Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan.
Menurut Anwar, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat.
"Candu apa ? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu ? Yang diberi kepada tauke tak apa ? Subsidi rakyat RM4 Billion. Subsidi IPP RM19 Billion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani ?," kata Anwar.
"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbillion ringgit, boleh ! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," tegas Anwar.
Beliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin di Majlis Ceramah Perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini.
Najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu menyatakan subsidi ibarat “candu” yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet.
Justeru, harga Petrol RON95 dan Diesel turut dijangka meningkat dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa Menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harganya.
Anwar menyatakan UMNO cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.
Menurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik.
"Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan Tinggi," kata Anwar.
"Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti Pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar. -Tvs
Saturday, May 21, 2011
Subsidi : Jangan Anggap Rakyat Penagih Candu, Kata Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fikirkan kesusahan rakyat miskin jika subsidi dimansuhkan.
ReplyDeleteKalo rakyat penagih candu, baik hantar je rakyat masuk pusat pemulihan. Ramai rakyat yang suka, sebab semuanya free. Kerajaan tanggung maa.
ReplyDeleteApa salahnya wang rakyat dipakai rakyat?
ReplyDeleteSubsidi diberi cuma salah satu saluran mengembalikan wang atau wang rakyat disalur membantu rakyat.
Basmi rasuah, duit rasuah cukup bayar semua subsidi.
ReplyDeleteBayangkan harga minyak tanpa subsidi, mungkin sampai RM 3.50 atau lebih, mampukah lagi kita pakai kereta?
ReplyDeleteJika kerajaan ingin menarik balik subsidi minyak, subsidi IPP harus ditarik dahulu.
ReplyDeleteKepentingan IPP tidak mungkin mendahului kepentingan rakyat.
Jangan bandingkan Singapore dengan kita. Pendapatan per kapital Singapore jauh lebih tinggi dibanding Malaysia.
ReplyDeletekepentingan rakyat haruslah diutamakan...
ReplyDeleteHarap kerajaan membuat kajian yang lebih terperinci supaya harga minyak tidak naik dan barjet negara juga tidak terjejas.
ReplyDeletejika subsidi setakat dikurangkan mungkin rakyat masih boleh terima tapi jika terus dimansuhkan, rakyat memang tak boleh terima.
ReplyDeletemmg pemotongan Subsidi akan meningkatkan kos hidup kita, tapi kita jgnlah terlalu bergantung dgn subsidi.
ReplyDeleteTolonglah utamakan rakyat dulu. Rasanya rakyat pun sudah penat mengeluh.
ReplyDeleteJika rasuah tidak ada, saya yakin keluhan rakyat taklah seteruk sekarang ini. huhu
ReplyDeleteMungkin kita tidak boleh pandang pada satu pendapat saja. Mana lagi teruk, Negara bankrap atau rakyat dikurangkan subsidi? Rasanya rakyat tahu mana yang terbaikkan. Kerajaan cuba untuk menangani masalah global. Masalah dunia dan bukan masalah negara kita saja. Jadi untuk menangani kenaikkan harga pasaran dunia, kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Maka dengan pengurangan subsidi dapat mengurangkan tanggungan yang dihadapi oleh kerajaan. Jika masalah global selesai pasti harga minyak akan berkurangan.
ReplyDeleteJangan mendengar kata-kata pihak yang tidak tahu menahu akan sebab pengurangan subsidi ini. Kerajaan melakukan bukan kerana kepentingan diri sendiri tapi sebab masalah lain yang perlu dilakukan bagi mengimbangkan kewangan negara.
ReplyDeleteFikirkanlah rakyat miskin.
ReplyDeleteRasakan kenaikan minyak dan sebagainya dengan hati yang girang sebab anda yg undi BN/UMNO so jangan bising2 tapi sokonglah kenaikan walau anda menderita dan kalau nak lagi kenaikan keperluan asas dinaikan maka undi lagi BN/UMNO PRU 13 nie selamat menyambut kenaikan harga minyak.
ReplyDeletetidak adapun kerajaan cakap rakyat penagih 'candu'.. nampaknya pemimpin2 pembangkang tidak faham apa itu perumpamaan. apa agaknya reaksi Anwar apabila subsidi IPP dan TNB ditarik balik dan mengakibatkan tarif elektrik di negara ini meningkat mendadak?? cakap memang la senang.. kalau PKR pandai mentadbir selangor kenapa tidak bagi subsidi kepada rakyat di selangor..
ReplyDelete