Tuesday, May 31, 2011

Himpunan Belia dieksploit menjadi Majlis BN

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengeksploitasikan aktiviti Himpunan Sejuta Belia 2011 sebagai platform untuk mempertahankan kuasa memerintah yang penuh dengan agenda politik sempit. Himpunan belia yang berlangsung di Putrajaya telah menjadi majlis menyokong BN yang membazirkan dana awam (public fund).

Tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi semasa di Mesyuarat Agung UMNO. Kini, beliau telah menggunakan Himpunan Belia sebagai alat untuk menyerang parti pembangkang.

Keadaan ini telah menunjukkan PM tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Di bawah konteks sebuah negara yang demokrasi, Putrajaya adalah dimiliki rakyat Malaysia dan ia merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa Pilihanraya. Putrajaya bukan dimiliki mutlak oleh mana-mana parti politik.

AMK amat kesal dengan Himpunan Belia yang telah dijadikan sebagai majlis menyokong BN. Kebanyakan anak muda dipercayai tidak mengetahui bahawa perhimpunan tersebut merupakan rapat umum BN untuk mempertahankan Putrajaya. Akan tetapi, terdapat juga pemimpin-peminpin anak muda dalam NGO menyatakan bahawa NGO tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik selepas mengambil bahagian dalam program tersebut.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib Razak seharusnya menjadi satu teladan yang baik kepada anak muda dan bukan semata-matanya melaungkan bahawa hendak mempertahankan Putrajaya bersama-sama dengan pemuda-pemudi.

PM perlu membersihkan sistem pilihanraya yang tidak adil, kotor dan ketidaktelusan terlebih dahulu sekiranya ingin disokong oleh rakyat. Sebagai satu negara yang demokrasi, PM perlu memberi ruang dan peluang kepada rakyat khasnya anak muda untuk memilih kerajaan yang dilihat sebagai berupaya memimpin rakyat.

Sehubungan itu, PM juga tidak patut menyalahgunakan jentera negara seperti polis, media, penjawat awam dan juga NGO-NGO demi mempertahankan kuasa memerintah sendiri.

Oleh itu, AMK menyeru Kerajaan Persekutuan supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan sokongan pada pilihanraya yang akan datang. Sebaliknya, Kerajaan harus sokong Himpunan Bersih pada 9 Julai yang dianjurkan oleh NGO untuk melaksanakan satu pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

AMK juga menyeru kepada anak muda supaya melibatkan diri dalam politik dengan lebih aktif serta pemikiran yang bebas dan kritis. Dengan penglibatan aktif anak muda barulah sistem dua parti yang sihat dapat diwujudkan dan tidak membiarkan parti politik yang monopoli dan kerakusan kuasa.

*Kenyataan media oleh Lee Khai Loon (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

8 comments:
Write comments
  1. Kita mahukan sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

    ReplyDelete
  2. biarlah setiap rakyat menilai pekara ini...

    ReplyDelete
  3. agenda politik ada di mana2 sahaja.

    ReplyDelete
  4. sebenarnya himpunan belia ni apa tujuannya?

    ReplyDelete
  5. Harap himpunan belia ini akan bertema kan BELIA BENCI DADAH..atau TAK NAK ROKOK..Tapi kalau lah ianya berkempen utk UMNO....cis...ubah ja...tajuk ...mudahan UMNO terus maju....baru lah belia fikir nak ke tak nak.........................

    ReplyDelete
  6. Politik..Tidak perlulah hairan. PR sendiri pasti mencari kesalahan yang tidak ada guna pun untuk rakyat.

    ReplyDelete
  7. kerajaan berusaha mengenengahkan jenama, produk, kemahiran bakat dan minat belia2 kita untuk tatapan umum, sekali gus membuktikan mereka juga anggota masyarakat yang berupaya menyumbang kepada kemakmuran negara...

    pembangkang pula sibuk berpolitik sana sini menghasut belia menukar kerajaan supaya pemimpin2 pembangkang berpeluang memegang jawatan kabinet.. tidak ada pun usaha mereka membantu belia..

    ReplyDelete
  8. tanyalah sesiapa sahaja. Mereka yang pergi, singgah ataupun merentasi Putrajaya sejak Jumaat hingga Ahad lepas pastinya akan 'tabik' dengan komitmen Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia kerana berjaya menghimpunkan lebih sejuta belia di sana. Dengan program bercampur-baur, berkonsepkan kerohanian, keagamaan, hiburan dan pelbagai lagi, sambutan hangat diterima daripada pengunjung dari segenap ceruk... ini sebenarnya yang membuatkan Pakatan tidur tak lena dan terpaksa membazir masa mencipta pembohongan dan putar belit..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.