Namun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.
"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).
"(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini pada minggu lalu.
Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder.
"Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan?
"Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi.
Operasi rahsia
Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah tulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.
Mahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.
Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing.
Bagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya.
"Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang.
"Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit."
Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit.
"(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri. -MK
Kalau PR mahu menang, mereka juga perlu menggunakan taktik ini.
ReplyDeleteSudah lama isu ini dibangkitkan. Benar tidak pihak yang dituduh terlibat tetap menafikan.
ReplyDeleteMemang peningkatan penduduk Sabah tidak normal. Penyiasatan mesti dijalankan dengan telus dan adil. Isu in sudah menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara.
Tidak mereka pertimbangkan kesan atau impak 'menrakyatkan' warga luar negeri degan cara yang tidak sah?
ReplyDeleteKesannya nanti mereka dan anak cucu cicit mereka turut rasa juga.
Jumlah pendatang yang dpt ic projek tidak diketahui.
ReplyDeleteSekiranya ada jumlah yang besar dari mereka turut menyertai pasukan keselamatan negara, bahaya keadaan ini.
Tahap kesetiaan mereka meragukan.
Lanskap penduduk Sabah besar berubah dalam tiga dekad ini.
ReplyDeletePenigkatan jumlah penduduk Sabah agak tidak normal.
Mungkin benar disebabkan projek IC yang disebut-sebut walau belum ada pengakuan dari mana-mana pihak yang berkenaan.
Kita dikelilingi orang-orang yang bertutur bahasa bugis dan tegalok. Kadang-kadain keliru tidak tahu berada di mana, Filipin ke Indonesia.
ReplyDeletesama ada Anwar terlibat atau tidak..hanya mereka yang tahu..
ReplyDeleteSudah tiba masanya kerajaan menangani masalah ini. Jika tidak rakyat pasti akan memilih pihak yang iklas menangani masalah ini jadi kerajaan.
ReplyDeletejika BN/PR ingin menang, mereka sepatutnya menggunakan kaedah yang betul. apa yang lebih penting, mereka dapat menjaga kepentingan dan hak rakyat.
ReplyDeleteorang sabah tahu yang bagi IC Palsu kepada para PATI ialah KDN..KDN saja yang dapat melakukannya...jadi siapa lagi kan...
ReplyDeletekalau dituduh pun, tuan punya badan tetap tidak mengaku sampai mati..takut digelar pengkhianat..
ReplyDeletejadi kenapa KDN menolak bulat2 cadangan menubuhkan RCI berhubung isu ini? sebab KDN takut rahsia sulit mereka ini akan terbongkar..
ReplyDeletekerajaan harus selesaikan isu ini..
ReplyDeleteSemua isu mengenai perkara ini dibangkitkan tapi satu benda pun takda berubah:(
ReplyDeleteApapun, saya harap hal ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
ReplyDeleteprojek IC bukan satu perkara kecil, ia perlu diambil perhatian. perlu dipastikan siapa yang benar2 terlibat.
ReplyDeleteHarap masalah projek IC ini dapat ditangani sebolehnya. Jangan sampai Pembangkang menjadikan ini isu peribadi mereka.
ReplyDeleteBuktikan kepada PR bahawa BN boleh menang tanpa projek IC tersebut.
ReplyDeleteAnwar sendiir juga terlibat dalam projek IC.
ReplyDeleteTukar kerajaaan PRU 13 sebab sudah puluh tahun kita merdeka dibawah BN tapi masalah ini tak selesai so kita sendiri tahu masa BERJAYA projec ic berlaku tapi apa tindakan kerajaan hamya senyap mungkin bias sama BN/UMNO sebab mereka yang memerintah.
ReplyDeletekalau Anwar buat pun, ingat dia mau mengaku ka.. dia akan nafi semahu2nya dan salahkan orang lain.
ReplyDelete