Mahasiswa akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umu ke-13 nanti, justeru Umno BN mesti berundur.
Demikian ditegaskan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan polis terhadap para mahasiswa yang berhimpun di Universiti Perguruan Sultan Idris, awal pagi semalam.
“Mahasiswa mahukan perubahan, kali ini mahasiswa dan anak muda akan membuat pilihan yang tepat.
“Kami akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang. Umno BN mesti berundur, mereka sudah tidak layak lagi mentadbir Malaysia dengan prestasi yang sangat buruk,” ujarnya
Mengenai insiden yang berlaku itu, beliau berkata, Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan mesti bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku itu.
Justeru, katanya mahasiswa desak agar Ketua Polis Perak itu membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap anggota beliau yang memukul dan menerajang peserta demonstrasi.
Katanya, Shukri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan nafi berhubung dengan kejadian yang berlaku, yang menjelaskan lagi sifat tidak profesional pihak PDRM bekerja.
Menurutnya, mahasiswa bukan golongan penjenayah, mahasiswa hadir hanya berbekalkan suara dan kain rentang, pihak polis tidak wajar membuat kekerasan sedemikian
Selain itu juga, ujarnya mahasiswa mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas khususnya dan juga seluruh mahasiswa Malaysia umumnya atas kekasaran anggota polis itu.
“ Amaran keras kepada pentadbiran Malaysia, bahawa kecaman dan kekerasan yang dibuat oleh pihak polis tidak lagi menjadi halangan bagi seluruh mahasiswa bahkan ia menambahkan lagi semangat kami untuk terus bersatu dalam membebaskan mahasiswa daripada belenggu kezaliman,” tegasnya.
Beliau menambah, perjuangan mahasiswa menuntut kebebasan akademik juga akan terus membara di seluruh pelosok negara dan tidak sekali-kali akan terhenti.
Monday, January 2, 2012
Mahasiswa Ikrar Tumbangkan Bn Dalam PRU 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INIlah UMNO sanggup lakukan apa saja kepada mana-mana pihak yang mereka fikir menghalang kerakusan mereka.
ReplyDeleteBangkitlah anak bangsaku gunakan kuasa Miranda bagi anda yang terpelajar ayuh kita tukar Kerajaan PRU 13 nanti.Insya Allah
ReplyDeletesudah tiba masa umno ditumbang pada PRU13
ReplyDeletekesedaran yg lahir drpd lubuk hati individu adalah aset modal insan yg paling berharga...
ReplyDeleteAKU NAK BERI AMARAN KEPADA MENTERI PELAJARAN JANGAN GUNAKAN PREMIS SEKOLAH UNTUK PROGRAM UMNO!
ReplyDeleteHARTA KERAJAAN BUKANNYA MILIK UMNO APATAH LAGI BANGUNAN SEKOLAH BUKAN DIBINA MENGGUNAKAN DUIT MAK BAPAK UMNO!
NANTI KAMU MEMERINTAH GUNALAH BANGUNAN SEKOLAH SEPUAS-PUASNYA, SEKARANG UMNO BOLEH GUNA KERANA IA YANG MENUBUHKAN KERAJAAN, KALAU KAMU DAPAT MEMERINTAH TIADA YANG LARANG KAMU BA...
ReplyDeleteTIDAK SEMESTI YANG TERPELAJAR ITU BOLEH MENTADBIR NEGARA......
ReplyDeletePihak polis sudah mengeluarkan video mengenai kejadian ini dan pihak polis dengan jelas dilihat tidak melakukan kezaliman.janganlah jadi individu yang berfikiran cetek yang menelan bulat-bulat apa yang dikatakan oleh mahasiswa ini.Banayak persoalan yang wajar difikirkan bersama.
ReplyDelete1.Safwan Anang mendakwa rusuknya patah tetapi boleh mengambil peperiksaan esoknya?Sungguh retorik.
2.Dakwaan bahawa seorang pelajar dipukul sehingga berdarah adalah tidak lebih dari aksi mencari perhatian beliau merempuh pintu kaca dan doktor sudah mengesahkanya.
3.Terus menggunakan isu Auku kononya menyekat cakna mahasiswa walhal banyak diantara mereka yang tidak habis mengaji kerana sibuk berpolitik dan ada yang bekerja sebagai pembantu S.Sivarasa PKR.
Renung-renungkan dan mereka tidak mewakili mahasiswa seluruhnya.Merasakan diri pejuang walhal ramai merasakan merekalah petualang alat kepada individu tertentu