Dengan kerjasama bersama WikiLeaks, laman web Malaysia Today semalam meledakkan lagi satu kabel rahsia Amerika Syarikat, mengenai Datuk Shazryl Eskay Abdullah,(gambar) yang didakwa berhubung rapat dengan pemberontak selatan Thailand.
Kabel rahsia tersebut turut mendakwa Eskay, yang menjadi popular baru-baru ini kerana menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelakon dalam sebuah video seks milik beliau, telah menyifatkan Malaysia kawasan selamat untuk pemberontak Melayu Thailand.
Ia diberitahu Eskay dalam satu sesi perbualan dengan pegawai-pegawai atasan di Kedutaan AS pada 5 Februari 2006.
Pendedahan ini dibuat hasil kerjasama antara Malaysia Today yang dimilki Raja Petra Kamarudin dengan WikiLeaks. Kedua-dua pihak menandatangani kerjasama di London baru-baru ini.
“Eskay berkata beliau melaksanakan tugas pada pemberontakan Thailand secara umumnya tanpa bergantung pada kerajaan Thailand mahupun Malaysia, dan mengekalkan hubungan secara terus dengan pemimpin separatis Melayu yang tinggal di Malaysia,” kata kabel yang didedahkan tersebut.
Dalam laporan itu juga disebutkan bahawa Eskay cuba berusaha untuk membuktikan identitinya berhubung beberapa dakwaannya bahawa beliau mempunyai hubungan langsung dengan sebahagian pemimpin separatis Melayu terkenal.
Beliau mengemukakan klip video yang dirakamkan beliau, dalam pelbagai pertemuan dengan mereka yang digambarkan beliau sebagai pemimpin separatis tua dan penggerak yang muda.
“Eskay telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ramai pemimpin orang lama, pemberontak dan simpatisan dari selatan Melayu Thailand. Pandangan-pandangan beliau tentang pemberontakan adalah paling terperinci yang kami pernah dengar selama lima hari semasa lawatan ke utara Malaysia dan dikesan dengan baik dalam banyak perkara dengan informasi dan pandangan dari orang lain,” tambal kabel itu lagi.
Menyifatkan Eskay sebagai seorang peniaga yang berketurunan campuran Malaysia-Thailand, kabel itu turut menyatakan bahawa Eskay telah memberitahu Kedutaan AS tentang peranan pentingnya dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Thailand yang memaparkan bekas perdana menteri, Tuan Dr Mahathir Mohamad.
“Eskay, yang telah menjadi fasilitator Malaysia yang menerajui dialog dengan pemberontak Thailand yang ditaja bekas perdana menteri Mahathir, telah berhujah bahawa pemberontak generasi tua, yang kebanyakannya bermastautin di Malaysia, masih relevan kerana mereka membekalkan perkhidmatan sokongan dan tempat perlindungan kepada pemimpin muda.
"Beliau turut mengenalpasti satu pemimpin generasi tua yang aktif memberikan arahan untuk menyerang, dan menjangkakan bahawa kumpulan jenayah dan perkhidmatan keselamatan Thailand bertanggungjawab atas 70 peratus daripada kekerasan yang baru,” tambah kabel itu lagi.
Menurut kabel itu lagi, Eskay juga telah berkongsi satu kertas kerja 12 muka surat mengenai pemberontakan dan pandangan Melayu Thailand, hasil daripada temuramah dengan pelbagai pemimpin separatis, yang telah disampaikan beliau ke Organisasi Perisikan Eksternal Malaysia (MEIO) pada Februari 1.
“Eskay telah meminta supaya kita tidak mengkongsikan kertas kerja tersebut dan kertas cadangan pengaman Februari 2006 kepada orang lain (kita telah menghantar dokumen tersebut dalam bentuk email rahsia ke EAP/MTS and Kedutaan Bangkok),” kata kabel itu lagi.
Di samping itu, kabel itu turut mendakwa beberapa orang sukarelawan Malaysia sangsi terhadap dakwaan Eskay tentang hubungannya dengan separatis Melayu dan mendakwa bahawa beliau pernah terlibat dengan transaksi perniagaan yang kontroversi pada masa yang dahulu.
Eskay adalah salah seorang daripada Trio Datuk T yang terdiri bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang melakukan jenayah baru-baru ini dengan mengaku memiliki dan menayangkan rakaman video seks yang didakwa mereka melibatkan Anwar kepada orang awam.
Meskipun begitu, sehingga kini, pihak polis masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. -HD
Tuesday, May 24, 2011
WikiLeaks: Eskay rapat dengan pemberontak Thailand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wikileaks sememangnya boleh membongkarkan macam-macam isu yang ingin ditutupi.
ReplyDeleteAdakah pembongkaran ini dapat membantu meningkatkan imej negara. Jawapannya tidak sama sekali. Apa penting sangat pendedahan ini? Apa yang saya lihat polis juga tidak berminat untuk menyiasat kes ini.
ReplyDeleteAdalah lebih baik kita bersama2 meningkatkan usaha dalam pembangunan dan keamanan negara.
ReplyDeleteboleh dipercayaikah wikileaks ni?
ReplyDeletesetuju dengan yolly, daripada menimbulkan isu-isu yang tidak mempunyai bukti atau asas yang kukuh, lebih baik tumpukan pada usaha-usaha membangunkan negara.
ReplyDeleteYa memang betul lebih baik tumpuhkan pada usaha2 membangunkan negara, tapi pihak polis / yang berkenan harus juga menyiasat mengenai pendedahan ni samada betul atau tidak. Ini soal keselamatan negara, kita tidak tahu apa tujuan/niat Eskay tiba2 muncul & menjadi famous.
ReplyDeleteinilah hasil dari kerjasama yang dibuat antara wikileaks dan Raja Petra. jika segala yang buruk tentang negara dan pemimpin terdedah semuanya lepas ni, keadaan negara tidak akan pernah sunyi dengan isu-isu yang hangat seperti ini.
ReplyDeletepihak polis sepatutnya menyiasat dan segera mengambil tindakan ke atas Trio Datuk T. perkara ini juga tidak boleh dipandang ringan. keadilan harus ditegakkan.
ReplyDeleteJika seseorang warganegara M'sia dikaitkan dengan pemberontak @ penganas pihak yang berkuasa perlu menyiasat perkara berkenaan. Ini bagi mengelak terjadi perkara2 yang tidak diingini, terutamanya jika berkaitan dengan keselamatan negara.
ReplyDeleteTuduhan ini pasti ada kaitan dengan kes Anwar. sesetengah pihak cuba untuk memburukan eskay supaya kes Anwar tidak begitu dikisahkan.
ReplyDeletependedahan ini belum tentu benar atau tidak. ia perlu disertai bukti, bukan hnya pendedahan kosong seperti ini.
ReplyDeleteIs Wikileaks a reliable source of information?
ReplyDeleteInvestigation must be done to confirm this story.. IF its true, action need to be taken against them.
ReplyDeleteWikileaks ini sudah menyiasat sampai ke rantau kita.
ReplyDeletesebagaimana Anwar boleh mempertahankan penafian beliau berhubung skandal video seks, rasanya Eskay juga perlu berbuat sedemikian lebih2 lagi jika tidak ada bukti yang kukuh bagi mengaitkan beliau dengan tuduhan yang dibuat oleh wikileaks..
ReplyDeleteBerhati-hatilah kerana wikileaks ini boleh menyiasat apapa saja.
ReplyDeleteKalau tidak mahu diketahui orang, yang paling baik jangan pergi buat.
ReplyDelete