BARU-BARU ini, PRU ke-13 dikatakan akan diadakan pada bila-bila saja dan salah seorang pemimpin Umno Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal juga dikatakan sedang bersedia untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah.
Seperti yang penduduk Sabah tahu, bukan mudah bagi Shafie untuk menewas Datuk Seri Musa Aman, sedangkan Ketua Perhubungan Umno Negeri ini juga sebagai seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan dari hampir kesemua bahagian Umno di Sabah.
Keadaan sebegini menyebabkan Shafie terpaksalah bergantung kepada Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden LDP sebagai agen untuk menentang Musa Aman.
Chin juga bukan orang bodoh yang hanya sanggup dipergunakan. Baru-baru ini, khabar dalam politik mengatakan bahawa beliau telah memperolehi projek sebanyak RM52 juta dari Kementerian yang dijaga oleh Shafie, menjadikan jumlah projek yang diperoleh oleh Chin melepasi RM 300 juta.
Ini menjelaskan kenapa baru-baru ini Chin sekali lagi menyerang Musa Aman dengan alasan penduduk Sarawak tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri mereka dan oleh itu, Sabah juga hendaklah menukar pemimpin tertinggi. Chin memang memahami pepatah, ‘no pain, no gain’.
Tidak boleh dinafikan bahawa Shafie dan Chin memainkan taktik saling guna-mempergunakan. Shafie memberi projek kepada Chin dan Chin mempergunakan nama LDP untuk menyerang Musa Aman.
Kasihan juga LDP dan masyarakat Cina kerana telah dipergunakan sebagai kambing hitam. Pertengkaran antara Chin dan Musa Aman telah mengakibatkan LDP kehilangan banyak jawatan kerajan terutamanya, Timbalan Ketua Menteri.
Senang-senang Chin menguntungkan diri berjuta ringgit dengan hanya temberang di media, nasib malang pula membanjiri LDP sebab satu sen pun tidak pernah dapat oleh LDP walaupun nama LDP itu sering muncul di media.
Sewajarnya ahli-ahli LDP tidak patutlah berdiam diri memandangkan Chin masih tidak berhenti menggadaikan maruah LDP bagi mencari rezeki sendiri, jangan membiar saja kontraktor ini menghancurkan parti BN sampai diketawakan orang lain.
Oleh: KENNEX BINSOOB CHEE (sabahkini)
Monday, May 9, 2011
LDP Dijadikan Kambing Hitam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tidak perlu dipanjangkan lagi isu ini. selesaikan lah dengan segera.
ReplyDeletemasih banyak pekara berkaitan rakyat yang perlu diberikan tumpuan.
ReplyDeleteV.K Liew patut pecat Chin Su Phin kerana mengadaikan maruah LDP demi kebaikan diri sendiri.
ReplyDeletemasalah dalam LDP adalah kerana Chin Su Phin.
ReplyDeletesebaiknya Chin jgn timbulkan lagi masalah dan mengeruhkan hubungan LDP dgn BN.
ReplyDeleteibarat peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit'.
ReplyDeleteChin sepatutnya tidak menggunakan LDP sebagai senjata untuk menyerang KM.
ReplyDeleteKes ini semakin rumit. Tidak ada maknanya Datuk Musa dan Shafie bermasam muka. Ini hanyalah propaganda yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
ReplyDeleteApa yang saya lihat kes ini sudah diputarbelit. Sebenarnya tidak berlaku seperti yang tertulis dalam artkel ini. Kita jangan membenci sesiapa kerana seorang pun tidak bersalah dalam hal ini.
ReplyDeleteJika Chin memperjuangkan kepentingan sendiri lebih, berundur saja dari LDP.namun, apa yang lebih baik adalah menyelesaikan masalah tersebut terlebih dahulu dengan cara profesional.
ReplyDelete"PRU ke-13 dikatakan akan diadakan pada bila-bila saja dan salah seorang pemimpin Umno Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal juga dikatakan sedang bersedia untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah"..
