Tuesday, May 24, 2011

Suhakam Pandang Berat Isu Tanah Adat

“Hasrat mengeluarkan tanah adat dari Hutan Simpan dan Sabah Forest Industri (SFI) tidak akan berjaya jika penuntut terlibat tidak memberikan kerjasama,” kata Jannie Lasimbang, Pesuruhjaya SUHAKAM.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh Ketua Bahagian PBS Kemabong, Sabini Ansumor, yang mewakili Jawatankuasa Tuntutan Tanah Adat dan Hak Asasi Penduduk Kemabong dianggotai 24 Ketua Penuntut menyerahkan memorandum setebal 1,200 muka surat.

Difahamkan bahawa memorandum seumpama itu turut diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan melalui Datuk Henryanus Amin, selaku Setiausaha Agung PBS.

Justeru itu, para penuntut dinasihatkan agar memberikan kerjasama kepada agensi kerajaan dan SUHAKAM apabila penyiasatan dan sesi dialog diadakan kelak. Apa yang penting menurutnya, penduduk hendaklah bermuafakat dalam membuat keputusan dan tindakan.

Menurut Jannie, pihaknya mendapat banyak pertanyaan dan memorandum berkaitan tanah adat dan Hak Asasi Kemanusiaan dari seluruh Sabah. Beliau turut memberikan sedikit penerangan berkaitan SUHAKAM dan geran komunal.

“Sikap terhadap geran komunal ini sangat bergantung kepada perspektif pihak terlibat. Saya berpendapat kerajaan perlu memberi penjelasan terperinci berkaitan geran komunal ini,” kata Jannie.

Antara ketua penuntut yang hadir ialah Gambar Lusar, merayu agar kerajaan mempertimbangkan permohonan mereka. Menurut beliau, kawasan yang dituntut mempunyai kaitan sejarah nenek-moyang dan terpaksa berpindah atas arahan kerajaan terdahulu.

“Kami sudah tua, kami mahu kembali ke kampung halaman. Anak cucu kami juga ramai, mereka perlu tanah, dari tanah sahaja kami pandai mencari rezeki, kembalikan tanah kami,” rayu Gambar.

Menurut Sabini, sebahagian tuntutan datangnya dari kampung masih dihuni seperti Kapulu, Sumambu dan Katubu. Difahamkan penduduk di sana bergantung hidup dengan hasil tanah dan tidak mempunyai tanah di tempat lain.

“Tuntut tanah ini sudah lama diusahakan. Baru kali ini memorandum tuntutan secara kolektif dibuat. Termasuk dalam memorandum ini ialah tuntutan tanah adat dari Imahit. Berdasarkan situasi semasa, peluang pengeluaran tanah adat dari Hutan Simpan oleh kerajaan adalah cerah,” kata Sabini optimistik.

Hadir sama ialah Anggoh Maya, Naib 1; Ansapi Pawan, AJK; Florentius Alex, Setiausaha dan beberapa wakil penuntut.

Oleh : MEDIA PBS

24 comments:
Write comments
  1. Harap hak-hak rakyat dapat dipelihara dan isu tanah adat dapat diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  2. semoga isu ini akan dapat diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  3. apa pun harap kepentingan semua pihak akan dapat dijaga.

    ReplyDelete
  4. Penuntut Tanah adat didalam hutan simpan perlu memberikan kerjasama agar proses tuntutan dapat dilakukan dengan lancar.

    ReplyDelete
  5. Penyelesaian semestinya dicapai sebelum keadaan bertambah teruk.

    ReplyDelete
  6. penuntut/bumiputera berhak menuntut tanah adat mereka yang mempunyai kaitan sejarah nenek-moyang. yang penting mereka bekerjasama dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.

    ReplyDelete
  7. Isu tanah semakin runcing berikutan beratus adauan sudah dibuat. Jika kerajaan BN gagal menyelesaikan masalah ini, ia memjejaskan peluang kemenangan dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  8. geran komunal yang dibuat oleh kerajaan juga harus dikaji keberkesanan dan penerimaannya di kalangan penduduk.

    ReplyDelete
  9. Orang kampung amat memerlukan tanah untuk hidup, tanah harus diberi kepada mereka.
    Tanah komunal sesuai pada masa supaya mereka yang dapat tanah tidak menjualkan tanah mereka.
    Sudah terlalu banyak kes bahawa tanah NT yang diberi kepada peribumi telah dijaual.

    ReplyDelete
  10. penjelasan yang terperinci harus diberi kepada penerima geran tersebut demi menghilangkan keraguan atau kerisauan mereka.

    ReplyDelete
  11. Harap Suhakam dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.

    ReplyDelete
  12. Selesaikan isu ini dengan segera jangan sampai ia diperalatkan pembangkang sebagai satu isu dalam pilihanraya.

    ReplyDelete
  13. Tanah adat adalah hak penduduk. Jangan rampar hak mereka dan cubalah selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  14. Geran Komunal dilaksanakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada rakyat. Geran jenis ini adalah geran berkumpulan dalam satu geran saja. Mungkin ada sebab lain kenapa cara ini diambil oleh kerajaan. Harap penjelasan diberikan kepada penduduk.

    ReplyDelete
  15. Rakyat didahulukan, tanah diberikan.
    Pencapaian diutamakan, subsidi dikekalkan.

    ReplyDelete
  16. jika penuntut benar2 ingin hak mereka terjaga, berilah kerjasama.

    ReplyDelete
  17. Harap mereka akan membela hak orang asli terutamanya dalam isu tanah.

    ReplyDelete
  18. so kalau mahu hak mereka dikembalikan, beri lah kerjasama.. jangan pula lepas ni cakap dimedia konon tuntutan mereka tidak diendahkan..

    ReplyDelete
  19. Semoga Suhakam boleh membantu rakyat mendapatkan balik hak mereka.

    ReplyDelete
  20. Namun jika pihak lain bertepuk sebelah tangan, ceritanya masih sama juga.

    ReplyDelete
  21. Masalah tanah harus diselesaikan secara damai.

    ReplyDelete
  22. So what are we waiting for?

    ReplyDelete
  23. Isu perampasan tanah memang tidak asing lagi di Sabah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.