Thursday, May 5, 2011

Rakyat terbeban, tuntutan Cuepacs sanggah dakwaan BN

Keterlibatan masyarakat negara kita dengan transaksi secara hutang bukan lagi perkara luar biasa. Sama ada ia berlaku atas dorongan bermewah atau dipaksa keadaan, itu suatu hal yang lain. Apa yang pasti tabiat itu sudah semakin menjadi lumrah dan diterima umum.

Pun begitu, tidak ramai yang menyangka atau mudah menerima hakikat jika dikatakan bahawa rakyat negara ini sebenarnya menjadi antara kelompok penanggung hutang paling tinggi di dunia. Mahu tidak mahu, itulah hakikat yang perlu diterima, jika benar bagai didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), minggu lalu.

Penasihat Khas kepada persatuan itu, Dr Michael Lim Mah Hui, dalam kenyataannya kepada media, Selasa (26 April), mendakwa nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.

Menurutnya, pada kadar 140 peratus, ia jauh mengatasi negara jiran Indonesia dengan hanya 38 peratus, Thailand (52.7 peratus) dan Singapura (105 peratus). Bahkan turut mengalahkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (123.3 peratus) dan Korea (101 peratus).

Beliau turut mendedahkan fakta betapa hampir separuh daripada pendapatan isi rumah negara ini digunakan untuk membayar hutang. Katanya, bahagian terbesar hutang isi rumah adalah untuk membayar balik pinjaman perumahan, pinjaman kereta, penggunaan peribadi, pembelain saham dan kad kredit.

“Oleh itu tidak banyak lagi (pendapatan) yang tinggal untuk dibelanjakan bagi makanan, pengangkutan, pendidikan dan kecemasan,” kata Mah Hui.

Ya, dalam keadaan sebegitu, tentu tidak sukar digambarkan betapa terhimpitnya rakyat untuk memenuhi tuntutan kewangan menyelesaikan pelbagai keperluan hidup. Apalah sangat yang dapat disempurnakan apabila separuh gaji bulanan sudah awal-awal lagi diperuntukkan bagi melangsaikan hutang? Tolak tepi hasrat menabung atau menyimpan sebahagiannya.

Justeru, bagaimana mungkin dapat kita terima hakikat jika dikatakan sebarang kenaikan harga barangan keperluan tidak memberi kesan kepada kehidupan rakyat? Sedangkan dalam keadaan serba berjimat pun, rakyat sudah terlalu sukar membebaskan diri dari belenggu kewangan, inikan pula datangnya peningkatan pelbagai kos keperluan hidup.

Malangnya, yang sering kedengaran ialah hujah menafikan kesempitan hidup rakyat itu. Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan keperluan harian, termasuk petrol, diesel, gas, gula, tepung, ayam dan sebagainya, rakyat didendangkan dengan ulitan kononnya ia bukan kenaikan yang besar.

Barisan Nasional selaku pemerintah seakan menjadikan ungkapan itu satu klise wajib bagi merasionalkan tindakannya. Kononnya beban hidup rakyat tidak bertambah walau pun berlaku kenaikan harga barang.

Dalam nada lain, ia mendakwa kononnya kenaikan itu tidak dapat dielakkan, samada disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia, atau kerana kerajaan mahu menyalurkan peruntukan subsidi barangan terbabit kepada manfaat lebih besar untuk rakyat.

Kemudian, ada pula pihak-pihak lain, yang bercakap sama ada atas kapasiti selaku pakar ekonomi, aktivis masyarakat atau seumpamanya, yang mengukuhkan tindakan BN itu. Di masa sama, mana-mana pihak yang menyuarakan kebimbangan sebaliknya, sebegitu mudah dilabelkan BN sebagai sengaja menghasut rakyat membenci kerajaan.

Itulah fenomena yang berulangkali berlaku dalam masyarakat. Itulah juga persepsi yang cuba dibentuk BN.

Sebab itu ia memandang sinis sebarang suara pembangkang membela kehidupan rakyat. Malah sebarang perancangan dan janji Pakatan Rakyat membebaskan rakyat dari kesempitan hidup diperlekehkan dan diberikan tafsiran negatif.

