Saturday, May 28, 2011

Tarif Elektrik Akan Naik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.

NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

10 comments:
Write comments
  1. isu subsidi tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Tarif Elektrik naik sebelum PRU?

    ReplyDelete
  3. benarkah ini..pasti pelbagai reaksi yang akan diterima.

    ReplyDelete
  4. Tak apa, lagipun ada pelbagai cara yg boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah bil elektrik kita...kata kuncinya adalah jgn membazir :)

    ReplyDelete
  5. walaupun tiada kenaikan harga dilakukan ke atas bahan api buat masa ini tapi tarif elektrik telahpun dinaikkan. harap rakyat sabar dan elakkan pembaziran elektrik. semoga ini akan mengurangkan bil elektrik anda.

    ReplyDelete
  6. Kita tunggu bila kenaikkan ini akan berlaku. Apa pun pastikan pengumuman diberikan sebelum kenaikkan itu berlaku.

    ReplyDelete
  7. benarkah akan naik, sbelum ini kata tkkan naik.

    ReplyDelete
  8. Semua naik. Ba berjimat jimat kita.

    ReplyDelete
  9. pembangkang lagi suka kenaikan ini supaya boleh dijadikan bahan politik mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.