Polis dan kerajaan negeri Sarawak hari ini dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan.
Kes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.
"Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja.
"Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali,” kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu.
Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu.
Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan.
Pasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.
Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya. -MK
Saturday, May 28, 2011
S'wak gagal bertindak: Gadis Penan terus dirogol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pihak polis sepatutnya membantu gadis-gadis Penan.
ReplyDeleteharap tindakan yang sewajarnya dapat diambil..
ReplyDeletewarga asing ni selalu saja buat hal. mereka ini sepatutnya dihantar pulang saja ke negara asal mereka.
ReplyDeletekesian juga gadis-gadis Penan ni tanpa pembelaan. suku kaum Penan sepatutnya tidak dipinggirkan walaupun mereka ni kebanyakannya tinggal di hutan. kerajaan negeri Sarawak bela nasib mereka dan berikan mereka pembangunan. dikatakan juga kaum Penan ni kebanyakannya tidak ada sijil lahir dan kad pengenalan. pada hal warga asing pula dengan mudahnya mendapat sijil lahir dan Mykad.
ReplyDeletePerkara sebegini tak boleh diambil ringan oleh pihak yg berwajib...jika tak ada tindakan diambil, maka pembalak2 Indon ini akan terus membuat perkara yg sama kerana mereka rasa polis tidak akan buat apa2...
ReplyDeleteJangan mudah percaya dengan lelaki yang tidak dikenali.
ReplyDeletegadis2 tersebut harus dbela, jgn biarkan ramai gadis yang menerima nasib yang sama.
ReplyDeletekenapa Datuk Alfred Jabu enggan menerima laporan siasatan? mana undang2 di negara ini? jika beginilah sikap pemimpin, tidak lama lagi Malaysia akan dipijak2 oleh bangsa asing kerana pemimpin2 Malaysia lemah, lebih2 lagi bila dihulur wang ringgit.
ReplyDelete