Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya esok dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kabinet telah memutuskan yang Majlis Ekonomi akan membuat keputusan akhir.
"Ia akan menentukan jika kita akhirnya telah memperkenalkan tarif elektrik yang baharu," kata beliau kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.
Beliau bercakap selepas pelancaran "Dare To Dream Challenge" bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011 yang kedua (IGEM 2011), di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya.
Mengulas mengenai tuduhan yang menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 telah meningkat sekali ganda kepada RM1 bilion, Chin berkata butiran mengenai projek itu masih lagi dibincangkan.
"Ia adalah projek kerajaan-kepada-kerajaan dan masih lagi dibincangkan dengan kerajaan China," kata beliau.
- Bernama
Thursday, May 26, 2011
Keputusan Semakan Tarif Elektrik Diumum Esok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap penjelasan yang baik diberikan oleh NEC.
ReplyDeletetunggu dan lihat...harap kepentingan rakyat diutamakan.
ReplyDeleteharap tarif elektrik di negara ini tidak dinaikkan.
ReplyDeleteHarap kerajaan merancang sesuatu yang baik kepada rakyat. Jangan sampai membebankan rakyat dengan tindakkan yang diambil.
ReplyDeletehrp kerajaan membuat keputusan yang baik.
ReplyDeleteTunggulah pendedahan lanjut esok.
ReplyDeleteKalau nak naikkan tariff tu, jgn la terlalu tinggi ya...kesian kami ni rakyat susah, kais pagi makan pagi, kais petang malan petang....
ReplyDeleteSatu lagi berita yang membebankan hati dan kewangan rakyat jelata.
ReplyDeleteHarap ia tidak naik dlam masa dua tahun ini.
Adakah keputusan ini meliputi negeri Sabah?
ReplyDeleteRon 95, gas, letrik, gula, apa lagi yang tidak naik harga?
ReplyDeleteBarang disebut atas merupakan keperluan harian, tidak pakai, susah.
Tolong.....!!!
Kita doa agar tarif elektrik tidak naik.
ReplyDeleteKerajaan harus perihatin dengan beban yang dialami rakyat sekarang.
Buat masa ini bukan masa yang sesuai untuk menaikan tarif eletrik kerana pru bakal dijalankan tidak lama lagi.
ReplyDeleteBerlubang lagi poket ku kalau tarif eletrik dibenarkan naik. Harap tidak naik.
ReplyDeletekalau tarif elektrik naik, semua itu adalah jasa pembangkang yang tidak henti2 mendesak kerajaan menghapuskan subsidi IPP dan TNB..
ReplyDelete