Thursday, May 26, 2011

Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya S'wak



Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

NONEVideo berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu. -MK

16 comments:
Write comments
  1. Dedahkanlah bukti-bukti yang ada.

    ReplyDelete
  2. jika benar ada bukti dedahkan saja...tengok sama ada bukti tersebut berasas atau tidak.

    ReplyDelete
  3. harap pembelian undi tidak akan berlaku pada pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  4. bukti?ini sajakah yang ada. Harap perkara ini dapat ditangani.

    ReplyDelete
  5. adakah bukti ini cukup kukuh?

    ReplyDelete
  6. Kita kena tengok sendiri untuk memastikan kesahihan video tersebut. Mana kita boleh tengok video ni, di Youtube ada tak?

    ReplyDelete
  7. Takkan ada orang yang begitu bodoh sampai pergi rakam diri mereka membeli undi sebagai bukti?

    ReplyDelete
  8. Ini video diorang bagi2 duit saja...tak ada ka yg tunjuk wakil rakyat yg terlibat bagi duit tu?

    ReplyDelete
  9. Siasat dakwaan ini SPR. Sudah banyak dakwaan begini dibuat tetapi tidak nampah siasatan dibuat.

    ReplyDelete
  10. Pastikan video ini sahih dan tindakan sewajarnya harus diambil.

    ReplyDelete
  11. Berapa lama tektik ini terus berkesan? Undi dibeli, sokongan tidak lagi didapat melalui sistem pentadbiran yang baik.

    ReplyDelete
  12. Banyaknya duit yang tersusun atas lantai, dari mana mereka dapat duit itu? Siapa yang memberi duit berkenaan kepada mereka?

    ReplyDelete
  13. Kenapa sia tidak pernah dipelawa semasa pru? Barangkali sia tidak terima, sia mua pilih parti yang betul-betul baik dan bukan parti yang beli tiket sia.

    ReplyDelete
  14. Wang dikasi jangan tolak, kan orang kata rezeki jangan ditolak. Tapi saya tetap undi parti pilihan saya.

    ReplyDelete
  15. tanya org bn sabah..masa pbs jatuh cam mana....hanya dia org tahu citernya,,,itu lah kenyataan sebenarnya....i/c projek...itu nyata..sabah dulu mana ada org india...ada pun boleh kira bah...sekarang sudah ada parti mic sabah..apa ne...sprm mana ...?

    ReplyDelete
  16. sebagaimana video seks Anwar cukup sekadar penafian bagi meyakinkan rakyat, jadi video ini juga patut tidak mempunyai masalah untuk di nafikan.. anggap sahaja semua ini adalah konspirasi pihak pembangkang.. lagipun kenapa baru hari ini didedahkan? owhh.. mungkin mencari pelakon dan mencipta skrip memerlukan masa....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.