Tuesday, May 24, 2011

BN usaha bagi IC segera pada warga asing

PAS mengesyaki wujud usaha BN memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing di Tumpat, Kelantan bagi memberi undi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) hari ini mendedahkan maklumat mengenai program yang dinamakan "program pelaksanaan operasi mydaftar" yang akan berlangsung Sabtu, 28 Mei ini.

Menurut beliau, program tersebut diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.

Menurut maklumat yang diterima kata Kamarudin, program tersebut bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat negeri Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan.

Ianya merangkumi lima perkara iaitu pendaftaran, kelahiran, kematian serta anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegaraan, khidmat nasihat semua urusan JPN, dan khidmat nasihat oleh Jabatan Imegrisen Malaysia.

"Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor," kata beliau yang juga ahli Parlimen Tumpat pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, PAS mendesak program ini dihentikan kerana ia membantu kehadiran pengundi hantu seperti yang berlaku sebelum ini. -HD

17 comments:
Write comments
  1. Harap isu ini disiasat.

    ReplyDelete
  2. Sudah lama isu ini diperkatakan. Namun tidak ada bukti kukuh untuk mengatakan bahawa IC segera diberikan oleh BN kepada orang asing.

    ReplyDelete
  3. Kepada pihak yang mempunyai bukti kukuh anda diminta untuk tampil kehadapan untuk memberikan penyelasan dan bukti tersebut.

    ReplyDelete
  4. dakwaan seperti ini sudah biasa kita dengar. tapi tiada pula bukti ditunjukkan...

    ReplyDelete
  5. Betul ka ni atau kabar angin ja

    ReplyDelete
  6. pemberian ic kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya hanya akan membawa masalah besar jangka panjang kepada negara.

    ReplyDelete
  7. siasatan yang lebih teliti harus dilakukan untuk memastikan samada dakwaan ini benar ataupun tidak. kita tidak inginkan politik kotor seperti ini berlaku.

    ReplyDelete
  8. Tidak perlulah memberikan fitnah lagi. Kalau benar buktikan IC palsu itu. Buktikan kepada rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  9. dakwaan perlu ada bukti, jangan main tuduh2 ja. sekarang pembangkang mula nak mainkan isu IC pla.

    ReplyDelete
  10. For the time being, i find it hard to believe. Show us the proof first.

    ReplyDelete
  11. Hopefully its not true. We have too many problem here because of foreigners.

    ReplyDelete
  12. Tektik kotor ini sekali lagi wujud tetapi tidak di Sabah tetapi di Semenanjung.
    Hentikan perbuatan khianat ini.

    ReplyDelete
  13. Harap tiada perbuatan khianat seperti ini dilakukan oleh orang tempatan.

    ReplyDelete
  14. Jangan menjadi pengkianat negeri sendiri, nanti kamu sendiri juga yang kena.

    ReplyDelete
  15. biasalah bila dekat2 pilihanraya bermacam2 tuduhan dilemparkan kepada pihak lain semata2 memberikan gambaran buruk kepada pihak tersebut. jika benar tuduhan PAS ini, buktikan dengan memberikan maklumat kepada SPR seperti mana yang diinginkan oleh SPR dalam kenyataan mereka baru2 ini.

    ReplyDelete
  16. Perbuatan ini mengkhianati negara dan mesti ditangani dengan tindakan yang berani dan tegas.

    ReplyDelete
  17. PAS.. jangan buat fitnah.. buktikan dan buat laporan.. jangan sekadar mengesyaki..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.