Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.
Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.
Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.
Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang. -Kosmo
Friday, May 27, 2011
Pelajar cedera dibelasah 6 guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkara ini wajib disiasat. Berikan nama-nama guru yang terbabit dalam kes ini untuk siasatan lanjut.
ReplyDeleteya..siasatan perlu dibuat dan tindakan sewajarnya juga perlu diambil.
ReplyDeleteGanas juga cikgu2 ni..
ReplyDeletekeenam-enam guru ni wajar dikenakan tindakan. rasanya kalau pun pelajar tu ada buat salah, tak kan lah begitu cara dia dihukum.
ReplyDeletePastikan siasatan dilakukan bagi memastikan kebenaran apa yang berlaku dalam kes ini.
ReplyDeletehal ini perlu diambil tindakan, sebagai guru tak patut mereka berlagak seperti samseng.
ReplyDeleteGuru apa ni, sanggup berkasar dengan pelajar mereka.
ReplyDeletebagi sia, sebelum sia buat apa2 assumption ,sia nak dengar pula penjelasan dari guru2 yg didakwa memukul budak ini..mungkin ada cerita lain lagi? mana kita tau kan?
ReplyDeleteBetulkah ni? Dia orang tu mnausia ke binatang? Apa salah murid ni? Sampai hati guru-guru ini berbuat demikian?
ReplyDeletePenjelasan guru terbabit mesti juga didengar.
ReplyDeleteJika murid ini benar dibelasah, guru tersebut harus diambil tindakan.
ReplyDeleteTiada alasan bagi mereka membelasah seorang murid beramai-ramai.
Mereka ini guru atau samseng?
ReplyDeleteSiasatan terperinci perlu. Kesahihan dakwaan murid ini mesti dipastikan. Jika benar, guru-guru tersebut harus dibuang kerja dan didakwa ke mahkamah.
ReplyDeleteMereka tidak layak digelah guru jika didapati berbuat demikian.
ReplyDeletePihak berkenaan kena siasat dengan adil. Kes ini serius.
inilah akibatnya jika mahkamah tidak tegas dan mudah dikawal oleh pihak tertentu.. jika keenam2 guru ini tidak dikenakan tindakan undang2, saya yakin kes ini bukan yang terakhir..
ReplyDelete