DATUK Seri Panglima Lajim Haji Okin, tokoh kontroversi di persada politik Sabah mula terkenal apabila menjadi ‘Katak Terawal’ yang melompat ke Kolam Barisan Nasional sebelum diikuti Datuk Rubin Balang dan beberapa lagi ‘Berudu’ sehingga Parti Bersatu Sabah (PBS) yang memenangi Pilihanraya Umum 1994 dengan majoriti mudah; tumbang setelah Lajim, Rubin, Zaini dan beberapa ADUN PBS berpaling tadah.
Kini setelah 17 tahun menikmati pelbagai kemewahan sebagai ADUN dan Ahli Parlimen UMNO, khidmat Lajim tidak diperlukan lagi dan lazimnya ‘katak’ secara rasmi akan menjadi makanan ular; menyebabkan Lajim bertindak cuba melompat tinggi untuk menunjukkan bahawa beliau masih mempunyai pengaruh politik; terutama setelah memimpin PERKIM Sabah dan Persatuan Bisaya Sabah.
Namun ketokohannya dalam PERKIM tidak begitu menyerlah berbanding kedudukannya sebagai Timbalan Yang Di Pertua USIA suatu ketika dahulu kerana beliau pernah mengadakan Majlis PERKIM dan mengganggarkan 2,500 orang yang hadir; tetapi hakikatnya hanya 250 sahaja yang muncul di majlis besar-besaran berkenaan.
Sebagai seorang seniman politik yang boleh membawa pelbagai watak, Lajim yang pernah dinobatkan memenangi award ‘Raja Katak Politik Sabah’ pada 1994, kini cuba melakonkan drama komedi terbaru ‘Gua Lompat, BN Mati’; dengan muncul secara mengejut dan berucap di pentas yang salah, terutama di majlis anjuran Pembangkang.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Silam, ‘dr’ Salleh Kalbi menghadiri dan berucap di majlis SAPP setelah SAPP keluar daripada BN; tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil melainkan tidak diperkenan sebagai Pengerusi BN Silam, walaupun majoriti parti komponen mencadangkan beliau bagi meneruskan tradisi BN melantik Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN.
Walaupun Lajim membuat kenyataan bahawa beliau hadir dan berucap di Majlis Pembangkang atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, tetapi Lajim terlupa Kod Etika BN yang mengharamkan sebarang bentuk sokongan terhadap pembangkang, apatah lagi turut berucap dan mendedahkan rahsia kegagalan kerajaan BN di pentas terbuka.
Memang ucapan Lajim ada benarnya kerana berjaya menjolok jantung Najib yang terkedu dengan kegagalan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dipimpin oleh ‘Golden Eye Boy’ Najib, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kerana semua pembangunan yang dilaksanakan di Beaufort tidak dapat berfungsi sepenuhnya disebabkan karenah birokrasi dan kesilapan perancangan dan kecuaian pelaksanaan.
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang dilaksanakan KKLW dengan kos ratusan juta ringgit hanya seperti ‘hiasan musim Krismas’ kerana dibina separuh jalan dan tidak sampai kepada pengguna disebabkan lebih mengutamakan keuntungan berlipat ganda (Projek Top-Up) kontraktor daripada kepentingan awam.
Lompatan tinggi ‘Raja Katak’ kali ini tidak berjaya melepasi pagar kawat yang direntang BN dan Parti Pembangkang sehingga semua melihat Lajim tersangkut pada kawat berduri; apatah lagi pemimpin pembangkang menyifatkan kehadiran Lajim di majlis mereka sebagai ‘Bom Jangka’ yang dihantar BN untuk memusnahkan Pakatan Rakyat daripada dalam.
“Dia bukan bersama kita, tetapi senjata BN untuk merapuhkan pertahanan Pakatan Rakyat. Kita tahu siapa Lajim dan dia sanggup melakonkan apa juga watak asalkan dapat wang dan pangkat,” ujar seorang pemimpin DAP Sabah yang meminta agar namanya dirahsiakan bagi mengelak kekeliruan.
Bagaimanapun, ramai pemimpin BN Sabah berpendapat Lajim tidak akan berani meninggalkan BN, sekalipun mendapat tawaran lumayan kerana terikat dengan beberapa Skandal Rasuah dan Penipuan bagi membiayai kegiatan songsangnya di Kasino.
Pada saya, Lajim melakukan ‘Watak Antagonis’ semata-mata untuk meraih simpati dan menunggu Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Ketua Special Branch Sabah memujuk beliau dan memperkenankan permintaan beliau untuk terus mewakili Beaufort, sekurang-kurangnya bagi satu penggal lagi.
Dalam hal ini, Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Ketua SB Sabah sewajarnya berterus terang bahawa watak Lajim telah ditamatkan pada Sayembara Pilihanraya Umum Ke 13, kerana tidak lagi relevan dan bukannya ‘Winnable Candidate’.
Kasihan Lajim menunggu jawapan dan pinangan yang tidak pasti!
Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)
Monday, January 2, 2012
Hari-hari Terakhir Si Raja Katak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
walau pun dia raja katak tapi ia boleh mempengaruhi anak-anak katak dan berudu mengikutinya,bagi saya ia bukan lah seperti katak tapi seperti penghijraan macam Nabi berhijrah dari mekah ke madinah ia itu penghijraan dari kegelapan ke kecahayaan alam.....ayuh Lajim perjuangkan ladang gula di kuala penyu sebab sumber ini akan menjadikan sabah sebagai negeri pengeluar gula dimalaysia....ambil contoh masa kini sabah berbangga disebabkan ini:
ReplyDelete1)Pengeluar sawit terbesar No 1
2)Pengeluar Minyak No 1
3)Pelanggan Astro No 1
4)Pengeluar Getah No 1
5)Penduduk termiskin No 1
6)Rakyaat yang di tipu No 1 harga komiditi seperti getah dan sawit disabah murah dari semananjung dan serawak.
7)Harga barang paling mahal di malaysia No 1
ini bermaksud sabah ada lah no 1 dimalaysia tapi check no 5 ia adalah negeri termiskin no 1 dimalaysia......itu lah sebabnya datuk lajim patut berhijrah...sokong kooh Lajim
fuiyooo hebatnya lajim niii.
ReplyDeleteEra katak2 di seluruh malaysia. Sekarang sabah dan sarawak mula merebak jenis specis ini. Tapi kita rakyat juga yg menggalakkan kewujudan mereka!
ReplyDeleteLajim bertindak pindah parti pada 1994 disebabkan situasi politik Sabah pada waktu tersebut memerlukan tindakan berani seperti yang telah berlaku dan yang sudah itu biarlah menjadi lipatan sejarah politik Sabah. Situasi sekarang mungkin bagi beliau memerlukan perubahan ke arah pembaharuan disebabkan beliau lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku didalam dan diluar khemahnya.Jika dikatakan hero politik Lajim masih jaguan walau parti manapun beliau bertanding di kawasannya, beliau membuktikan kepada rakyat di kawasannya selama ini kemampuan sebenar perjuangannya, rakyat di kawasannya tetap memilih beliau walau apapun yang berlaku terhadap perjuangan politiknya.Jangan pandang rendah Lajim kerana Lajim mungkin satu Malaysia akan berubah. Tahniah Janang Gayuh teruskan perjuangan demi rakyat Sabah keseluruhannya.
ReplyDeleteKepada anda yang mengelar Lajim Raja Katak, silalah periksa diri anda adakah anda berjaya seperti Lajim, jika anda berijajah tanya diri anda sejauhmana sumbangan anda terhadap Negeri Sabah dan terhadap masyarakat dikawasan anda. Fahamilah apa itu politik, Lajim salah satu contoh pemimpin yang pandai berpolitik.
ReplyDeletelajim tak diperlukan lagi. dah tua sangat..dalam politik. dan ramai lagi seperti lajim perlu undur diri
ReplyDeletesenario politik sabah tidak sehebat di semenanjung..kat sabah saper banyak RM dia yang berkuasa
ReplyDeletesaya sokong DLO untuk berhijrah ke kawasan tanah subur yang boleh kita bercucuk tanam dan memberi hasil yang maksimum tanpa di baja,pada masa sekarang bukan tanah yang di usaha kan oleh DLO ini tidak subur tapi tanah ini terlalu banyak perasit dan memerlukan banyak bahan kimia untuk menutralkan tanah tersebut dan perlu di bajak selalu untuk mengemburkan tanah supaya senang di tanam dengan tanaman...ungkapan saya ini siapa yang tidak faham memang bengang lah....
ReplyDeleteTerpulanglah kepada Lajim sama ada beliau akan lompat parti lagi ataupun tidak. Keputusan beliau patut dihormati.
ReplyDeleteKita tunggulah jawapan daripada Lajim Ukim selepas ini mengenai keputusan beliau.
ReplyDeleteBanyak juga parti yang sedang menunggu Lajim keluar macam PAS dan SAPP. Sudah membuka pintu besar-besar untuk menerimanya.
ReplyDeleteBetulkah Lajim akan keluar daripada UMNO untuk menyertai pihak pembangkang.
ReplyDeletebudaya lompat sudah menjadi perkara biasa dalam politik malaysia..
ReplyDeletekita tunggu dan lihat apa tindakan si lajim menjelang pru13.
ReplyDeleteTiada apa yang baru dalam politik sekarang, katak lompat parti adalah perkara yang biasa.
ReplyDeleteMasalahnya, Lajim belum pun bagi apa2 kenyataan rasmi tapi banyak sudah spekulasi timbul.Adei..
ReplyDeleteapakah lajim akan lompat parti? atau akan kekal walaupun mungkin akan digugurkan dari percalonan semula menjelang pru13..
ReplyDeletelajim katakan akan membuat kenyataan apabila ianya (lompat) berlaku..macam kompom saja ni..apa2 pun kita tunggu saja kenyataan rasmi dari tuan punya badan..
ReplyDeleteyang pasti pru13 akan memberikan kita banyak kejutan..
ReplyDeleteMasih belum pasti lagi mengenai Datuk Lajim ini. Apa pun kita tunggu saja pengumuman dari beliau.
