Saturday, May 21, 2011

Potong subsidi, Khairy cakap bernada pembangkang

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan agak mengejutkan apabila menuntut kerajaan terlebih dahulu berjimat sebelum mengambil langkah kurangkan subsidi untuk rakyat.

Kenyataannya itu senada dengan apa yang sering ditimbulkan oleh pembangkang dan mengejutkan daripada seorang yang terpinggir dalam parti pemerintah.


Khairy mengemukakan satu senarai projek-projek kerajaan yang dianggap membazir dan tidak membawa hasil yang sewajarnya, seperti khidmat negara yang menelan belanja RM560 juta tahun ini.

"Jangan meminta rakyat mengikat perut sebelum (kerajaan sendiri) memendekkan senarai perbelanjaan sendiri," katanya kepada Malaysian Insider, portal berita dikuasai tokoh yang rapat dengan beliau.

Kenyataan Khairy itu dibuat tidak lama selepas harga gula dan petro RON 97 meningkat dan di tengah-tengah jangkaan kenaikan harga RON 95 dan tarif elektrik.

Pemerintah menyatakan peningkatan harga minyak mentah di pasaran global menyebabkan perbelanjaan subsidi meningkat, dan telah memulakan tindakan mengurangkan subsidi, menyebabkan peningkatan harga barang-barang keperluan.

Kenyataan Khairy meningkatkan tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang berdepan cabaran mengukuhkan sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Isu kenaikan harga barang keperluan mudah menjadi isu yang menjejaskan sokongan kepada pemerintah dalam pilihan raya, seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lalu pada 2008.

Pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi membenarkan kenaikan mendadak yang tinggi harga bahan bakar semasa pemerintahannya, sehingga mengundang kritikan pemimpin Umno sendiri dan juga bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Dalam perkembangan sama, orang kuat pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mencetuskan kembali ingatan kepada kenaikan harga menjelang 2008 yang menyumbang kepada kekalahan teruk Barisan Nasional dalam pilihan raya.

Tegas Anwar, undi untuk BN bermakna undi untuk salah urus ekonomi dan kenaikan harga makanan.

http://siasahdaily.blogspot.com

22 comments:
Write comments
  1. Tahniah Khairy,teruskan usaha.Beginilah sepatutnya yg harus ada pada seorang pemimpin,bukan menyokong membuta tuli.Moga anda berjaya.

    ReplyDelete
  2. Khairy semakin matang sekarang, teruskan usaha.

    ReplyDelete
  3. "Jangan meminta rakyat mengikat perut sebelum (kerajaan sendiri) memendekkan senarai perbelanjaan sendiri,"

    Good2. I like.

    ReplyDelete
  4. Well the truth hurts.. hopefully BN will buck up.

    ReplyDelete
  5. Yang penting pekara itu benar, latar belakang tidak penting.
    Walau Khairy ahli UMNO, tidak bermakna ia tidak boleh bernada pembangkang menyebutkan kebenaran. Ini satu langkah berani yang patut dihormati dan dicontohi.

    ReplyDelete
  6. Khairy bersuara untuk rakyat. Saya sokong.
    Inilah ciri-ciri penting sebagai seorang ahli politik yang berwibawa.
    Yang paling kurang pada ahli-ahli politik semasa.

    ReplyDelete
  7. Pemuda UMNO patut menjadi tunjang belakang Khairy demi menyokong satu kebenaran walau ia bertentangasn dengan polisi parti.

    ReplyDelete
  8. Isu kenaikan harga barang merupakan satu senjata yang paling tajam dalam pilihan raya umum buat pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Khairy bimbang akan kesokongan rakyat terhadap BN menjunam, apatah lagi PRU semakin dekat.

    ReplyDelete
  10. yang penting suara rakyat perlulah didengari.

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Khairy juga kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan memotong subsidi. sebaiknya kerajaan perlu mengambil kira pelbagai perkara dahulu sebelum melaksanakan pemotongan subsidi ini.

    ReplyDelete
  12. Khairy perihatin dengan keadaan rakyat. Beliau juga boleh memberi cadangan kepada rakyat supaya ekonomi negara terus membangun tanpa menarik balik subsidi.

    ReplyDelete
  13. Khairy hanya menyatakan pendapatnya, tidak bermakna dia ingin menjadi pembangkang.

    ReplyDelete
  14. bagus khairy..tidak sia2 kau dipilih jadi YB.

    ReplyDelete
  15. apa yang dikatakan oleh khairy itu adalah betul..kerajaan tidak harus membazirkan wang rakyat ke atas program2 yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat..subsidi memberikan manfaat kepada rakyat..mengapa harus dipotong?

    ReplyDelete
  16. hhmmm, mungkin apa yang dilontarkan oleh si Khairy ini patut diterima secara positif.

    ReplyDelete
  17. Semoga pihak-pihak yang berkaitan dapat melakukan sesuatu mengenai perkara yang telah disuarakan.

    ReplyDelete
  18. Mungkin Khairy memikirkan masalah rakyat sekiranya subsidi dikurangkan. Itulah pemimpin berjiwa rakyat yang sebenar. Bertindak demi rakyat.

    ReplyDelete
  19. Harap kerajaan akan membuat pertimbangan sebelu memansuhkan subsidi.

    ReplyDelete
  20. salahkah Khairy menyuarakan pendangan beliau? ini menunjukkan dalam BN tidak perlu jadi 'yes men' dalam apa jua tindakan kerajaan. bukan macam pembangkang, walaupun mereka terang2 buat salah, tanpa rasa malu masih mengatakan mereka itu betul..

    ReplyDelete
  21. "Tegas Anwar, undi untuk BN bermakna undi untuk salah urus ekonomi dan kenaikan harga makanan."

    padahal Anwar sendiri lah yang tidak pandai urus ekonomi semasa beliau menjadi menteri kewangan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.