi rogol lebih 200 wanita

BENGHAZI: Pada awalnya, maklum balas terhadap soalan trauma perang di Libya seperti dijangkakan iaitu 10,000 orang didapati menderita pasca traumatik stres (PTSD), 4,000 daripadanya kanak-kanak dengan masalah psikologi. Kemudian hasil yang tidak dijangkakan timbul, 259...

Sunday, May 29, 2011

TPM beri isyarat PRU semakin hampir

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.Katanya, PRU-13 adalah tumpuan utama BN kerana ia...

Lelaki Baru Kahwin Mati Ditikam Hingga Perutnya Terburai

Seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga, mati dalam keadaan mengerikan apabila isi perutnya terburai selepas ditikam seorang daripada dua lelaki bermotosikal di sebuah lorong belakang rumah kedai, Taman Paroi Jaya, di sini, semalam.Dalam kejadian...

Anwar : Najib silap baca golongan muda

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib semalam...

Kepala Babi Di Gerai Cendol

Gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang digantung kepala babi, selain disimbah cat merah dua hari lalu, pernah disimbah cat hitam serta peralatannya dirosakkan.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien...

Mata murid buta dicucuk pensel

Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin.Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd....

Saturday, May 28, 2011

Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang

Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak,...

Kenapa Melayu terus jadi hamba dadah?

Kes penyalahgunaan dadah di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan. Sehinggakan seorang hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini, melahirkan kesedihannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini membabitkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama...

Pelatih PLKN Lahirkan & Buang Bayi Di Belakang Asrama

Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cancun Park, Bukit Tuku dekat sini ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya, petang semalam.Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata...

Bob Lokman ikrar bantu Pakatan ke Putrajaya

Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman berkata tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya."Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan. "Tugas saya kini berceramah, membantu...

Individu misteri antara Razak, Altantuya?

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia...

Page 1 of 1132123»