Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mempelawa semua parti komponen BN menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.
“Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarkat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik,” kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.
"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat.”
Pengumuman pertama perhimpunan itu dibuat oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu pada Sabtu lalu. Tetapi jelas Ambiga, PAS dimaklumakan berhubung inisiatif berkenaan melalui mesyuarat BERSIH 2.0 baru-baru ini, di mana wakil beberapa kumpulan turut dijemput.
"Kami bermesyuarat dengan beberapa NGO dan kumpulan lain termasuk PAS kerana mereka mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan seumpama ini,” katanya.
Mengulas reaksi dingin daripada Hishammuddin, yang menganggap perhimpunan itu sebagai cubaan menimbulkan huru-hara dan memburukkan imej antarabangsa Malaysia, Ambiga berkata pemimpin politik yang berkuasa mesti menukar tanggapan mereka berhubung perhimpunan aman yang menjadi hak perlembagaan setiap rakyat.
"Kami tidak akan berundur. Ia pada 9 Julai dan ia akan diadakan,” katanya lagi.
Thursday, May 26, 2011
BERSIH pelawa BN sertai Perhimpunan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap kita boleh menuntuk pilihan raya yang lebih adil dan bebas.
ReplyDeleteharap ianya tidak sampai menimbulkan kekecohan pula.
ReplyDeleteya,pilihan raya perlu dijalankan secara bebas dan adil.
ReplyDeleteHarap PRU akan berjalan dengan adil..
ReplyDeletepiliharaya mmg perlu dijalankan dgn adil dan bebas, tpi tak perlulah naj buat perhimpunan mcm ni, mengganggu ketenteraman awam ja.
ReplyDeleteTeruskan usaha Bersih untuk mendapatkan sistem pilihan raya yang adil.
ReplyDeleteBukan saja pembangkang tetapi semua pihak harus memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.
ReplyDeleteJika BN masih mengekalkan idea tersebut, sertailah perhimpunan ini.
Jangan sekat mereka dari berhimpun. Rakyat mampu membezakan baik atau buruk sesuatu pekara.
ReplyDeletePerhimpunan ini bertujuan menambahkan kesedaran rakyat pentingnya pilihanraya yang adil dan bersih.
ReplyDeleteHarap kerajaan menghantar polis memantau proses perhimpunan ini dan memastikan ia dijalankan dengan aman dan lancar dan tidak menghalang perhimpunan ini dijalankan.
ReplyDeleteAdakah perhimpuna ini akan diberi kebenaran dari polis?
ReplyDeleteNanti ia akan dihalang dengan alasan perhimpunan haram.
Rakyat mesti sedar betapa pentingnya pilihan raya yang bersih dan adil.
ReplyDeleteIni bukan untuk kita malah untuk generasi yang akan datang.
PAS memang tidak ada cara lain selain berdemo.. sanggup menggunakan rakyat sebagai perisai dan menimbulkan huru hara yang akhirnya membawa masalah kepada orang awam. saya harap PAS tidak akan berjaya membentuk kerajaan kerana kita sudah tentunya tidak mahu parti yang hanya tahu menganjurkan demonstrasi jalanan sebagai jalan penyelesaian.. tolak parti ganas dan tidak menghormati undang2 seperti PAS..
ReplyDelete