Thursday, May 19, 2011

Pertindihan Keahlian Lemahkan BN

ISU pertindihan keahlian di kalangan komponen parti BN jika ada kekeliruan mengenai permohonan menjadi ahli, parti komponen boleh merujuk kepada senarai keahlian yang disimpan oleh Pengerusi BN di kawasan parlimen masing-masing.

Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata perkara ini mungkin berlaku kerana ada ahli-ahli mereka yang tidak tahu menahu status keahlian mereka dalam parti yang mereka pohon untuk menjadi ahli.

Menurutnya, mungkin kerana parti tersebut tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat pemakluman rasmi sebelum ini tentang status keahlian mereka atau kalau ada dibuat, surat pemakluman tidak sampai kepada pemohon.

“Perkara ini mungkin juga berlaku kerana ahli-ahli mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai sesuatu mesyuarat atau aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian, ada juga individu yang mungkin direkrut tanpa pengetahuan mereka atau pun dimaklumkan sambil lewa sahaja. “ beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud bagi menyelesaikan masalah tersebut beliau mencadangkan pertama semua parti hendaklah mengeluarkan kad keahlian rasmi untuk memaklumkan keahlian ahli-ahli mereka.

Beliau turut mencadangkan semua cawangan atau bahagian parti-parti komponen di peringkat kawasan parlimen atau DUN perlu menghantar senarai ahli terkini mereka kepada Pengerusi BN di kawasan parlimen masing-masing setiap 6 bulan sekali.

Menurutnya Pengerusi BN di kawasan parlimen akan bertanggungjawab untuk meneliti setiap kekeliruan yang timbul.

“Cadangan ketiga, parti-parti komponen perlu memaklumkan dan melibatkan ahli mereka dalam proses mesyuarat dan aktiviti di peringkat cawangan. “

“Dengan cara ini, ahli parti akan tahu perkembangan dan aktiviti terkini parti yang mereka sertai dan seterusnya mengelakkan situasi di mana mereka langsung tidak tahu parti mana yang mereka masuki,“ terangnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman mengenai tuntutan kawasan pilihanraya yang diminta oleh pihak-pihak tertentu.

Menurutnya, tuntutan kerusi oleh komponen BN adalah perkara biasa, bagaimanapun proses penentuan akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi BN dalam proses rundingan di kalangan Presiden-Presiden parti komponen.

Katanya, proses ini telah digunapakai sekian lama dan dapat melahirkan formula yang diterima oleh semua pihak. Antara kriteria yang digunakan ialah kekuatan parti di sesuatu kawasan, keberkesanan wakil rakyat, kesiapsagaan jentera serta ‘winnable candidate’.

“Apapun, saya yakin Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Pusat akan mengambil kepentingan parti komponen dan BN secara keseluruhan untuk menentukan peruntukkan kerusi dalam pilihanraya akan datang,” tambahnya lagi.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI (sabahkini)

24 comments:
Write comments
  1. Sebaiknya jangan lagi ada pertindihan keahlian.

    ReplyDelete
  2. Jangan jadikan ini sebagai isu yang akan dimainkan oleh pihak pembangkang. Selesaikan perkara kecil untuk menghindar ianya menjadi besar.

    ReplyDelete
  3. Kaji sistem keahlian dan buatlah seperti yang telah dicatat bagi mengelak pertindihan berlaku.

    ReplyDelete
  4. setuju dengan cadangan Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan. kad keahlian rasmi perlu dikeluarkan dan semua cawangan atau bahagian parti-parti komponen di peringkat kawasan parlimen atau DUN perlu menghantar senarai ahli terkini mereka.

    ReplyDelete
  5. komponen BN janganlah pula perbesarkan isu tuntutan kerusi. selesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  6. Kemas kini senarai keahlian semua komponen BN. Jangan sampai menjejaskan prestasi dalam PRU.

    ReplyDelete
  7. Dah tahu kelemahan tu, carilah jalan selesaikan masalah tersebut. Jangan setakat sebut-sebutan saja.

    ReplyDelete
  8. Tidak hairan pekara ini berlaku kerana jumlah ahli yang begitu ramai.
    Dengan komputer, pekara ini boleh diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  9. Tuntutan kerusi antara komponen BN memberi imej yang buruk kepada rakyat bahawa mereka cakap tak serupa bikin.
    Jangan merebut kuasa, berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  10. Apa kata gabungkan semua komponen BN jadi satu parti iaitu parti BN?

    ReplyDelete
  11. Pekara lumrah sebelum pru. Penuntutan kerusi tidak menjejaskan kerjasama antara komponen BN.

    ReplyDelete
  12. dah lama jadi ahli tapi kad keahlian tidak keluarkan apa macam?

    ReplyDelete
  13. Sebagai ahli, kerjasama dan kesatuan adalah sangat penting.

    ReplyDelete
  14. sebaiknya pertindihan keahlian perlulah dielakkan..

    ReplyDelete
  15. Selesaikanlah salah faham sesama diri supaya pertindihan dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  16. sistem keahlian kena dilakukan dgn lebih sistematik agar tidak timbul masalah dan kekeliruan.

    ReplyDelete
  17. Pertindihan ini pasti dapat ditangani sebaiknya.

    ReplyDelete
  18. Perkara ini harus diselesaikan dengan cara baik dan elakkan salah faham berterusan.

    ReplyDelete
  19. Kalau boleh elakkan daripada berlaku pertindihan kerana hal sebegini juga mampu mengundang kontroversi.

    ReplyDelete
  20. Fikir-fikirlah sendiri apa akibat jika pertindihan diteruskan.

    ReplyDelete
  21. kalau masalah ini berlaku terhadap parti baru mungkin masih boleh diterima, tapi malangnya berlaku terhadap sebuah parti yang telah lama membentuk kerajaan.. apa2pun masalah seperti ini sememangnya tidak dirancang tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak merancang usaha2 mengukuhkan parti.

    ReplyDelete
  22. kalau setakat ahli biasa jer tak layan punya..tapi bila PRU nak diadakan baru nak cari ahli hujung-hujung tertindih, kena ingat tu semak balik keahlian..

    ReplyDelete
  23. jolin, isu pertindihan tidak ada kene-mengena dengan pembangkang isu ini dah lama berterusan ini berlaku disebabkan pemimpin Bn+umno itu sendiiri tidak menyemakan keahlian ahli sendiri.

    ReplyDelete
  24. Stop the internal wars and focus on the people.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.