PERCUBAAN individu dan media untuk membakar api persengketaan agama yang terjadi baru-baru ini merupakan suatu perilaku sangat biadap terhadap peradaban bangsa dan Islam kata pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.
Beliau berkata, sepatutnya media harus digunakan sebagai alat menyampaikan kebenaran dan pengetahuan yang boleh menyelesaikan krisis masa depan.
Katanya, apa yang berlaku sekarang ini media telah lari dari asasnya dan peristiwa ini cukup mengaibkan bangsa yang bukan sahaja menguruskan media Melayu tetapi juga Islam kerana menyebarkan laporan berbentuk fitnah dan mencetuskan berbagai krisis.
Jelasnya, cara yang dilakukan ini adalah sangat primitif dalam menjayakan apa-apa jua agenda baik politik atau sebagainya.
Menurut Abdu Hassan, ini adalah kerana ia boleh mencetuskan persengketaan sesama sendiri dan ini adalah cara yang sangat jahiliah, tidak berpengetahuan, tidak beretika dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pada pendapat beliau, cara ini tidak rasional, tidak waras dan sakit pada saat rakyat cuba menyelesaikan pelbagai masalah seperti kenaikkan harga barangan, ada pula pihak yang cuba membakar sikap dan menyalakan api sengketa sesama sendiri.
Negara ini tegas beliau, tidak memerlukan perbuatan seperti ini kerana rakyat dalam negara ini merupakan masyarakat yang sangat sabar,tekun dan berhati-hati.
Katanya, perbuatan seperti ini adalah biadap terhadap kesejahteraan tanah air.
Malah menurut beliau lagi, ia tidak sedikitpun memberi keuntungan kepada masyarakat selain daripada membawa persengketaan yang dahsyat.
Abu Hassan meminta rakyat tidak memandang perkara sebegini sebagai remeh dan katanya apabila ada sesuatu institusi yang berpihak kepada mana-mana parti melakukan kesilapan terhadap tanah air maka ia tidak wajar diselamatkan atau di bela.
Masyarakat tidak kira dari golongan apa sekalipun pasti menentang apa sahaja tindakan bersifat untuk mencetuskan konflik perkauman dan krisis keagamaan, ujarnya.
Jelas beliau, jika perkara ini berlaku ia sekaligus boleh menghancurkan peradaban dan tanah air.
Tindakan seperti ini katanya bukanlah sejenis kewartawanan atau pengetahuan dan sama sekali tidak berfungsi sebagai pemikiran yang datang dari masyarakat rasional, waras dan bertamadun.
Apa pun katanya, perbezaan masyarakat di muka bumi ini, merupakan satu proses mencari kkesepakatan untuk bersama membangunkan sebuah penghidupan yang abadi dan inilah yang ditunjukkan oleh Islam.
Ujarnya, Islam tegasnya tidak pernah memusuhi mana-mana kaum atau agama dan tidak ada bukti perkara sebegini berlaku.
Apa yang beliau kesal, media yang sangat besar pengaruhnya mengambil berita rujukan daripada blog kemudian dijadikan paparan muka hadapan akhbar itu tanpa sebarang fakta yang kukuh.
Perbuatan ini bertentangan sama sekali dengan sikap jurnalisme atau media yang profesional.
Perkara ini juga katanya memberi pandangan bahawa peristiwa yang berlaku atau polimik yang dicetuskan merupakan satu krisis yang diadakan bagi tujuan politik.
Tegas beliau, perkara ini akhirnya memberi gambaran betapa rendahnya kewarasan dan betapa teruknya keintelektualan media tersebut.
"Bagaimana boleh mempercayai hanya dari satu jenis blog yang ditulis oleh seorang sahaja sedangkan blog bagaimanapun pengaruhnya tetapi ia bukanlah merupakan institusi.
"Ia adalah satu lapangan media di mana individu meluahkan perasaan dan fikirannya yang tidak sepatutnya satu institusi mengambilnya sebagai bahan rujukan dan diletakkan di muka hadapan sesebuah akhbar," katanya.
