Thursday, May 19, 2011

Mengapa BIMB & Bank Muamalat ingin digabung ?

PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.

"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB”.

Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat,” katanya.

Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.

Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya,” hujahnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.

"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?” soal pempin PAS itu lagi. -mk

10 comments:
Write comments
  1. penggabungan ini mesti ada sebabnya tersendiri. harap gabungan ini akan memperkukuhkan bank2 tersebut.

    ReplyDelete
  2. itu terserah kepada bank-bank tersebut mahu bergabung atau tidak. itu hak mereka sendiri.

    ReplyDelete
  3. Bank Muamalat perlu jelaskan rasionalnya bank ini bergabung dengan BIMB.

    ReplyDelete
  4. Rasanya penggabungan ini satu cadangan yang baik untuk kedua-dua bank. Kerana dua bank ini pun terteraskan konsep Islam.

    ReplyDelete
  5. Bergabung atau tidak, terpulanglah yang penting semua pihak sennag hati. hehhe

    ReplyDelete
  6. Tapi jika penggabungan kedua-dua bank inni bawa lebih banyak kebaikan apa salahnya utk dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  7. Harap mereka akan bergabung setelah mempertimbangkan semua pro dan con.

    ReplyDelete
  8. bergabung akan memperkukuhkan bank.

    ReplyDelete
  9. beginilah caranya pemimpin2 PAS menunjukkan merekalah yang paling bijak di Malaysia.. apa buktinya bank muamalat sedang menghadapi masalah? bukan kah menuduh tanpa bukti itu adalah fitnah? kalau mahu penyata kewangan tidak perlu susah payah tunjuk pandai tulis surat, klik sahaja di sini http://www.muamalat.com.my/corporate-overview/financials/2010.html..

    Tahun 2008 Bank Mualamat mencatatkan keuntungan sebelum bayar zakat dan cukai sebanyak RM 42.3 juta. Tahun 2009 mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai RM 118.5 juta. Tahun 2010 pula untuk 9 bulan sehingga Disember mencatatkan keuntungan sebelum bayar zakat dan cukai sebanyak RM 143.9 juta... cukup2 la buat fitnah.. pantang ada para wartawan hulur mikrofon, semua benda kau nak bercakap.

    ReplyDelete
  10. apa yang dikatakan oleh naib presiden PAS ini, semuanya adalah fitnah dengan niat untuk menimbulkan persepsi buruk kepada kerajaan dan Tan Sri Syed Mokhtar. tujuan penggabungan itu adalah untuk mewujudkan sebuah Bank Islam yang lebih besar... berhati2 dan buat homework dulu sebelum buat kenyataan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.