Sunday, May 29, 2011

Lelaki Baru Kahwin Mati Ditikam Hingga Perutnya Terburai

Seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga, mati dalam keadaan mengerikan apabila isi perutnya terburai selepas ditikam seorang daripada dua lelaki bermotosikal di sebuah lorong belakang rumah kedai, Taman Paroi Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, seorang pembantu kedai runcit dikenali sebagai Arip, dalam lingkungan usia 30-an, sedang berjalan ke tempat kerja di sebuah bangunan bersebelahan rumah kedai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang berkata, mangsa seorang warga indonesia dikatakan baru turun dari tingkat dua sebuah rumah kedai disewanya sebagai tempat penginapan.

“Semasa berjalan, tiba-tiba dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri mangsa lalu seorang daripada mereka menikam perut mangsa de-ngan senjata tajam.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini dan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban melalui talian 06-6033222 atau hotline 06-6014999 untuk membantu siasatan. -SH

8 comments:
Write comments
  1. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa ini. Harap pihak polis dapat menyiasat punca yang menyebabkan lelaki ini dibunuh kejam. Harap orang yang melakukan jenayah ini akan dapat diberkas dan dikenakan hukuman yang berat.

    ReplyDelete
  2. sungguh malang dan kasihan, pembunuh tersebut harus dikesan dan diberi hukuman berat.

    ReplyDelete
  3. takziah kepada keluarga mangsa. harap kes ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap pesalah.

    ReplyDelete
  4. pasti pembunuh tu kenal dengan mangsa. harap kedua-dua lelaki tersebut segera ditangkap.

    ReplyDelete
  5. tidak lama lagi kena tangkap la tu.. Malaysia bukannya besar mana pun.. pusing2 akhirnya jumpa polis juga..

    ReplyDelete
  6. Harap pesalah ini akan dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat.

    ReplyDelete
  7. Condolence to the victim's family.

    ReplyDelete
  8. What is the killer's motive? Hopefully the police manage to catch this 2 man.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.