Saturday, May 21, 2011

Harga makanan dijangka naik 30 peratus

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersalahkan tindakan kerajaan persekutuan yang menarik subsidi sebagai punca harga makanan melambung naik.

NONEDengan berbekalkan perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), katanya, peningkatan harga makanan di Malaysia adalah dua kali lebih tinggi daripada purata dunia.

"Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011.

"Pada kadar kenaikan harga makanan sekarang dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Anwar, kenaikan harga makanan kepada 4.9 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kos barangan akan berterusan dan dikhuatiri mencecah 8.8 peratus akhir tahun ini seperti yang berlaku tiga tahun lalu.

azlanKetua pembangkang itu berkata sekiranya kerajaan Umno-BN gagal mengawal kenaikan harga barangan, Malaysia sekali lagi akan mengalami harga makanan tertinggi sejak tahun 2008.

“Sepanjang enam tahun lalu, harga makanan naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini hanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010," katanya.

Sehubungan itu, Anwar sekali lagi menyatakan dasar Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah penyelesaian berkesan efektif untuk membanteras kenaikan kos hidup yang melambung tinggi.

Ini termasuk menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada golongan elit serta syarikat yang bersekongkol dengan Umno-BN termasuk syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

azlanAnwar menegaskan penarikan subsisi untuk barangan keperluan juga berpunca dari kegagalan Perdana Menteri Najib Razak mengekang rasuah yang menjadi faktor utama kerajaan persekutuan mengalami kerugian sekitar RM28 bilion setahun sejak 2008.

Angka itu disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurutnya ketirisan yang semakin serius dalam pengurusan memaksa Najib memotong subsidi rakyat dengan alasan mengurangkan beban difisit negara.

16 comments:
Write comments
  1. Sekurang-kurangnya menaikkan gaji rakyat berdasarkan kenaikan harga makanan.

    ReplyDelete
  2. Kenapa menteri selalu mengatakan kadar inflasi negara serendah 5%tetapi berbeza sekali apa yang dialami rakyat?
    Contohnya di kedai-kedai kopi KK, tahun lalu minuman panas umunya ialah RM1.50/gelas, minuman ais RM1.70/gelas.
    Sekarang minuman panas adalah RM 2.00/gelas, minuman ais RM2.20/gelas.
    Harga atas mungkin paling mahal di MAlaysia.
    Berapa peratus kenaikan itu? Kira sendiri.

    ReplyDelete
  3. Sukar dipercayai angka yang diumumkan kerajaan berkenaan kadar inflasi Malaysia kerana begitu rendah.

    ReplyDelete
  4. Kadar inflasi sebenar jauh lebih tinggi dari angka yang diumumkan oleh kerajaan.
    Siapa yang tidak merasa bahawa barang yang dapat dibeli dengan RM100 jauh lebih kurang dari setahun yang lalu.

    ReplyDelete
  5. Tidak tahan dengan kenaikan harga barang. Kena jimat betul-betul. Kalau boleh jangan makan di luar, masak sendiri di rumah.

    ReplyDelete
  6. Angka mana yang kita kena percaya, Angka dari kerajaan atau dari pembangkang?

    ReplyDelete
  7. ini perlulah dipantau dan keperluan rakyat perlu diambil berat.

    ReplyDelete
  8. Harga minyak dikatakan akan naik, ia pasti digunakan sebagai alasan bagi lain-lain barang naik harga.

    ReplyDelete
  9. jika harga barang makanan terus meningkat, mereka yang tinggal di bandar terutamanya akan terasa kerana semua barang keperluan dibeli di kedai. berbeza dengan di kampung, walaupun harga barang naik namun mereka masih mempunyai alternatif lain untuk mendapatkan makanan tanpa mengeluarkan wang.

    ReplyDelete
  10. lady kk ada tambahan air sejuk pun naik sampai RM0.70. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Harap2 ekonomi negara akan bertambah baik. Janganlah ada kenaikan lagi.

    ReplyDelete
  12. kenaikan harga barangan mmg dijangka akan berlaku, kita kenlah mula berjimat, berbelanja bila perlu.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya akan berlaku inflasi selepas ini.

    ReplyDelete
  14. Rakyat perlulah mengetatkan tali pinggang selepas ini.

    ReplyDelete
  15. siapa yang control harga barang? yang patut disalahkan ialah pemborong dan peruncit.. peniaga paling suka bila minyak naik kerana mereka berpeluang menaikkan semua harga barangan mereka sekaligus.. kalau Pakatan hebat sangat, turunkan la harga barangan di negeri2 Pakatan. jangan ikut sedap mulut sahaja tapi sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengukuhkan ekonomi negara ketika harga pasaran dunia melambung naik dan dalam masa yang sama meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.