Monday, May 23, 2011

Pertambahan Mendadak Pengundi Baru Di Negeri PR Strategi BN & SPR

Pas mendakwa pertambahan mendadak pengundi baru di beberapa negeri Pakatan Rakyat (PR) sebagai strategi Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi membolehkan BN merampas negeri-negeri terbabit daripada Pas.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, strategi seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 tahun 2004 lalu dan di Sabah untuk membolehkan BN merampas Terengganu dari Pas dan mengekalkan cengkaman di Sabah.

Menurutnya, Pas ragu dengan pertambahan pengundi melebihi 17 peratus bagi setiap negeri PR, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan Pas pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah enam peratus paling maksimum.

“Sebelum ini Pas yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar.

“Lebih meragukan, berdasarkan semakan, pertambahan pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi yang didaftarkan di negeri terbabit, tetapi di Kuala Lumpur dan mereka yang bukan warganegara Malaysia.

“Saya bimbang dengan keadaan ini dan tidak menolak kemungkinan ianya satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR untuk merampas kembali negeri-negeri PR secara tidak sah,”
katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Mohamad Sabu berkata, corak pendekatan itu kini sudah dikenal pasti giat dilaksanakan di Selangor bagi menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.

Menurutnya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar diatasi Pas dan PR kerana mendakwa turut melibatkan kerjasama SPR sendiri.

“PR belum tentu menang di Selangor kerana saya difahamkan SPR bertindak mendaftarkan bukan rakyat Malaysia untuk mengundi di Selangor sebagaimana dilakukan di Sabah dan Terengganu sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad turut mendakwa UMNO mengkhianati suara orang Melayu di Parlimen apabila tidak menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk Melayu tinggi seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, tindakan BN itu dipercayai disebabkan bimbang kerusi di negeri terbabit dimenangi Pakatan Rakyat (PR), walhal keperluan untuk menambah kerusi di kawasan majoriti Melayu diperlukan untuk mengukuhkan suara Melayu di Parlimen.

“SPR dan BN sewajarnya menambah kerusi Parlimen di kawasan seperti Baling dan Kuala Kedah yang mempunyai penduduk lebih 30,000, selain menambah kerusi di negeri Kelantan dan Selangor," katanya. -SH

12 comments:
Write comments
  1. Siapa entahnya pengundi-pengundi baru ini?

    ReplyDelete
  2. benarkah dakwaan PAS ini atau hanya andaian yang tidak berasas?

    ReplyDelete
  3. jika ya pun ingin menang dalam pilihan raya, strategi politik tu kena adil dan bersih.

    ReplyDelete
  4. sABAH DAH MENALAMI PENGALAMAN INI SEMASA PARTI BERJAYA BANYAK PTI JADI WARGANEGARA/IC BIRU

    ReplyDelete
  5. sebelum ini ramai yng belum mendaftar sebagai pengundi,, mungkin mereka ini adalah golongan yang baru mendaftar sebagai pengundi. hal ini tak patut nak dipertikaikan.

    ReplyDelete
  6. Tapi kalau benar-benar cukup umur dan layak mengundi itu tidak payahlah dihairankan.

    ReplyDelete
  7. nanti kalau pas juga yg menang nanti, diorang akan senyap balik la...tuduhan yg dibuat pun dilupakan sehingga pilihanraya akan datang...

    Kalau betul la SPR ni menipu, bagaimana Tsunami 2008 terjadi?

    ReplyDelete
  8. Mungkin ramai pemuda & pemudi yang baru mendaftar dan mahu mengundi.

    ReplyDelete
  9. kalau tidak tahu puncanya jangan pandai2 buat tuduhan.. itu fitnah namanya..

    ReplyDelete
  10. Mungkinkah mereka ini pendaftar yang baru penuh umur 21?

    ReplyDelete
  11. Yang penting siasat dulu bagaimana pertambahan mendadak pengundi baru ini boleh berlaku.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.