Saudara Pengarang....PILIHANRAYA Umum ke 12 telah menunjukkan kesetiaan kaum Murut, khususnya di Pedalaman kepada kerajaan Barisan Nasional dengan mengundi calon-calon Barisan Nasional di kawasan kaum Murut adalah pengundi majoriti ataupun kaum Murut menjadi pengundi penentu kemenangan Parti Barisan Nasional.
Sebagai rekod, calon Barisan Nasional di kawasan DUN N.38 Nabawan, DUN N.37 Sook, DUN N.34 Liawan, DUN N.35 Melalap dan DUN N.36 Kemabong serta calon Parlimen P.181 Tenom telah memenangi kerusi masing-masing dengan kelebihan undi yang bertambah.
Begitu juga kaum Murut juga telah membantu calon Barisan Nasional di kawasan DUN N.28 Sindumin, N.33 Bingkor, DUN N.47 Kuamut, DUN.58 Merotai dan Kerusi Parlimen P.178 Sipitang, P.180 Keningau, P184 Libaran, P.187 Kinabatangan dan P.191 Kalabakan untuk memenangi kerusi mereka masing-masing.
Namun apa yang mengecewakan, di sebalik kemenangan calon Barisan Nasional ialah pengagehan jawatan politik kepada para pemimpin Murut. Ada rungutan di kalangan para pemimpin kaum Murut di akar umbi bahawa seolah-olah apa yang diterima oleh para pemimpin politik kaum ini tidak setimpal dengan sumbangan kaum Murut yang membantu ke atas kemenangan calon Barisan Nasional di sekurang-kurangnya 9 kawasan DUN dan 7 Kerusi Parlimen termasuk kawasan Parlimen P.182 Pensiangan yang telah dimenangi tanpa bertanding oleh calon Barisan Nasional.
Dalam susunan kabinet negeri dan persekutuan pada masa kini, TIDAK ADA seorang pun MENTERI PENUH dari suku kaum Murut, hanya 3 orang Pembantu Menteri dan seorang orang Pengerusi Badan Berkanun/Agensi kerajaan.
Pada era pemerintahan BERJAYA dulu, salah seorang pemimpin dari suku Kaum Murut pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri, seorang menjadi Timbalan Menteri dan seorang menjadi Setiausaha Politik di peringkat persekutuan.
Selepas itu, apabila PBS mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri, seorang menteri penuh, seorang Pembantu Menteri di samping beberapa orang Setiausaha Politik dari suku kaum Murut telah dilantik.
Menyedari sumbangan besar suku kaum Murut dalam menentukan kemenangan Barsian Nasional pada pilihanraya yang lalu, Datuk Kadoh Agundong, mantan Menteri penuh dalam kerajaan PBS dahulu, pernah mengemukakan rayuan melalui salah sebuah akhbar negeri, agar pucuk pimpinan mengiktiraf sumbangan ini dengan melantik sekurang-kurangnya seorang menteri penuh dari suku Kaum Murut.
Kekecewaan suku kaum Murut ini seolah-olah luka ditabur garam lagi, apabila hanya seorang dari suku kaum Murut dilantik menjadi Setiausaha Politik.
Senario yang sama juga berlaku dalam perkhidmatan awam negeri. Jelas kini jawatan-jawatan penting dalam sektor awam negeri ‘lebih kurang dimonopoli’ oleh satu-dua suku kaum sahaja.
Mungkin sudah tiba masanya kerajaan melakukan ‘semakan inventori’ dan segera membuat pembetulan dengan memberi pertimbangan yang sewajarnya dengan mengambil kira suku kaum Murut dalam menentukan pengisian jawatan penting dalam sektor awam negeri.
Begitu juga kerajaan sewajarnya memberi peluang kenaikan pangkat kepada para pegawai dari kalangan kaum Murut yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sedang berkhidmat di sektor awam, untuk sekurang-kurangnya mengimbangi kekurangan representasi suku kaum Murut dalam pimpinan politik negeri.
Namun, masyarakat Murut hanya dapat bergantung harap kepada kebijaksanaan dan jasa baik Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah yang juga mungkin mempunyai darah Murut untuk melihat perkara ini yang kami anggap selama ini sebagai tersilap pandang (overlooked) sahaja untuk melakukan ‘corrective actions’ agar lambang Dacing Barisan Nasional kelihatan betul-betul ‘balance’ dan dapat memuatkan suku kaum ini dalam salah satu ‘piring’ timbangan tersebut.
Ini amatlah penting untuk diberi perhatian ‘SEGERA’ sebelum PRU13 bagi menjamin kelangsungan sokongan dan kesetiaan suku kaum Murut kepada kerajaan sekarang.
Salam Hormat,
CICIT AKI KOROM (sabahkini)
Tuesday, May 31, 2011
Pemimpin Kaum Murut Terpinggir?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap kerajaan BN tidak akan mengecewakan penyokong setia BN. Jangan membiarkan kaum murut terus merana dan terpinggir.
ReplyDeletekepentingan semua kaum perlulah dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeletejgn pinggirkan mana2 kaum, semua kamum perlu dilayan sama rata.
ReplyDeletejika BN ingin rakyat terus memberi sokongan, pastikan bahawa kepentingan dan kebajikan rakyat terjaga.
ReplyDeleteharap pemimpin murut dapat memberikan yang terbaik. Sokongan rakyat jangan sia-siakan.
ReplyDeletepemimpin kaum murut terpinggir tidak apa, yang penting penduduk dikalangan kaum murut yang telah menyumbang kepada kemenangan BN di negeri tidak terpinggir..
ReplyDeletePemimpin kaum murut juga perlu diberikan peluang untuk menyumbang kepada masyarakat.
ReplyDeleteapa jua kaum di sabah diharap tidak dipinggirkan, semua kaum ini ada tanggungjawab iaitu mengundi kena fikir tu...
ReplyDeletemasaalah nya kaum itu sendiri memingirkan diri atau ada pemimpin dari kaum kaum murut tidak bersungguh-sungguh meletakkan kaum mereka di persada kepimpinan negeri atau persekutuan...dan mereka hanya ikut belakang saja..contoh kaum cina mendapat senator baru-baru ini walaupun beliau dianggap durhaka dengan BN sedangkan kaum murut yg setia dengan BN terus dipinggirkan kita lihat saja kemajuan di Tenom saya pun hairan kalau penduduk nya bangsa murut banyak rungutan ,contoh masaalah jalan yg tidak di upgrade,air tidak ada tapi kalau bangsa lain apa pun ada sedangkan 3 pemimpin di Tenom ada lah murut...mungkin sudah sampainya kaum ini menunjukkan kuasanya atau meminta yang boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan negeri atau persekutuan.
ReplyDelete