Monday, May 23, 2011

Silap Mata Kroni-Kroni UMNO Melalui Bil Eletrik TNB

Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.

TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Inimaklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.

Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lessen memandu, pembayaran bil domestic, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui mou dengan TNB. Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu ‘cover’ caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia? Berikut ceritanya.

Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW. Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:-

1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00

200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60

200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40

100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70

Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.

Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-

750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. Itu baru seorang pelanggan.

Kiralah sendiri kalau 100 000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB.

Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tanah terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda. Lalu beliau terlepas cakap dengan katanya, “ini agenda politik”. Rakyat tanyalah diri sendiri, “ ini agenda politik siapa?”. Mahukah lagi rakyat mengekalkan parti yang memainkan agenda jahat ini?

Maklumat lanjut di: http://dakwahkemaman.blogspot.com

14 comments:
Write comments
  1. Kalau begitu, pengguna haruslah mengira sendiri mengikuti panduan di atas sebelum membayar bil.

    ReplyDelete
  2. Apalah kita pilih UMNO so apa nak bising terima sajalah segala kenaikan yang diumumkan dgn hati gembira.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya jika TNB memberikan penjelasan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  4. kalau tak mau bil elektrik mahal sangat, berjimat-jimatlah. lagipun, kerajaan mungkin tak akan tarik balik kenyataannya mengenai kenaikan tarif elektrik

    ReplyDelete
  5. kit harus lebih peka terhadap pengiraan tarif elektrik dan amalkan penjimatan pengunaan elektrik.

    ReplyDelete
  6. Apa yang berlaku sekarang ini. Saya sendiri pun hairan. Ini ada orang mengadu dengan saya. Elektrik rumah sudah kena potong. Lepas itu surat datang dari SESB tertungak RM201 untuk bulan Febuari. Tapi lepas itu pada bulan Mei pula bil RM250? dari mana datangnya tambahan bil tersebut. Sedangkan elektrik telah dipotong.

    ReplyDelete
  7. jimat2 la guna elektrik tu...kita ni dah lama hidup dgn subsidi menyebabkan kita cenderung untuk membazir sumber yg ada...

    ReplyDelete
  8. bAlik rumah nanti kenalah kira betul betul bil letrik nanti.

    ReplyDelete
  9. Ini kan di semenanjung, adakah ia berlaku di Sabah?

    ReplyDelete
  10. Sekiranya benar pendedahan diatas, bukankah itu satu penipuan?

    ReplyDelete
  11. Macam-macam cara mereka gunakan untuk mengaut keuntungan dari rakyat yang semakin kontang saku mereka.

    ReplyDelete
  12. Kepentingan rakyat tidak lagi penting buat TNB.
    Keuntungan didahulukan.

    ReplyDelete
  13. Thailan tidak memberi subsidi bahan api kepada IPP mereka tetapi tarif letrik Thailand lebih rendah dari kita.

    ReplyDelete
  14. minta KPDNKK dan persatuan pengguna bertindak dahulu.. jika benar seperti yang didedahkan.. saya tidak hairan jika rakyat hilang kepercayaan 100% terhadap pentadbiran kerajaan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.