PAS selaku parti yang menjiwai denyut nadi rakyat sejak sekian lama menunjukkan simpati dengan bebanan hidup mereka. Sebab itu PAS sering ke depan membantah kenaikan harga barangan dan menuntut tindakan lebih bertanggungjawab dari kerajaan BN.

Walaupun dalam usaha mempertahankan ego politiknya, BN kerap menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai, hakikat dialami masyarakat membuktikan PAS berada di landasan yang benar.

Peningkatan hutang isi rumah sepertimana didedahkan CAP tadi antara bukti. Manakala peningkatan pelbagai jenayah dan gejala sosial juga berpunca daripada tekanan hidup yang semakin membukit.

Tuntutan terbaru Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili sektor awam juga menjadi bukti tambahan mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini.

Rabu (27 April) lalu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman dilaporkan memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji baru terhadap kakitangan awam tahun ini. Beliau dipetik mengatakan pelarasan itu perlu ekoran peningkatan bebanan hidup ditanggung penjawat awam akibat kenaikan harga barangan kebelakangan ini.

Beliau malah secara spesifik mendakwa kakitangan awam terpaksa mengeluarkan belanja tambahan lebih RM500 sebulan bagi menampung kenaikan kos hidup keluarga.

Tuntutan itu mengesahkan betapa kenaikan harga barangan sememangnya membebankan hidup rakyat, malah menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup amat teruk. Ia sekali gus menyanggah dakwaan BN kononnya isu bebanan hidup rakyat hanya fitnah diada-adakan pembangkang untuk memburukkan BN.

Oleh: Mat Zain Mat Isa (detikdaily)

27 comments:
Write comments
  1. jadi apa idea yang diberikan untuk mengelakkan kenaikan harga barang???

    ReplyDelete
  2. diharapkan kerajaan akan dapat mencari jalan bagi membantu rakyat berhadapan dengan peningkatan kos hidup kini. pada masa yang sama juga, individu perlulah bijak dalam menguruskan perbelanjaan mereka.

    ReplyDelete
  3. I hope the government is able to find a way to help the people to lighten their burden especially in this current economy situation.

    ReplyDelete
  4. All the best to the government!Don't let the people down.

    ReplyDelete
  5. Hope that the government can manage this issue.

    ReplyDelete
  6. kerajaan kena cari jalan untuk kurangkan beban rakyat.

    ReplyDelete
  7. 'rakyat negara ini sebenarnya menjadi antara kelompok penanggung hutang paling tinggi di dunia.'

    rasa agak memalukan juga sb rakyat negara imi cenderung dengan tabiat suka berhutang.apapun,faktor-faktor yang mendorong keadaan ini harus dikenalpasti.

    ReplyDelete
  8. kenaikan harga barang keperluan utama sebaiknya dikawal dengan baik agar rakyat tidak terbeban,terutamanya mereka yang bergaji rendah.

    ReplyDelete
  9. "dalam keadaan sebegitu, tentu tidak sukar digambarkan betapa terhimpitnya rakyat untuk memenuhi tuntutan kewangan menyelesaikan pelbagai keperluan hidup. Apalah sangat yang dapat disempurnakan apabila separuh gaji bulanan sudah awal-awal lagi diperuntukkan bagi melangsaikan hutang? Tolak tepi hasrat menabung atau menyimpan sebahagiannya."

    Menyimpan? KWSP kn ada. LOL. Perbelanjaan semakin meningkat, keperluan dan kehendak macam sama ja penting. Ni mempengaruhi keadaan kewangan individu & keluarga. Baru2 ni harga minyak naik, perbelanjaan pun mesti naik juga. Sebab kalo harga minyak naik ja konpom harga barang2 lain akan naik. Tapi harap2 tidak naik la sbb kebanyakan guna minyak RON95 yang naik tu RON97. Di Sabah, walaupun tersenarai paling miskin konon, tapi harga2 rumah berada pada ranking ke-2 selepas KL. Kos tempat tinggal pun sudah mahal apa lagi yang lain2 kos.

