Monday, May 23, 2011

Khairy dihentam kerana tak sokong PERKASA

Walaupun ramai pemimpin Umno menjarakkan diri dengan PERKASA, isu kumpulan hak Melayu timbul lagi dalam program sepetang bersama Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin di Pulau Penang semalam.

NONEKhairy berkata, walaupun ramai anggota Umno - seperti juga sebahagian daripada PAS dan PKR - menyokong PERKASA dan aktivitinya, beliau tetap menolaknya walaupun ia bermaksud mengundang masalah baginya dalam parti Melayu itu sendiri.

Ketika bercakap di Universiti Wawasan di Pulau Pinang malam tadi, Khairy mendedahkan, beliau diselar oleh orang Umno sendiri kerana tidak menyokong PKERKASA.

Beliau sebaliknya menimbulkan persoalan berhubung kemungkinan parti itu kehilangan undi Melyu dan bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang ekoran perkembangan itu

Menurut Khairy lagi, beliau diberitahu bahawa PERKASA mesti disokong atas alasan Melayu mesti bersatu. -MK

15 comments:
Write comments
  1. Saya sokong Khairy kerana menolak Perkasa. Jangan sekali memberi sokongan kepada NGO rasis seperti Perkasa.

    ReplyDelete
  2. terserah kepada Khairy untuk menyokong perkasa ataupun tidak.

    ReplyDelete
  3. Bagus Khairy. tak kan la orang suruh makan tahi ikut juga makan tahi. Sendiri ada akal & pikiran, pikir la sendiri.

    ReplyDelete
  4. Khairy melihat apa yang dilakukan oleh PERKASA itu adalah tindakan yang tidak betul. jadi, memang patut pun dia tidak sokong.

    ReplyDelete
  5. perjuangan PERKASA ni baik untuk mempertahankan orang Melayu, tapi kadang kala, PERKASA ni terlalu agresif dan byk keluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain. ini juga memberi gambaran negatif terhadap PERKASA.

    ReplyDelete
  6. Apa yang saya baca, Utusan & Perkasa ni tiada yang positif. Semua negatif.

    ReplyDelete
  7. PERKASA Ibrahim Ali memang perlu diberikan nasihat.

    ReplyDelete
  8. Bukan semua dalam umno ni mempunyai pendapat yg sama, & sia percaya byk dalam Umno ni liberal pemikirannya & bukan konservatif seperti Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  9. PERKASA patut diharamkan saja kerana tidak memberikan manfaat kepada negara..bahkan PERKASA sering kali menimbulkan kontroversi yang mengoyahkan perpaduan antara kaum dan agama.

    ReplyDelete
  10. utusan dan perkasa adik-beradik...dua2 bikin kacau dalam negara..najib patut haramkan adik-beradik ni.

    ReplyDelete
  11. khairy berani menyatakan pendiriannya kerana beliau tidak sependapat dengan PERKASA..tindakan beliau ini harus dicontohi oleh ahli2 UMNO yang lain..

    ReplyDelete
  12. PERKASA harus ditolak..

    ReplyDelete
  13. macam mana sekalipun saya tetap mengharapkan supaya Perkasa dihapuskan atau dibubarkan.. parti seperti ini tidak sesuai berada di Malaysia yang rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama..

    ReplyDelete
  14. Jangan pedulikan apa yang Perkasa buat. Kuatkan pendirian anda.

    ReplyDelete
  15. Perkasa semakin melampau sekarang. Kita perlu belajar menolak politik ekstremis seperti mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.