Sunday, May 22, 2011

Vettel menang GP Sepanyol

http://www.sportnewson.com/images/sebastian-vettel.jpgBARCELONA: Pendahulu Formula Satu, Sebastian Vettel mengekang Lewis Hamilton untuk memenangi Grand Prix Sepanyol dan meraih kemenangan keempat daripada lima perlumbaan musm ini.

Pelumba Red Bull itu mendahului perlumbaan selepas pit stop kedua untuk mengatasi Hamilton dengan 0.6 saat dan melebarkan kelebihannya dengan 41 mata berbandng pesaing daripada McLaren itu.

Vettel adalah pelumba pertama dalam 11 perlumbaan yang menang di Litar Catalunya tanpa bermula di petak pertama.

Rakan pasukan Red Bull, Mark Webber bermula di petak pertama tetapi hanya meraih tempat keempat di belakang Jenson Button daripada McLaren manakala pelumba Ferrari, Fernando Alonso yang mendahului 18 pusingan pertama sekadar berakhir di tempat kelima. - AP

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.