Tuesday, May 31, 2011

Tarif elektrik naik setiap enam bulan?

tenaga tnb pb 300511 azman mohd, che khalib mohamad noh, mohamed rafique mericanTarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

peter chinBeliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.

7 comments:
Write comments
  1. Petronas ini kepunyaan kerajaan, takkan kerajaan tidak mampu mengawal Petronas?

    ReplyDelete
  2. Mesti rakyat jelata takut melihat kenaikan tarif elektrik, mungkin ini akan menyebabkan mereka berfikir dua kali sebelum mengundi.

    ReplyDelete
  3. penjelasan diperlukan dalam pekara ini.

    ReplyDelete
  4. kenaikan tu jgnlah terlalu byk.

    ReplyDelete
  5. jika tarif elektrik naik setiap enam bulan, maknanya semakin meningkatlah beban ditanggung rakyat. apa yang dapat dilakukan oleh rakyat ialah berjimat cermat dan elakkan pembaziran.

    ReplyDelete
  6. Enam bulan sekali naik tarif elektrik? Benarkah ini akan berlaku?

    ReplyDelete
  7. Harga gas kepada IPP dan industri dinaikkan sebanyak RM3.00/milion British thermal unit (MMBtu) setiap enam bulan bermula 1 Jun 2011 ke Disember 2015 hingga harga gas mengikut harga pasaran bermula pada 2016. Ini bagi mengurangkan tanggungan subsidi harga gas oleh kerajaan dan PETRONAS...

    kurangkan subsidi kepada IPP seperti yang dituntut oleh pembangkang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.