Saturday, May 21, 2011

Muhyiddin bimbang PRU 13?

Pilihan raya umum ke-13 akan datang dijangka paling sengit bakal dihadapi oleh BN kerana parti-parti pembangkang yang bertanding sangat agresif, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

sarawak election muhyiddin at sibu chinese school  110411 give allocation"Dalam 16 pilihan raya kecil lalu, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.

"Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di Baling hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya meningkat.

"Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa...ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan.

NONE"Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas. Jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa," katanya.

Muhyiddin berkata, setiap anggota Umno hendaklah beristiqamah dan mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu pada 2008.

"Saya bersyukur semangat ahli-ahli Umno bertambah baik dan kuat dan trend perubahan sikap ini baik dan penting menjelang PRU akan datang," katanya.

Beliau berkata, transformasi dalam pelbagai perkara yang dibawa kerajaan pusat adalah baik untuk semua kaum dan negara.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar-dasar pembangkang sangat tidak adil dan memeritkan golongan Bumiputera.

- Bernama

20 comments:
Write comments
  1. Kalau bimbang, buatlah sesuatu untuk mendapat balik sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Baguslah menyedari kehadiran parti2 lain. Jika terlalu selesa banyak kerja yang tidak dilakukan dengan baik.

    ReplyDelete
  3. Semoga selepas ini banyak yang dilakukan untuk kebaikkan bersama.

    ReplyDelete
  4. Bagi pendapat saya, BN kena lebih agresif membuat perubahan pada gabungan itu serta kerajaan yang diterajuinya. Cara kempen pembangkang tidak banyak mempengaruhi peluang kemenangan.

    ReplyDelete
  5. Sekiranya dasar kerajaan diterima baik rakyat, BN tetap terus berkuasa.
    Sebaliknya, pembangkang bertambah kuat.

    ReplyDelete
  6. TPM tidak perlu terlalu bimbang. Prestasi kerajaan baik BN tetap disokong rakyat dan boleh menang.

    ReplyDelete
  7. BN mesti membuat perubahan mengikut zaman dan sensitif dengan kehendak rakyat.
    Jika BN terus perihatin, rakyat terus sokong.

    ReplyDelete
  8. Jangan bimbang sangat, rakyat pandai menilai apa itu benar dan bohong.
    Tak lari kebenaran itu.

    ReplyDelete
  9. BN menguasai segala sumber yang dapat membantu menjamin kemenangan dalam pRU seperti media cetak dan tv.
    TPM tak perlulah risau sangat.

    ReplyDelete
  10. Berusahalah kalau bimbang.

    ReplyDelete
  11. jika kepentingan dan keperluan rakyat sentiasa dijaga pasti rakyat akan sentiasa memberikan sokongan.

    ReplyDelete
  12. ya.sememangnya kekalahan yang lalu itu dijadikan pengajaran supaya lebih berusaha untuk PRU yang akan datang.

    ReplyDelete
  13. sebaiknya, biarlah politik di Malaysia ini bersih dan adil.

    ReplyDelete
  14. Kalau kerajaan pernah berusaha, tidak perlulah takut.

    ReplyDelete
  15. PRU13 dijangka akan berlangsung sangat sengit, oleh itu BN kena lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

    ReplyDelete
  16. PRU13? Buat apa mahu bimbang. Jika semua masalah rakyat dapat ditangani sebaiknya tidak perlu risau. Pasti rakyat akan memberikan sokongan kepada yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  17. Baguslah juga kala ada rasa bimbang at least boleh juga tumpukan perhatian bagaimana utk menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  18. Semua pihak pun harus lebih berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan masing-masing.

    ReplyDelete
  19. bagaimana umno bimbang dengan kedudukan mereka, begitu juga halnya dengan rakyat yang bimbang jika mereka silap memilih kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Tidak perlu bimbang jika persedian mencukupi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.