Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.
Katanya, PRU-13 adalah tumpuan utama BN kerana ia soal hidup atau mati dan disebabkan itu kesemua anggota parti diminta melupakan soal pemilihan parti masing-masing.
"Tumpukan pada pilihan raya dan kemaskan jentera masing-masing. Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU-13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di Georgetown hari ini.
Beliau berkata, BN perlu menggunakan pendekatan luar biasa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan harus bersungguh-sungguh turun ke padang.
"Kalau BN negeri berhasrat untuk menebus kekalahan pada pilihan raya lepas, kita tidak harus memperkecilkan apa yang mereka (kerajaan negeri) buat.
"Sebaliknya, kita harus berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat balik sokongan rakyat," katanya.
Timbalan Perdana Menteri juga berkata, pemimpin BN perlu akur dan jujur bahawa sememangnya terdapat kelemahan dalam parti masing-masing dan disebabkan itu mereka haruslah merancang apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat semula sokongan rakyat.
"Kita hendaklah bangun daripada kekalahan dan memperkukuhkan organisasi bukan sahaja Umno tetapi juga semua komponen lain seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain," katanya.
Katanya, sememangnya terdapat tanda-tanda sokongan orang Melayu kepada BN, orang India kepada MIC dan sedikit orang Cina terhadap MCA dan Gerakan.
Beliau berkata, pemimpin BN negeri tidak harus lupa dengan peranan mereka untuk membantu rakyat walaupun landskap politik berubah dan mereka menjadi pembangkang di Pulau Pinang.
- Bernama
Sunday, May 29, 2011
TPM beri isyarat PRU semakin hampir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat pasti akan berfikir dua kali sebelum mengundi bila PRU-13 nanti.
ReplyDeletepersediaan bagi menghadapi PRU perlu ada.
ReplyDeletetunggu dan lihat sajalah bila PRU akan diadakan. yang penting sentiasalah bersedia.
ReplyDeleteparti sekomponen BN perlu perbaiki kelemahan dan elakkan perselisihan yang berlanjutan kerana perkara ini boleh mempengaruhi sokongan rakyat. kerjasama amat penting untuk menghadapi PRU-13 nanti
ReplyDeleteWalaupun jadi pembangkang, buatlah dengan baik-baik supaya mengembalikan sokongan rakyat.
ReplyDeletePersiapan yang mencukupi meninggikan peluang kemenangan dalam pilihan raya.
ReplyDeleteKita bakal menyaksikan pertarungan sengit pada pilihan raya umum yang bakal diadakan.
Harap pilihan raya cepat diadakan. Saya sudah sedia mengundi.
ReplyDeleteSukar bagi MCA mengembalikan sokongan dari kaum Cina. Gerakan pun sudah tumbang di Penang.
ReplyDeleteUntuk kekal hidup pada pru 13, jangan lagi fikir pasal jawatan, yang penting boleh terus hidup
ReplyDeleteMCA tidak akan ada wakil dalam kabinet jika kalah teruk dalam pilihan raya akan datang.
ReplyDeletepersediaan yang paling berkesan ialah selesaikan semua masalah rakyat dan tunaikan permintaan mereka.. setakat turun padang berkempen tapi tidak melakukan apa2 baik berkempen di media..
ReplyDeleteKalau benar PRU semakin hampir satu petanda yang baik. Apa pun kita tunggu saja. PRU memang ditunggu-tunggu..
ReplyDelete