Monday, May 30, 2011

Lynas: Penduduk Kuantan Bawa Sepanduk

Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel semakannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan.

Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.

Sambil melaungkan “Stop Lynas” (hentikan Lynas) dan“Lynas go back Australia” (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku.

Bantahan itu turut mengundang perhatian penginap hotel, termasuk pelancong asing yang mengambil kesempatan mengambil gambar dan menepuk tangan tanda sokongan.

Kelihatan pekerja hotel menarik kain langsir untuk menghalang kelibat penduduk itu kelihatan mereka terus berganjak ke tempat lain.

Pihak hotel bagaimanapun tidak menghentikan bantahan itu.

Pengawal kesalaman yang bertugas hanya memerhatikan manakala polis pula hanya tiba selepas kumpulan itu bersurai pada jam 8.40 pagi.

Bantahan ini antara beberapa siri sebelumnya. Ia sentiasa berlangsung walaupun kerajaan memberi jaminan operasinya akan selamat dengan mendakwa panel apakar akan menelitinya. -mk

12 comments:
Write comments
  1. Lynas patut diberhentikan kerana sudah dibuktikan akan mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan kesihatan rakyat.

    ReplyDelete
  2. jika projek lynas tidak mesra dgn persekitaran, lebih baik dihentikan, lagipun ia mendpat bantahan keras dari pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  3. pekara ini perlu diselesaikan dengan sebaiknya. suara rakyat perlu didengar.

    ReplyDelete
  4. rakyat didahulukan. kerajaan perlu mempertimbangkan semula projek Lynas ini memandangkan rakyat terus membantah operasinya.

    ReplyDelete
  5. Dengarlah suara rakyat. Jangan cemarkan tanah air kita.

    ReplyDelete
  6. Tepuk dada dan tanya pada diri, siapa senang hati jika kilang ini ldibina berdekatan kampung halaman kita?

    ReplyDelete
  7. Rakyat didahulukan. Slogan ni iklas ke tidak? Jangan fikir rakyat cuma mau membantah, tentu ada sebab yang merisaukan mereka.

    ReplyDelete
  8. Keputusan membina kilang ini patut dikaji semula, jangan mengorbankan masa depan Malaysia demi kepentingan jangka pendek.

    ReplyDelete
  9. Kenapa cadangan ini dilulukan tanpa merujuk kepada rakyat? Kesihatan dan keselamatan rakyat .

    ReplyDelete
  10. Kesan radioaktif amat membahayakan. Projek ini tidak dibenarkan bertapak di Australia kerana bahaya kesan buangan perusahaan ini, jika dinegara sendiri pun tidak diluluskan, kenapa Malaysia menerimanya.

    ReplyDelete
  11. projek ini selamat bagi pemimpin2 kerajaan yang tinggal jauh dari kawasan ini, bagaimana pula dengan penduduk sekitar?

    ReplyDelete
  12. Janjilah sebelum ini yang akan ditagih oleh rakyat. Maka janji perlulah dikotakan sebaik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.