ReplyDeleteSeorang yang terbaiklah yang akan menjadi KM untuk Sabah..
Siapa yang menjadi ketua menteri Sabah itu kita tidak kisahlah. Apa pun masalah yang ada dalam parti perlulah ditangani sebaiknya. Seperti apa yang berlaku sekarang. Salah faham antara LDP dan BN. Harap akan dapat ditangani.
ReplyDeleteAntara LDP dan SAPP saya rasa bagus lagi LDP.. SAPP apa yang ada dengan mereka. Sekarang ini pun mahu bersama dengan Pakatan untuk PRU13. Benarkah SAPP akan bersama dengan Pakatan?/Jika benar nampaknya SAPP seperti tidak yakin dengan pendirian parti sendiri.
ReplyDeleteHaha tidak perlu bezakan SAPP dengan LDP. Memang SAPP lebih teruk. Tapi sekarang ini apa yang perlu adalah setiap parti komponen BN perlulah menyelesaikan masalah dalam parti mereka tersebut. Sampai bila pergolakan berlaku antara parti sendiri. Tidak ada gunanya semua itu.
ReplyDeletetidak semudah itu shafie boleh merampas jawatan ketua menteri sabah. beliau tidak mempunyai sokongan yang kuat dikalangan pemimpin2 di Sabah. baik beliau lupakan hasrat ini dan beri tumpuan kepada daerah beliau di semporna..
ReplyDeleteahli2 LDP patut sebulat suara meminta Chin meninggalkan LDP dengan cara terhormat. jika Chin keluar dari LDP, masalah LDP akan selesai sepenuhnya.
ReplyDeletePembaca jangan terpedaya dengan kes yang menyatakan bahawa Datuk Shafie dan Datuk Musa tidak sepakat. Hal ini tidak betul sebenarnya. Jangan terpedaya kerana kedua2 mereka tidak pernah menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap satu sama lain.
ReplyDeleteKetegangan yang berlaku adalah disebabkan oleh individu yang ingin mencari jalan untuk memporak-perandakan hubungan antara mereka berdua. Tapi hakikatnya ketegangan yang digambarkan tidak berlaku sama sekali.
ReplyDeleteSungguh bijak mereka mengaitkan satu cerita ke cerita lain....tidak Pasal2 LDP pula terikut sama dalam kes Datuk Shafi dan Datuk Musa... Hey2 pelbagai tanggapan tapi tidak semestinya betul, pandai2 la kita nilai.
ReplyDeleteI heard that Chin Su Phin is going to be appointed as Senator.
ReplyDeleteKambing hitam dari segi apa?
ReplyDeleteDari mana kamu dengar Chin Su Phin akan dijadikan senator?
ReplyDeleteEnough with all the dramas please.
ReplyDeleteSetiap parti mempunyai kekuatan masing2.Jadi jangan hendak mengungkit kisah lama semata2 ingin menjatuhkan pihak lain.
ReplyDeleteLots of development projects are still being delayed.
ReplyDeleteApa projek yang diberi kepada Chin? Sila nyata dengan lebih jelas.
ReplyDeleteJka penulis tahu jumlah wang projek tersebut tentu tahu juga apa projek yang didapati Chin.
Ini cerita benar atau cerita kedai kopi? Baru-baru ini memang Chin lantang bersuara.
ReplyDeleteKM tetap bertenang dengan sokongan padu dari semua cawangan UMNO Sabah.
Bagi ahli LDP yang sokong Musa, tindakan Chin membuatkan mereka dalam keadaan dilema.
ReplyDeleteLDP sekutu BN yang kuat dan setia, tidak berganjak dari apa jua tekanan dan krisis yang dihadapi BN dan terus setia bersama sekutunya.
ReplyDeleteBN harus menghargai sekutu yang berprinsip iaitu LDP.
Jarang kita dengar kenyataan dari presiden parti LDP.
ReplyDeleteApa pendirian beliau?