Segala puji-pujian kepada Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW. (perghhh... mesti ada yang kata gua dah buang tebiat bagi intro entry ini dengan pujian kepada Maha Pencipta dan KekasihNYA)
Sejak dilahirkan kita sebagai manusia yang datang dalam keadaan kosong dibentuk dan di didik sebaik mungkin oleh ibubapa kita, namun dalam tempoh pembesaran hingga mencapai tahap dewasa kita masih terkucil dengan perbuatan dan kelakuan nakal dan terbabas merata (jahiliyah) samada yang berat mahupun ringan-ringan... hehehe... ada sesiapa yang berani menafikannya..., ahaksss... jangan jadi hipokrit...
Di antara kita yang pastinya lahir sesudah zaman wafatnya Nabi Muhammad SAW, semuanya membesar dalam kenakalan, tiada yang maksum atau terdidik secara baik seperti Saidina Ali, hahaha... malahan para sahabat2 yang lain sebelum memeluk Islam asalnya berada dalam keadaan jahiliyah...
Nabi SAW terima wahyu sewaktu berumur 40 tahun, dan di situlah bermulanya persimpangan Islam dalam diri kita, di mana kita sebagai umat akhir zaman akan memilih jalan untuk kembali kepada sinar keislaman ataupun terus berada dalam zaman jahiliyah... bak kata orang putih (english) "Life Begins At Forty" (weii.. betul ke gua mencarut tuuuu... belasah jelah.. hahaha..)
Dari link di atas, terpulanglah kepada persepsi lu orang semua nak percaya yang mana... sesungguhnya jika mengaku Islam maka Al-Quran dan Sunnah adalah pedoman kita, kepada puak2 yang percaya kepada pemikiran barat... lu pikirlah sendiri, sebab puak2 umPORno selalu mengatakan kubur masing2 maaaaa....!!!!
Masih tak cukupkah lagi para remaja di ulitkan dengan program yang melalaikan, hinggakan kepada status para makbapak pun hendak dilalaikan juga...???
Cuba lu orang fikirkan salah satu syarat penyertaan mesti berusia 45 tahun ke atas, bagi gua pada usia 45 tahun ini bukannya masa nak tunjuk bakat lagi.., masih nak tergedik2... bercampur jantan betina tak kenal halal haram dan tunjuk tauladan yang buruk kepada anak2 remaja.
Apa yang diorang patut buat adalah mempersembahkan amal ibadat diorang yang terbaik kepada Allah SWT. Sudahlah golongan-golongan yang sebaya dengan anak-anak diorang disogokkan dengan program hiburan melampau. Kini yang lebih merisaukan apabila ibubapa kepada remaja-remaja ini turut dilibatkan sama..., yang menjadikannya bertambah kronik... hampir kesemuanya adalah meLAYU yang mengaku beragama Islam... addoooiiiiyaaaaiiiii....!!!! Sedih beb... betul.. betul... menyedihkan...
Jikalau remaja rosak akhlak mungkin ada dikalangan golongan dewasa atau ibubapa untuk menegur. Tetapi apabila golongan dewasa yang berumur 45 tahun ke atas ini rosak akhlak, ada sesiapakah yang berani menegur...???
Anak2 nak tegur makbapak....??? Silap haribulan jadi si tanggang... hahaha... tak pun kalau nak rasa sumpah seranah dari diorang cuba-cubalah tegur... selamat maju jaya wa ucapkan...
Ntahlah... minda meLAYU sekarang ini terlalu asyik disogokkan dengan hiburan yang melampau...., ramai meLAYU yang lalai dan diperbodohkan dengan program yang tak berfaedah, terpulanglah pada lu orang semua..., gua cuma risaukan tengah syok tergedik-gedik kat atas pentas tu.. kena stroke... atau kurang oksigen... perghhhh... mati dalam imaaaannnnnn.... wa cakap luuuu.... hahahaha....
Walau macamana pun... apa boleh buat beb.... kebanyakkan orang meLAYU memang suka pada hiburan, sebab itulah salah satu faktornya mengapa kaum meLAYU jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain...
So... kepada penerbit program nih... lu pikirlah sendiri saham lu di akhirat nanti kerana melalaikan jutaan umat islam 1Malassia.... nauzubillah...
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.