KETUA Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan pertukaran Ketua Pemuda Umno Sabah adalah proses biasa dalam parti.
Katanya, Ketua Pemuda Umno Sabah sebelum ini Azman Haji Ruslan ditukar oleh Haji Awang Kading Tang adalah amalan biasa dalam parti.
“Azman ditukar bukan kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan baik tetapi ia disebabkan oleh ‘perang dingin’ dalam parti,” katanya.
Khairy membuat penjelasan itu semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Pemuda Umno Bahagian Keningau di Hotel Juta di Keningau, kelmarin.
“Jangan salahkan kepimpinan pemuda berhubung dengan pertukaran Azman kerana ia berlaku akibat perang dingin yang berlaku kepada kepimpinan Umno Sabah,” jelas Khairy berterus terang.
Justeru itu katanya, pemuda perlu berwaspada dan elakkan perang dingin berlaku dalam parti kerana ia boleh memudaratkan perpaduan dalam parti.
“Kalau ada perang dingin berlaku di kalangan kepimpinan keluarga besar Umno, jangan ambil peduli sebaliknya tumpukan perjuangan dalam parti kerana matlamat kita adalah untuk menang pada pilihan raya umum (PRU13) akan datang,” tegas Khairy.
Khairy dalam ucapannya turut membawa pergerakan pemuda Umno Sabah memandang ke hadapan dan melupakan perkara yang sudah berlaku kepada kepimpinan pemuda Umno Sabah.
“Kita tumpukan perjuangan kita untuk menegakkan perjuangan Umno sebagai tunggak kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) agar ia terus unggul,” katanya.
Beliau berkata, jawatan bukanlah perkara asas dalam perjuangan parti tetapi yang lebih penting adalah komitmen dalam perjuangan untuk memantapkan parti.
Katanya, dalam sejarah perjuangan Umno, beliaulah satu-satunya Ketua Pemuda Umno Malaysia yang tidak mempunyai jawatan, sama ada dalam barisan kabinet dan atau Pengerusi dalam mana-mana agensi kerajaan dan sektor swasta.
“Tetapi itu tidak melemahkan perjuangan saya sebagai Ketua Pemuda kerana perjuangan sebenar saya adalah untuk memantapkan parti,” kata Khairy.
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Keningau, Azman Haji Ruslan berkata, beliau sedikit pun tidak terkilan dengan pertukarannya sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah malah memberi sokongan kepada Ketua Pemuda Umno Sabah yang menggantinya Haji Awang Kading Tang.
“Sebagai orang atau pengikut parti, saya tetap memberi sokongan kepada Ketua Pemuda Umno Sabah yang baru,” kata Azman.
Beliau juga menyatakan akan terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Musa Haji Aman sebagai Ketua Perhubungan Umno Sabah dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno.
“Saya terima pertukaran itu sebagai satu proses biasa dalam kepimpinan parti” kata Azman.
Hadir sama Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Haji Sairin Haji Karno dan beberapa Ketua Pemuda Umno Bahagian di Sabah.
Terdahulu Khairy disambut dengan persembahan seni silat mempertahankan diri dan bunyian muzik tradisional.
Oleh : MARUTIN ANSIUNG (sabahkini)
Monday, May 30, 2011
PERANG DINGIN’ PUNCA AZMAN DIPECAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap tiada perang dingin seperti ini yang akan memberi impak negatif kepada parti.
ReplyDeleteDatuk Seri Salleh Said Keruak menafikan wujudnya ‘perang dingin’ antara pemimpin tertentu dalam Umno negeri...apa pun, sebaiknya jika semua pihak menumpukan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
ReplyDeletetiada sebarang masalah dan perang dingin dalam UMNO Sabah. isu ini sengaja dimainkan oleh pihak yang ada kepentingan sendiri.
ReplyDeleterasanya 'perang dingin'adalah perkara biasa dalam sesebuah parti bila wujud salah faham antara ahli. apa yang penting, mereka dapat mengendalikannya secara baik dan profesional.
ReplyDeleteItu perkara biasa dengan pertukaran jangan mahu mengaitkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan semua ini.
ReplyDeletemana2 parti politikpun berhadapan dengan masalah yang sama, cuma yang paling penting sekali ialah kemampuan pucuk pimpinan menyelesaikan masalah2 itu dengan cepat dan berkesan..
ReplyDelete