Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.
"Di kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang baik,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.
Semasa ditanya mengenai kadar GST yang diterima rakyat, Najib berkata, kerajaan akan menjalankan kajian yang sewajarnya bila tiba masanya.
Mengenai sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: “Saya akan maklumkan kemudian.”
- Bernama
Tuesday, May 10, 2011
Cukai pendapatan mungkin dikurangkan - Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betulkah kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan?
ReplyDeleteba ngam la. Tapi bagi yg tiada cukai pendapatan? government tax mungkin kan..harap2 la suatu hari nanti.
ReplyDeletebgslah jika cukai pendaparan dikurangkan.
ReplyDeletebagaimanapun, rakyat kena ddedahkan apa itu GST.
ReplyDeleteharap-harap cukai pendapatan akan dikurangkan.
ReplyDeleteGST? ramai sangatkan rakyat kita ini yang dipotong cukai pendapatan mereka. Kita harap PM akan bertindak dengan bijak.
ReplyDeleteApa bezanya jika cukai pendapatan dikurangkan tetapi GST pula dikenakan?
ReplyDeleteAdakah kita dapat menikmati kekurangan cukai dari itu?
Harap cukai pendapatan dikurangkan dan GST tidak dilaksanakan.
ReplyDeletebarulah rakyat mempunyai duit poket yang berlebihan untuk menanggung beban kehidupan yang semakin tinggi.
Rakyat mengalu-alukan pengurangan cukai pendapatan.
ReplyDeleteSebagai rakyat yang perihatin dengan keadaan kewangan negara, tentu rakyat ingin tahu dari mana kerajaan membuka sumber cukai yang baru untuk menampung perbelanjaan negara.
Pungutan cukai lebih menyeluruh dengan melaksanakan GST.
ReplyDeleteHarga barang keperluan harian semakin melambung tinggi, tambah lagi GST, alamak......!
ReplyDeletediharap pengurangan cukai ini mendatangkan kebaikan yang lebih berbanding keburukan kepada rakyat mahupun negara.
ReplyDeletebaik saya tunggu dulu penjelasan selanjutnya dari PM..
ReplyDeleteHoreiii cukai pendapatan bakal dikurangkan dan cukai GST bakal dilaksanakan dan semua rayat tanpa kira berkerja atau tidak kena tax GST.Good servis tax akan dikenakan keoada barangan harian 5-6% syukurlah kalau sekarang hanya astro atau KFC kena 6% tatapi GST bekal semua barangan keperluan so kita undi BN/UMNO untuk sama2 merasa cukai ini.
ReplyDeletekasihanla...orang- orang kampung pun dipaksa bayar cukai juga melalui GST. Nak masuk tandas pun kena GST juga agaknya...
ReplyDeleteKita di sabah bukan semua orang berpendapatan tinggi, GST memang tak sesuai. GST akan menyebabkan orang miskin akan bertambah miskin...
ReplyDeletekenaikan petrol tidak akan membebankan rakyat, kenaikan gula tidak akan membebankan rakyat, GST tidak akan membebankan rakyat...begitulah cakap menteri- menteri BN (Barang Naik)...boleh percaya ka? Segala permasalahan kewangan, kerajaan akan diletakkan atas bahu rakyat, kerajaan dah tak ada idea lain ka. Ada duit pun banyak masuk poket...
ReplyDeletemula- mula barang itu, barang ini dikecualikan GST...mesti kerajaan akan cakap itu. Lama kelamaan semua barang pun akan kena GST...
ReplyDeleteGST- Golongan Susah Tertindas.
ReplyDeleteKenapa Bro kau orang susah hati patutnya kau orang bandar/kampung happy bah Bro sebab sabah adalah penyokong kuat BN(barang Naik)so patut lu all bersyukurlah dan berterima kasih dgn BN macam kata lagu scorpion " what u give u get back" memang cantik.
ReplyDeleteYa, betul tu Anonymous, sememangya kita bersyukur dan berterima kasih kepada BN. Ini kerajaan yang kita pilih, kita sanggup tanggung akibatnya. Usahalah bimbang dengan kita.
ReplyDelete