Golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu.
Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru.
"Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya.
Ghani juga meminta kerajaan merekut sekurang-kurang 70 peratus penduduk tempatan sebagai guru di Sabah dan Sarawak dengan majoriti daripada kawasan luar bandar.
Pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat bagi warga pendidik berkuat kuasa 1 Jan depan.
Lima kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.
Bagaimanapun, beberapa warga pendidik khususnya dalam kumpulan rendah mendakwa mereka tercicir daripada kaedah baru kenaikan pangkat.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, telah meminta kumpulan itu supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.
- Bernama
Sunday, May 22, 2011
Guru Sarawak kecewa dipinggirkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kementerian pendidikan patut memberikan layanan yang lebih adil kepada semua guru-guru. Jangan ada yang terpinggir.
ReplyDeleteMereka yang layak patut diberikan peluang adil untuk dinaik pangkat.
ReplyDeleteJangan abaikan guru2 tempatan.
ReplyDeleteTreat the local teachers equally.
ReplyDeleteIf these local teachers are qualified and show good performance, then they deserve to be promoted.
ReplyDeleteGuru adalah aset paling berharga buat negara kerana mendidik generasi masa depan negara.
ReplyDeleteGaji mesti diberi setimpa usaha mereka.
Kepentingan guru harus dijaga terutamanya guru yang mengajar di kawasan pendalaman. Peluang mereka naik pangkat harus diberi perhatian dan keutamaan.
ReplyDeleteGaji yang bagus dan peluang naik pangkat yang adil dapat menyuntik semangat yang tinggi untuk guru.
ReplyDeleteUbah polisi yang tidak adil terhadap golongan guru yang tertentu.
JIka didapati ada golongan yang tercicir dalam kaedah baru kenaikan pangkat guru, cepat buat aduan supaya masalah ini dapat ditangani dengan cepat.
ReplyDeleteJasa guru dikenangan. Bagi mereka yang terlibat memyusun kaedah kenaikan pangkat guru, jangan lupa kamu juga dididik guru. Ilmu kamu gunakan sekarang untuk mencari nafkah adalah dari guru.
ReplyDeletesemoga pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeletekaedah struktur gaji yang baru harus dilaksanakan secara adil ke atas semua guru-guru dan jangan biarkan ada di antara mereka yang terpinggir.
ReplyDeleteJangan terlalu kecewa, pasti ada cara penyelesaian.
ReplyDeletesemua guru harus dilayan dgn adil.
ReplyDeleteAdiii, kenpaakah boleh ada yang terasa dipinggirkan. hhmmm ni mesti ada yang tak beres ni.
ReplyDeleteHarap semua guru tak dikira dari mana sekalipun diberi layanan yang sama supaya takda pihak yang rasah dipinggirkan.
ReplyDeleteSebaiknya mereka yang dipendalaman tidak seharusnya terpinggir dari kenaikkan pangkat atau sebagainya. Harap kementerian pelajaran akan menangani perkara ini.
ReplyDeleteGuru-guru perlu diberikan layanan setaraf.
ReplyDeletepenjawat awam sibuk dengan kenaikan pangkat dan tidak henti2 menuntut kenaikan gaji. bagaimana pula dengan pekerja sektor swasta.. yang sebenarnya terpinggir dan amat memerlukan perhatian kerajaan ialah pekerja2 di sektor swasta..
ReplyDeletekebanjiran guru-guru dari semenanjung menutup peluang guru tempatan mendapat penempatan terutama graduan-graduan pendidikan dari univerisiti. kamu semua sedarkah? guru-guru dari semenanjung/malaya ini mendapat lebih banyak kelebihan..jadi apa suara kerajaan negeri terhadap guru semenanjung ni
ReplyDelete