Jemaah Menteri akan bermesyuarat esok bagi menentukan sama ada 86 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM tetapi gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam boleh melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.
"Saya, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam akan menimbulkan perkara itu dan membuat rayuan kepada kabinet esok,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Rayuan itu akan dikemukakan berikutan mesyuarat pemimpin parti komponen BN yang diadakan sebelum sidang akhbar ini.
Pertemuan itu diadakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Mohamed Nazri sebagai menteri bertanggungjawab mengenai biasiswa JPA untuk berbincang dengan parti komponen bagi menyelesaikan isu berkenaan yang disifatkan berpunca daripada kekeliruan.
Kuota terpaksa dinaikkan
Antara wakil parti komponen yang hadir ialah Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden MIC, Datuk S K Devamany, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Presiden LDP, Liew Vui Keong.
“Mesyuarat hari ini sebulat suara bersetuju untuk buat rayuan kepada jemaah menteri esok supaya ditimbangkan permintaan bagi 86 pelajar ini," katanya.
Ahli politik, NGO, pelajar yang kecewa dan ibu bapa berang kerana ramai pelajar cemerlang gagal mendapatkan biasiswa JPA. Ada juga yang ditawarkan tempat di universiti tempatan sedangkan mereka memohon untuk belajar di luar negara. Ada pula yang ditawarkan biasiswa untuk program diploma sedangkan mereka mahu mengikuti program matrikulasi.
Nazri berkata, sekiranya rayuan itu diluluskan bermakna kuota biasiswa JPA bagi pengajian di luar negara tahun ini terpaksa dinaikkan, namun tegasnya ia tidak bermakna kuota itu akan ditambah secara tetap.
"Kita akan lihat berasaskan tahun ke tahun," katanya.
Turut dibangkitkan ialah mengenai tawaran mengikuti kursus matrikulasi yang dikatakan menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar, yang mana menurut Nazri akan turut dibawa ke pengetahuan jemaah menteri esok.
Taklimat media
"Tawaran untuk mengikuti kursus matrikulasi tahun ini dibuat secara terbuka, tidak dinyatakan secara khusus apa subjeknya. Ini menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Jadi apa yang diminta ialah untuk Kementerian Pelajaran (KPM) kembali kepada cara sebelum ini," katanya.
Mengenai saranan supaya kesemua pelajar 9A+ dan 8A+ yang tidak mendapat tempat ke luar negara ditawarkan kursus matrikulasi dan bukannya diploma, Nazri berkata, perkara itu perlu diselaraskan dengan KPM terlebih dahulu.
"Saya dapat jaminan daripada JPA bahawa perkara itu boleh dilakukan, tetapi kita perlu bincang dengan KPM kerana pemberian tempat ini, sama ada matriks atau diploma adalah di bawah bidang kuasa KPM. Asalkan mereka kata semua matrikulasi JPA akan keluarkan biasiswa tidak ada masalah," katanya.
Selain itu, Nazri berkata, sebagai langkah mengelak kekeliruan mengenai pemberian biasiswa di masa-masa akan datang, mesyuarat mencadangkan supaya satu taklimat diberikan kepada pihak media untuk menjelaskan mengenai pemberian biasiswa dan jenis-jenis biasiswa yang diberikan sebelum pengumuman mengenainya dibuat. -MK
Tiada salahnya menghantar mereka belajar di luar negara, mereka akan menjadi aset negara yang bernilai setelah mereka balik daripada luar negara. Fikir-fikirlah.
ReplyDeleteSatu tindakan yang bijak. Jangan persiakan pelajar kita yang pintar dan berkemampuan untuk pergi jauh.
ReplyDeleteJika pelajar ini diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul maka mereka akan menjana ekonomi negara dimasa akan datang.
ReplyDeleteMereka inilah bakal-bakal aset negara di masa akan datang. Peluang perlu diberikan unutk mereka pergi lebih jauh.
ReplyDeletebagi mereka yang mendapt biasiswa dan belajar diluar negara, lepas ni berkhidmatlah dengan negara.
ReplyDeleteBeri mereka biasiswa tetapi pastikan mereka kembali ke tanah air semula.
ReplyDeletejika tidak mendapat tawaran belajar di luar negara, pelajar ini sepatutnya masih merasa bertuah kerana diberi biasiswa penuh oleh kerajaan.
ReplyDeletejika mereka benar-benar layak tidak salah jika mereka diberikan peluang...
ReplyDeleteapapun, diharapkan pelajar dapat melanjutkan pelajaran dengan baik sesuai dengan bidang yang dipilih.
ReplyDeleteIs it really necessary for them to study overseas. What's wrong with studying in your own country. There are many universities here in Malaysia that has twinning program with oversea universities.
ReplyDeleteHopefully these students will get their scholarship.
ReplyDeleteBeri biasisawa hanya pada yang layak kerana saya yakin penerimanya pasti tahu apa yang patut dilakukan seterusnya.
ReplyDeleteSemoga setiap cadangan yang diberikan utk pelajar membuahkan hasil yang positif.
ReplyDeleteMungkin mereka mesti diberikan biasiswa, tapi pastikan mereka akan dikenakan syarat yang ditetapkan bagi pelajar yang mendapat tajaan tersebut.
ReplyDeletekerajaan sepatutnya menggalakkan pelajar2 untuk menjadi lebih cemerlang dengan memenuhi keperluan mereka. jika tidak mampu baik tidak payah umumkan peruntukkan ini. sudah tentu rakyat akan mempersoalkan keadilan dalam pemberian biasiswa ini jika ada pelajar yang dapat dan ada yang tidak dapat.
ReplyDelete