Tuesday, May 31, 2011

Korban "Timun Maut" Semakin Meningkat

Jumlah korban akibat mentimun yang tercemar bakteria yang membawa maut dijangka akan meningkat, demikian kata para pengkaji.

Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban di Jerman akibat infeksi bakteri E. coli yang tersebar melalui mentimun.

Mentimun yang diyakini diimport dari Sepanyol tersebut tercemar oleh jenis bakteria E.coli yang menyebabkan sindrom hemolytic-uremic (HUS).

Kami berharap akan ada penurunan kes, namun yang kami khuwatirkan hal ini akan terus memburuk," ujar Oliver Grieve dari Pusat Kesihatan Universiti Schleswig-Holstein, tempat dimana para korban dirawat.

Pejabat Sepanyol mengatakan masih belum dipastikan apakah mentimun tersebut berasal dari Spanyol.

Institut Robert Koch (RKI), sebuah institut pusat penyakit di Jerman, mengesahkan sudah ada 329 kes keracunan, namun beberapa laporan menyebut angka 1200 kes.

Sementara itu wabak penyakit yang disebabkan mentimun 'maut' dipastikan ada 36 kes.

Mereka yang jatuh sakit tersebut dikatakan sebelum ini telah berkunjung ke Jerman.

Di Republik Czech, sejumlah sayuran juga dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria telah ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa Czech menyatakan, sebanyak 120 timun organik Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria itu ditarik semula penjualannya dari pasar raya dan kedai runcit.

Pegawai kesihatan di Austria pula memberitahu, hanya sebilangan jumlah timun yang ditarik balik.

Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan Austria menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan amaran bahawa pencemaran bakteria itu turut merebak pada tanaman tomato dan terung.

Agensi tersebut mendakwa sejumlah sayuran itu mungkin telah dijual dan meminta orang ramai yang membelinya supaya segera membuang sayuran tersebut.

Di Denmark, seramai lapan orang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria E. coli.

Timun yang dicemari bakteria itu turut dilaporkan turut dieksport ke Hungary dan Luxembourg untuk dijual.

Dua rumah hijau di Sepanyol didapati menjadi sumber bakteria tersebut merebak.

Negara lain seperti United Kingdom dan Belanda juga dipercayai dijangkiti bakteria tersebut.

Orang ramai yang baru pulang mengunjungi Jerman pula diminta untuk berjumpa dengan doktor jika mereka mengalami cirit birit berdarah. -AFP, Reuters, BBC

7 comments:
Write comments
  1. Bagus jangan membeli timun import buat masa ini. Belilah hasil pertanian tempatan.

    ReplyDelete
  2. sentiasalah berhati-hati dalam memilih makanan..

    ReplyDelete
  3. kita kena pastikan tanaman kita bebas dari jangkitan penyakit.

    ReplyDelete
  4. harap-harap bakteria E.coli ni tidak merebak ke Malaysia. sebaiknya, hasil pertanian atau barangan tempatan lebih diutamakan. bukan saja menyokong industri pertanian atau pembuatan negara malah ia dapat mengelakkan daripada perkara-perkara buruk seperti ini.

    ReplyDelete
  5. Berhati-hatilah makan mentimun.Jika boleh elakkan memakan mentimun buat masa ini sehingga pengesahaan selamat dimakan dikeluarkan.

    ReplyDelete
  6. kalau mahu lagi selamat, jangan beli sayur2an import..

    ReplyDelete
  7. Belilah sayuran tempatan, lagi murah dan fresh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.