PAS Sabah menasihatkan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar menghentikan segera ancaman untuk menghentikan operasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik PAS yang telah ditubuhkan sejak 25 tahun yang lalu secara sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2).
“Saya menasihatkan MPS supaya menghentikan tindakan yang sia-sia ini dan bertindak mengikut lunas demokrasi serta undang-undang yang sedia ada,” demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Hamzah Abdullah.
Haji Hamzah merujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh MPS bertajuk “Notis menghentikan operasi taska PASTI” yang bertarikh 23 Mei 2011 dengan nombor rujukan MPS:200-00/031/0004/007/. Notis ini menuntut supaya PASTI menghentikan operasinya serta-merta.
Tegasnya lagi, PAS tidak akan menghentikan operasi PASTI kerana kewujudannya adalah sah serta memberi manfaat kepada masyarakat dalam membentuk peribadi Muslim dan ini adalah isu lama yang telah selesai sejak lebih 20 tahun lalu.
Kata Hamzah, PASTI adalah sah dan berdaftar di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat serta dihalalkan oleh perlembagaan parti. Bagaimana mungkin perlu menghentikan operasi PASTI sedangkan ia merupakan salah satu aktiviti parti yang disebut di dalam perlembagaan PAS.
“Apakah MPS Anti-Islam dan mencabul Perlembagaan Persekutuan? Sewajarnya MPS bertindak menutup Pusat-Pusat Maksiat yang telah banyak menjerumuskan remaja Muslim ke lembah maksiat dan keruntuhan moral,” sambungnya lagi.
Oleh : KRANGKANG BATRUSI (sabahkini)
Tuesday, May 24, 2011
MPS Anti Islam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap isu ini dapat diselesaikan.
ReplyDeleteJangan jadikan sifat perkauman budaya kita. Sabah dan Sarawak tidak seperti Semenanjung.
ReplyDeletesetuju dengan Hassan..sifat perkauman bukan buadaya kita...
ReplyDeleteisu yang timbul perlulah diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteAlasan untuk menberi amaran pemberhentian pusat itu saya pasti sudah dinyatakan. Harap pihak terlibat memahami tindakan yang terpaksa dilakukan oleh pihak MPS
ReplyDeleteSetiap perselisihan perlu diselesaikan dengan cara perbincangan.
ReplyDeletekenapa baru sekarang timbul isu yang menginginkan operasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik PAS segera dihentikan? sedangkan ia sudah 25 tahun beroperasi secara sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2).
ReplyDeletesebaiknya isu ini segera diselesaikan agar perselisihan ini tidak terus berlanjutan.
ReplyDeleteApakah alasan yang diberi oleh MPS untuk menyokong penutupan PASTI?
ReplyDeleteMungkin ada sebab tertentu. Jangan terlalu emosi mengaitkan tindakan kerajaan tempatan dengan agama.
Katakanlah, suatu program yang diadakan atas nama agama tetapi tidak menepati undang-undang yang diperuntukan. Contohnya, pusat asuhan agama yang keadaan kebersihan sangat rendah hingga menjejaskan kesihatan, patutkah ia diarah tutup sehingga keadaanya berpulih bersih?
ReplyDeleteAdakah tindakan ini boleh dikatakan anti agama itu?
Cuba cari sebab kenapa ia diarah tutup dan dedahkan supaya para pembaca dapat menilai samada tidakan MPS itu wajar atau sebaliknya.
ReplyDeleteAsal ada tindakan diambil terhadap agensi yang berasas agama dikatakan anti agama, tolonglah berfikiran matang dan jangan cuba menghasut.
ReplyDeleteTanpa sebab yang kuat, MPS tidak mungkin bentindak.
Pusat maksiat perlu diberi perhatian dan tindakan yang tegas dan serius.
ReplyDeleteKadang kala pusat maksiat ini bagai telus dan tidak dinampak pihak berkenaan walau ia beroperasi secara separuh terbuka.
Jika MPS tidak memberi sebab yang kuat dan munasabar, bantah habis-habisan arahan tersebut.
ReplyDeletePASTI adalah sah dan berdaftar di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat serta dihalalkan oleh perlembagaan parti. Bagaimana mungkin perlu menghentikan operasi PASTI sedangkan ia merupakan salah satu aktiviti parti yang disebut di dalam perlembagaan PAS.
ReplyDeleteDewan Pemuda PAS? Kenapa bukan dibawah MPS?
MPS perlu memberikan sebab untuk menguatkan bukti sebab pemberhentian Taska PASTI ini. Ini bukan kerana ISLAM atau sebaliknya mungkin ada sebab lain. Saya pasti PAS saja mengaitkan berkenaan ISLAM dalam isu mereka. Tapi kita tidak dengar lagi dari pihak MPS sendiri. Harap MPS boleh menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.
ReplyDeleteMPS kena fikir secara rasional,jangan campur dengan dengan masalah politik, beri alasan mengapa taska PASTI diberhentikan?
ReplyDeleteya.. penjelasan perlu diberikan kenapa PASTI perlu ditutup. jgn biarkan isu ini dimanipulasikan.
ReplyDeleteYa, harap MPS memberikan penjelasan tentang sebab mereka memberhentikan PASTI.
ReplyDeletesebaiknya dengar dulu penjelasan dari MPS sendiri.. tidak perlulah terus membuat tuduhan kononnya MPS anti Islam sedangkan mereka juga mempunyai alasan sendiri yang wajar dipertimbangkan oleh orang ramai..
ReplyDeleteHarap isu agama tidak akan dicampur aduk dengan politik.
ReplyDeleteBagus MPS fikir macamana nak banteras penjualan rokok yang berluasa sambil tengok juga telur penyu mcm senang jer masuk..apa macam MPS berani ka
ReplyDeletesiapa yang bertugas dalam mps dan terlibat dalam hal ne pasti mereka tahu sebabnya jadi betahu pd orang ramai kenapa nak tutup....atau mereka takut bab ne arahan dari .....?sendiri mahu tahu lah pusatnya...pas x mahu masuk umno jangan pula rakyat jadi mangsa...fikirkan kebaikkan yg kita dpt....
ReplyDeleteSepatutnya tiada masalah agama di Sabah.
ReplyDelete