Wednesday, May 25, 2011

Dituduh Rogol Remaja Dalam MPV

Seorang pembantu jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan merogol remaja bawah umur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard putih milik ibunya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dibacakan di depan Hakim Manira Mohd Nor.

Dia dituduh merogol pelajar sebuah sekolah menengah berusia 15 tahun dalam kenderaan itu di tepi jalan sekitar Ampang pada jam 11 pagi, 11 Mei 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh membabitkan jenayah kekerasan selain untuk melindungi mangsa.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap Sabtu awal bulan dan menetapkan tarikh sebutan pada 20 Jun depan.

Tertuduh yang memakai baju T coklat muda dan seluar jeans biru kelihatan sugul dan terus mencium tangan ibunya sejurus keluar dari kandang tertuduh apabila mahkamah menangguhkan prosiding. -BH

9 comments:
Write comments
  1. hukuman yang setimpal perlu dikenakan jika benar beliau bersalah.

    ReplyDelete
  2. Kalau didapati salah, hukuman mesti dijatuhkan. Terlalu banyak kes rogol dalam negara ini, kalau tidak ditangani dengan baik, keadaan akan menjadi lebih teruk lagi.

    ReplyDelete
  3. that's what you get for rapping an underage.

    ReplyDelete
  4. Rogol remaja bawah umur antara kesalahan yang besar. Apa pun kita tunggu saja keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  5. "10 women raped every day in Malaysia" mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Bukit Aman. inilah salah satu kes tu. rakyat sejak akhir-akhir ni semakin runtuh akhlak.

    ReplyDelete
  6. jenayah rogol makin berleuasa pada masa kini.

    ReplyDelete
  7. jangan ada belas kasihan dalam kes2 jenayah seperti ini.. ikut sebagaimana hukuman yang diperuntukkan dalam undang2..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.