ReplyDeleteDatul Lajim merupakan pemimpin yang berpengaruh dikawasannya sendiri. Pada PRU12 beliau menang majoriti dikawasan beafourt.
ReplyDeleteKhabar angin semata-mata mengenai perkara ini. tungguk dari tuan punya badan sendiri.
ReplyDeleteSemoga Datuk Lajim akan terus berjaung dibawah parti UMNO BN Sabah.
ReplyDeleteJanganlah Datuk LAajim cepat mengalah. Anggap semua ini cabaran untuk beliau memperjuangkan hak penduduk Sabah.
ReplyDeleteTak sabar-sabar lagi bagi semua.
ReplyDeleteBiarlah rakyat menentukan.
ReplyDeletetidak perlulah percaya dengan khabar angin yang belum pasti kesahihannya.
ReplyDeletesetakat ini Lajim tidak pernah pun menyatakan yang dia akan keluar BN.
ReplyDeletetidak payah menggembar-gemburkan isu Lajim ini jika tidak ada bukti yang kukuh
ReplyDeleteit is up to the people who they want to vote during GE-13
ReplyDeleteterpulanglah jika rakyat masih mahukan Lajim
ReplyDeletejika benar Lajim akan tersingkir, wajarlah jugalah jika beliau memberi peluang kepada pemimpin pelapis untuk menggantikan beliau
ReplyDeletewalau apa pun, rakyat Sabah masih perlukan pimpinan KM kita untuk memajukan negeri termiskin ini
ReplyDeletebelum pasti lagi nak keluar Parti sudah mcm2 anggapan keluar.
ReplyDeleteI'm sure Lajim has a good reason jumping into BN in the first place.
ReplyDeleteNeway, i wish all the best to Lajim.
ReplyDeleteketika artikel ini keluar, sudah ka beliau lompat meninggalkan umno??
ReplyDeleteBaru2 ini Lajim menghadiri rumah terbuka krismas bersama2 dengan pemimpin pembangkang dan ada ucapan beliau dalam majlis itu yang mengatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan BN. adakah ini yang membuatkan ramai yang mengandaikan Lajim akan melompat parti sekali lagi??
ReplyDeletekalau kita tengok kenyataan2 Lajim di media, tidak ada pula kenyataan dia yang menggambarkan bahawa beliau sudah tidak sehaluan dengan kerajaan BN.. malah masih menyokong sepenuhnya kerajaan BN..
ReplyDeletekita tidak dapat menjangkakan dengan tepat apa yang akan berlaku pada PRU nanti. apapun, jika benar Lajim akan keluar BN atau beliau tidak tersenarai sebagai winnable candidate, terima sajalah.
ReplyDeletehope this is not the last day for Lajim.
ReplyDeleterasanya semua fitnah saja tu. ada pihak2 yang cuba sabotaj dia ni. Setakat ni kalau tidak silap tiada pun kenyataan Lajim mengenai lompat parti.
ReplyDeleteSetiap orang dalam parti punya peranan masing2. Setiapnya perlu ada sumbangan terhadap parti.
ReplyDeleteTu la. Makanya jangan cepat terpedaya.Kawan atau lawan pun tidak dapat cam. sendiri juga yang tamak. Ada kabar2 lompat pparti terus2 la dijemput. Sendiri juga yang salah.
ReplyDeleteDAP2.. setiap parti ada strategi yang tersendiri. perlulah bijaksana.
ReplyDeleteLajim berada di mana parti tiada beza, yang penting teruskan usaha dan tanggung jawab kepada rakyat.
ReplyDeleteTidak hairan jika Lajim melompat parti. Berkemungkinan agen da beliau berlainan sekarang.
ReplyDeleteTerpulang kepada lajim untuk menentukannya.
ReplyDeleteKami tunggu keputusan muktamad Lajim.
ReplyDeleteTernyata lajim tidak sehaluan dengan BN lagi. Bukan tidak mungkin Lajim akan keluar dari BN dan menyertai SAPP atau yang lain.
ReplyDeleteJust respect Lajim decision.
ReplyDeleteLajim will still serve the people well.
ReplyDeleteAgree to LLS, as logn as Lazim still work hard and strike more or the people, indeed no different whether in Bn or not.
ReplyDeletekalau nak lompat parti, lompat dengan imej yang baik.
ReplyDeleteMay be Lajim getting good offer.
ReplyDeletenajib will do more to retain Lajim. Just wait and see.
ReplyDeleteKatak ni jadi lumrah dalam dunia politik dan bagi saya ia bukan satu hal yang memeranjatkan.
ReplyDeleteNamun soal lompat melompat ni biarlah Lajim putuskan sendiri.
ReplyDeleteSAelebihnya biar rakyat decide. Tak perlu pening kepala, fokus pada apa yang perlu dilakukan next GE nanti.
ReplyDeleteSekarang ni Lajim hanya perlu jalankan t/jawabnya sebaik mungkin terhadap kebajikan rakyat.
ReplyDeleteAll the best kepada Lajim dan teruskan perjuangan selagi terdaya. Kalau tak berilah peluang pada generasi muda pula.
ReplyDelete