Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.
Tulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.
Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 3.20 petang ini.
Bercakap kepada pemberita selepas laporan polis dibuat, yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan Sharifuddin Abdul Hamid berkata dakwaan yang timbul itu adalah satu hasutan.
"Jika benar seperti apa yang dilaporkan, ia merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini (dengan) pelbagai cara.
"Saya bimbang pendekatan ini akan menyemarakkan kemarahan umat Islam dalam negara ini," laporan polis itu dipetik.
Sehubungtan itu, beliau mahu polis menyiasat laporan tersebut.
Pada sidang medianya selepas itu, Sharifuddin berkata pihaknya mengetahui perkara tersebut berdasarkan laporan akhbar tersebut.
"Ia boleh memporak perandakan keselamatan (negara) sedangkan Islam adalah agama persekutuan," katanya.
Ditanya mengenai tindakan PERKASA selepas ini, Sharifuddin berkata pihaknya telah mengarahkan semua ahli PERKASA di semua negeri untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
"Kita bertindak mengikut saluran undang-undang. Kita tidak akan bertindak sesuka hati. Harap polis dapat menyiasat," katanya.
Kira-kira 20 anggota PERKASA Wilayah mengiringi Sharifuddin membuat aduan polis tersebut.
Di Georgetown, Bernama melaporkan PERKASA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.
Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.
Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.
"Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.
Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini.
Sementara itu, Jurucakap Pertubuhan Pembelas Islam (PEMBELA) Yusri Mohamad juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan blog pro-Umno dan Utusan tersebut.
"Jika jelas (berlaku) maka ia bercanggah dengan undang-undang dan boleh membawa kepada hasutan.
"(Negara) kita ada undang-undang, jika degil untuk dipatuhi, undang-undang perlu dikuatkuasakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini. -mk
Sunday, May 8, 2011
Negara Kristian: PERKASA buat laporan polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ne taktik bn...bila dah kacau..pilihanraya..pr menang...secara sah maka kata-kata pm akan berulang balik...KITA AKAN PERTAHANKAN DENGAN APA CARA SEKALI PUN...jadi kita fikirkan sendiri maksud kata-kata pm
ReplyDeleteIni semua helah BN utk menarik perhatian Islam. Dulu mahu masukkan UMNO keSabah pun helah yang sama; menuduh PBS akan mendirikan Kerajaan Kristian diSabah.
ReplyDeleteisu ini perlulah ditangani dengan berhemah..
ReplyDeleteharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
ReplyDeleteBiarkan PERKASA dan Ibrahim Ali yang bercakap tanpa bergeraknya otak kepala.
ReplyDeletekenapa isu berkaitan perkauman dan agama kini sering dipolitikkan. ia boleh menjejaskan keharmonian negara kita.
ReplyDeleteMereka ini sengaja membangkitkan kemarahan orang, makin kita respon, makin dorang happy.
ReplyDeletediharap dakwaan tersebut disiasat dan pihak-pihak yang terlibat dalam mencetuskan isu agama ini harus dikenakan tindakan.
ReplyDeletebila negara akan reda dengan isu-isu seperti ini?
ReplyDeleteI find it hard to believe this.
ReplyDeleteInvestigation is needed to confirm this statement.
ReplyDeleteMacam-macam pula sekarang ini..Sekejap Utusan mengatakan 1 Melayu sekarang pula Utusan memberikan kenyataan kristian menjadi agam rasmi negara. Tidak perlulah memperbesarkan hal ini. Jika benar berlaku cuba berikan polis bukti untuk mendakwa mereka yang bersalah.
ReplyDeleteApakah semua ini? Janganlah asyik memberikan satu isu perkauman kepada negara kita.
ReplyDeleteIni boleh membangkitkan kemarahan. Apa sudah jadi dengan M'sia? Harap2 di Sabah tetap harmoni.
ReplyDeleteYe ke? Ke PERKASA ni nak jadi kerajaan.
ReplyDeleteapa salahnya siasat dahulu baru kita tahu ini taktik BN tau taktik DAP.. kenapa? pemimpin2 pembangkang tidak boleh disiasat ka?
ReplyDeleteKorea merupakan negara yang mempunyai peratusan penganut Kristian yang tinggi tetapi bukan negara Kristian. Amerika tidak ada peruntukan kewangan kepada Kritian.
ReplyDeleteApa itu negara Kristian?
Bagi penganut Kristian, mereka mempercayai negara itu cuma wujud dalam hati mereka.
Jika nak buat laporan polis, laporan ini harus dibuat terhadap utusan.
ReplyDeleteRakyat hidup lebih aman tanpa gangguan dari utusan.
Kelakuan orang yang takut sangat dilupakan akan menggunakan segala perluang yang ada untuk menarik perhatian orang ramai.
ReplyDeleteSeperti contoh diatas, mereka akan berlagak sebagai barisan terdepan berkenaan sesuatu isu tidak kira isu itu benar atau tidak. Kadang kala tindakan mereka ini agak lucu dan dilihatkan tidak perlu.
Siapa percaya dengan laporan Utusan ini?
ReplyDeleteSaya tidak percaya.
Jangan mengikut langkah Utusan. Fikir masak-masak.Jika anda memprcayai dan yakin dengan Perlembagaan Malaysia, abaikan laporan ini.
ReplyDeletePERKASA selama ini juga mengeluarkan kenyatan perkauman dan agama yang melampau namun tiada tindakan dari pihak berkuasa khasnya KDN..sedangkan PERKASA melakukannya secara terang-terangan..pihak berkuasa harus berlaku adil..
ReplyDelete"(Negara) kita ada undang-undang, jika degil untuk dipatuhi, undang-undang perlu dikuatkuasakan," katanya.
ReplyDeletesay it to Ibrahim Ali..
Utusan Malaysia seharusnya tidak menyiarkan laporan tersebut sehinggalah ianya disiasat..namun apa yang berlaku, pihak Utusan Malaysia sengaja melakukannya atas sebab2 yang tidak diketahui namun mungkin politik salah satu sebabnya..
ReplyDeletelaporan polis harus dilakukan ke atas Utusan malaysia kerana menghasut dan mengancam keselamatan negara.
pasti ada dalang disebalik semua ini...polis pula boleh kah dipercayai akan berlaku adil?
ReplyDeleterakyat jangan percaya dengan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia..mungkin ianya hanya rekaan semata-mata disebabkan oleh faktor politik..tunggu siasatan diadakan dan kalau perlu tubuhkan siasatan diraja berhubung dengan isu ini.
ReplyDeletelaporan Utusan Malaysia paling tidak boleh dipercayai..abaikan sahaja..
ReplyDeleteAduiii, kenapalah buli jadi mcm ni. huhuhu
ReplyDeleteHarap hal ini dapat ditanggani dengan baik tanpa menjejaskan keharmonian yang ada.
ReplyDeleteMak oiii gula naik lagi oleh BN/barang naik aduuuuuiii linkuplah jualan kuih aku ooii ,untung tambah mengkecut sakitnya orang macam kami niaga kecil-kecilan nie sial punya BN/UMNO.yalah Orang UMNO/BN pasti gembira dan berharap lagi semua barang naik kalau BN menang PRU 13 tapi kami macam mana nak hidup.
ReplyDeleteSebab media di Malaysia adalah kebanyakan kepunyaan UMNO semua halal and kamu jga yang beli ini paper bertambah lagi dia punya perkauman pasal u all support.
ReplyDeleteisu2 agama jgnlah dibangkitkan. sikap saling menghormati perlu ada.
ReplyDelete