Abu Hassan kesal kerana setelah isu ini menggemparkan masyarakat yang boleh mencetuskan perang saudara dan sengketa, tetapi apa yang dapati ia tidak diselesaikan secara jelas dan berkesan.
Katanya, sepatutnya tindakan perlu diambil terhadap orang yang menyebar dakyah dan subversisme.
Tindakan keras juga mesti diambil ke atas media yang menyebar luaskan subresisme ke dalam fikiran masyarakat.
"Jika ini dilaksanakan sekaligus kita percaya sesiapapun yang mencetuskan krisis ini merupakan pihak yang menyebarkan subversisme ke dalam negara untuk menceruskan pertegalahan sesama sendiri.
"Masyarakat mesti memberi kecaman terhadap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan subresivme kepada rakyat sebagai alat untuk tujuan politik dan tertentu," tegasnya lagi
Abu Hassan berkata rakyat tidak boleh membiarkan mana-mana pihak menggunakan sikap terhadap agama untuk menyerang apa sahaja yang ada.
Jelas beliau lagi secara akedamiknya tidak sepatutnya berlaku "double standard" bermaksud tindakan tegas mesti dikenakan ke atas orang atau institusi yang bertanggungjawab menyebabkan krisis yang hampir.
Oleh M SHAFRI SHAMSUDIN
Monday, May 23, 2011
Bakar semangat perkauman perbuatan biadap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Media perlu melaporkan sesuatu dengan betul dan telus.
ReplyDeleteMungkin mereka2 yg kelihatan cendurung untuk menjadi racist perlu dihantar ke Sabah. Di Sabah, orang2nya tak kisah atau tak ambil tahu sangat pasal hal2 racial & agama ni...Ibrahim Ali perlu luangkan sedikit masa untuk datang ke Kota Kinabalu & makan mee goreng di restoran Fuk Yuen, jln. Gaya...di sana dia boleh lihat pelbagai bangsa & agama makan di satu tempat tanpa masalah...jgn bimbang, restoran cina ini ada sijil halal:)
ReplyDeleteTanya la tu Utusan. Kepala Utusan Ibrahim Ali.
ReplyDeletemedia perlulah menyiarkan maklumat yang tepat dan benar sahaja...
ReplyDeleteakhbar memainkan peranan yang penting untuk sebarkan berita terkini dan sangat luas pengaruhnya. jadi, pihak media dan wartawan seharusnya profesional dalam setiap maklumat yang disampaikan.
ReplyDeletesebagai media, seharusnya ambil peranan dalam menyatukan perpaduan masyarakat.
ReplyDeleteTersasar dari landasan sudah media2 yang sekarang ni.
ReplyDeletesepatutnya media harus digunakan sebagai alat menyampaikan kebenaran dan pengetahuan yang boleh menyelesaikan krisis masa depan.
ReplyDeleteInilah tujuan media sebenarnya. Harap para media akan dapat memperbaiki masalah ini.
Suara berani Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullahamat mengkagumkan dan sangat dihormati kerana telah menyuarakan sesuatu pekara yang memudaratkan keamanan negara.
ReplyDeleteHairan media tersebut tidak diambil tindakan yang tegas.
ReplyDeleteSetakat surat teguran membawa kesankah?
Kita bersyukur kerana adanya rakyat seperti Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.
ReplyDeleteProf tidak sepi, berjuta lagi rakyat Malaysia berfikiran seperti Prof.
Cara mereka itu sudah ketinggalan dan tiada pasaran lagi di Malaysia.
ReplyDeleteBelum lagi golongan yang tidak beretika ini bahawa mereka semakin dipinggirkan.
ReplyDeletePaling penting rakyat jelata sedar akan muslihat golongan ini yang cuma memikirkan kepentingan diri dan tidak hirau kesusahan yang diakibatkan mereka.
ReplyDeletemedia2 yang jelas dikongkong oleh kuasa politik tidak patut disokong oleh rakyat. untuk memberi pengajaran kepada media seperti ini, rakyat sendiri perlu memainkan peranan dengan tidak sekali2 membeli atau membaca akhbar berkenaan.
ReplyDelete