Tuesday, May 24, 2011

Untuk apa Felda pinjam RM6b dari KWSP ?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta kerajaan menjelaskan tujuan Felda membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian dan sekiranya tidak benar, Anak menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.

"Laporan yang anak terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?

"Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan keseluruhannya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa Felda sedang mengalami krisis kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman tersebut dalam pada Felda diwarwarkan sebagai agensi yang mempunyai keuntungan yang tinggi selepas Petronas.

Laporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda.

"Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ahmad dalam jawapannya itu memberi alasan bahawa kemerosotan itu disebabkan sejumlah wang digunakan untuk tujuan tertentu.

RM2 bilion katanya digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda.

Mazlan berkata, meskipun laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan mengenai penggunaan wang tersebut, dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sehingga hari ini tidak ada sebarang maklumat daripada pihak polis.

Pada sidang media sama, Mazlan turut mempersoal status anak peneroka yang belajar di Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC).

"Walaupun peluang belajar kejuruteraan kapal terbang suatu langkah yang dialu-alukan, tetapi ia mesti telus. Felda mesti menjawab nbeberapa persoalan.

"Apakah status terkini program tersebut, berapa kos sebenar untuk seorang pelajar METC?

"Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat, Europen Aviation Safety Agency (EASA) atau British Civil aviation Regulation (BCAR)?

"Adakah benar dakwaan kos yang dibayar oleh Felda terlalu mahal? Setakat manalkah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh?" soalnya.

Tambahnya, Anak menerima laporan bahawa sebanyak RM260 ribu diperuntukkan untuk seorang pelajar. -HD

16 comments:
Write comments
  1. Hopefully the money is really used for implementing projects that could benefits the people.

    ReplyDelete
  2. Felda perlu tampil untuk membuat penjelasan.

    ReplyDelete
  3. tunggu sajalah penjelasan daripada pihak felda berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  4. dilihat felada sentiasa mendapat perhatian. apa pun harap felda akan maju ke hadapan.

    ReplyDelete
  5. Penyelasan perlu ada. Jika tidak ini akan memberi kesan negative kepada rakyat.

    ReplyDelete
  6. Satu jumlah yang bersar. Namun jika ianya untuk kebaikkan bersama rakyat tidak perlu risau. Tapi tetap sahaja penjelasan itu sangat diperlukan.

    ReplyDelete
  7. Datuk Ahmad Maslan @ wakil Jabatan Perdana Menteri perlu membuat penjelasan kepada ANAK agar semua lebih jelas & nyata.

    ReplyDelete
  8. pinjaman yang sebegitu besar sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya kepada rakyat(ANAK). kerajaan sepatutnya tampil memberi penjelasan kepada mereka.

    ReplyDelete
  9. program METC untuk anak peneroka adalah suatu program yang sangat baik dan memberikan peluang kepada anak peneroka untuk terus maju ke hadapan. walaubagaimanapun, ANAK masih musykil tentang status program ini. oleh itu, penjelasan harus diberikan.

    ReplyDelete
  10. RM6B pinjaman dilakukan oleh FELDA dari KWSP. FELDA perlulah menjelaskan sebab kenapa pinjaman yang banyak dilakukan oleh mereka.

    ReplyDelete
  11. Wang KWSP adalah wang pekerja, penjelasan perlu diberikan bagi hal ini.

    ReplyDelete
  12. Harap Felda akan memberi penjelasan tentang peminjaman wang ini.

    ReplyDelete
  13. Inilah orang yang lupa daratan, umpama kacang lupakan kulit yang tak sedar diri akan asal usulnya. membesar dengan duit FELDA tak kira la makan, pakai, belajar sampai sekarang terima elaun daripada FELDA tapi mengata buruk pada FELDA.

    ReplyDelete
  14. Felda dengan Kwsp adalah agensi yang berlainan fungsi dan tugasan.

    ReplyDelete
  15. Apapapun, lebih baik Felda menjelaskan perkara ini supaya rakyat akan memahami.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.