Thursday, May 26, 2011

RON95 belum naik tanda PRU13 makin hampir

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) memandang keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG merupakan satu taktik menunda di mana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan pada masa yang terdekat.

Keputusan kabinet kelmarin jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN sanggup berbuat apa jua untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya dan sekaligus mengelak daripada ditolak oleh rakyat pada PRU13 yang akan datang.

Walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menafikan bahawa tindakan kabinet tersebut tiada kaitan dengan pilihanraya umum, tetapi sebenarnya kerajaan telah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan harga seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya.

Tindakan kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat. Rungutan dan kemarahan rakyat juga kian hari kian bertambah.

AMK kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat ‘candu’ kepada rakyat. Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat swasta Independent Power Producer (IPP). Polisi kerajaan adalah bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diwar-warkan oleh kerajaan Satu Malaysia.

Sebenarnya kerajaan sedar bahawa sekiranya menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG akan menyebabkan rakyat tolak UMNO/BN dan sekaligus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia. Dengan kata lain, jika UMNO/BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO/BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13.

Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO/BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap. Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat.

AMK percaya PRU13 akan diadakan pada masa terdekat, rakyat perlu bersatu-padu untuk berjuang menentang masalah inflasi yang tidak terkawal. Dengan wujudnya sistem dua parti yang sihat, kerajaan akan selalu dipantau oleh pembangkang agar tiada penyelewengan berlaku. Maka rakyat yang akan menjadi tuan yang sebenar di dalam Malaysia.

Oleh LEE KHAI LOON (Ketua Penerangan AMK Malaysia)

14 comments:
Write comments
  1. harap harga ni akan dikekalkan dalam tempoh yang lama.

    ReplyDelete
  2. jika pilihan raya dijalankan pada masa yang terdekat ini, belum pasti parti-parti politik telah bersedia untuk menghadapinya. banyak isu-isu yang timbul belum diselesaikan. tapi terserah kepada PM bila tarikh PRU nanti.

    ReplyDelete
  3. Buka kerana PRU. Tapi kerana rakyat akan terbeban sekiranya kenaikan ini berlaku. Kerajaan memikirkan akan kesengsaraan rakyat jika perkara kenaikan ini berlaku.

    ReplyDelete
  4. i tak ada kaitan dgn PRU, ia tak naik kerana kerajaan tak nak membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Ron 95 perlu dikekalkan untuk dinikmati oleh rakyat terutamnya yang miskin.

    ReplyDelete
  6. Nasib la minyak ROn95 tak naik lagi...sama2 la kita bedoa agar harga minyak dunia menurun & harga minyak di negara kita juga menurun kepada harga yg biasa dulu2...

    ReplyDelete
  7. Semua pihak berpendapat sama melainkan menteri berkenaan.

    ReplyDelete
  8. Ini isu yang berkait terus dengan rakyat dan amat berkesan jika digunakan oleh pembangkang untuk menarik sokongan.

    ReplyDelete
  9. Kalu bukan pasal pilihanraya, awal-awal lagi harga minyak naik, mana lagi ada pertimbangan.

    ReplyDelete
  10. Bersedia kita mengundi.
    Pilih sebuh kerejaan yang mendahulukan rakyat, menutamakan pencapaian.

    ReplyDelete
  11. Sebelum pilihan raya tidak naik, apa akan jadi selepas pilihan raya?

    ReplyDelete
  12. BN tidak akan mengambil risiko ini kerana harga minyak merupakan senjata tajam untuk memudaratkan sokongan BN dalam pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  13. biasalah kan pembangkang.. naik atau kekal, sama saja.. tetap akan dijadikan bahan politik. macam lah kalau Pakatan mengambil alih kerajaan minyak tidak akan naik sampai kiamat...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.