    ReplyDelete
  10. Memang tidak hairanlah dengan rakyat kita sekarang. Kebanyakkan adalah menanggung hutang. kerana kebanyakkan disebabkan oleh pendapatan dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

    ReplyDelete
  11. Maka cara terbaik kawal hutang anda. Jangan fikirkan kemewahan semata-mata tanpa memikirkan kemampuan sendiri.

    ReplyDelete
  12. lain kali sedar la tahap kemampuan kewangan sebelum buat pinjaman. saya yakin walaupun gaji dinaikkan 2 atau 3 kali ganda, mereka tetap akan berhutang kerana itu adalah budaya rakyat di negara ini... keperluan boleh dipenuhi tapi kehendak yang tidak terhad amat sukar dipenuhi.

    ReplyDelete
  13. jika kerajaan kata kenaikan harga barang itu tidak boleh dielak, maka rakyat juga patut kata bahawa kerajaan tidak boleh mengelak dari menaikkan pendapatan seluruh rakyat negara ini..

    ReplyDelete
  14. harga barang naik, sepatutnya pendapatan pekerja juga naik. barulah selaras.

    ReplyDelete
  15. Saya berpendapat kenaikan gaji tidak banyak menafaat kepada kakitangan awam sebab baru pun saja diumumkan kenaikan gaji dan belum kita menerima kenaikannya dalam bentuk wang ringgit, barangan sudah duluan dikasi naik pula oleh para peniaga.Jadi kenaikan itu tidak bererti sebab habis menampung kos kenaikan harga barang keperluan harian,.Saya sarankan kepada kerajaan berikanlah BONUS 3 bulan gaji tiap tahun, dan hal ini saya percaya tidak akan mengundang ketamakhalobaan peniaga untuk menaikan harga barangan dengan sesuka hati mereka,..Patut penguat kuasa kenaikan harga barangan harus aktif dan telus, ini banyajk susah, dirasuah maka sewmuanya betul tiada tindakan..kenapa sikap orang malaysia sebagai penjawat awam macam begini tabiat mereka,..macam anging kurup.

    ReplyDelete
  16. kuatkuasakan akta gaji minimum secepat mungkin..kos hidup makin naik..

    ReplyDelete
  17. yang ramai diisytiharkan muflis adalah kakitangan awam..mengapa hal ini berlaku sedangkan kakitangan awam mempunyai pendapatan yang lebih terjamin berbanding dengan mereka di sektor swasta?

    ReplyDelete
  18. semakin hari semakin terbeban..kerajaan harus membantu rakyat..

    ReplyDelete
  19. kerajaan kena fikir nasip rakyat, bukan sedap hati jer naik harga barang

    ReplyDelete
  20. suara pembangkang membela kehidupan rakyat. Malah sebarang perancangan dan janji Pakatan Rakyat membebaskan rakyat dari kesempitan hidup terus disuarakan, keperluan asas telah meningkat kena fikir masalah rakyat bukannya siksa rakyat.

    ReplyDelete
  21. Beban kenaikan harga barang cuma kita golongan makan gaji yang terasa, bagi mereka yang duduk atas kerusi sana manalah meraka rasa dengan pendapatan yang begitu lumayan.

    ReplyDelete
  22. Kenaikan gaji kakitangan awam mesti setimpa dengan keupayaan atau prestasi mereka. Bagi mereka yang selalu berurusan dengan agensi kerajaan, tentu mereka sokong kenyataan ini.

    ReplyDelete
  23. Kakitangan erajaan seharusnya mempertimbangkan status kewangan negara sebelum mereka membuat tuntutan kenaikan gaji.

    ReplyDelete
  24. Kenaikan gaji penjawat awam bermakna kenaikan beban kewangan negara.
    Masih kita mampu menangung kenaikan gaji untuk penjawat awam?

    ReplyDelete
  25. Mahal harga barang sekarang. Terutamanya di Sabah. Kebanyakan harga barang disini lebih mahal dibanding dengan Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  26. Mak oiii gula naik lagi oleh BN/barang naik aduuuuuiii linkuplah jualan kuih aku ooii ,untung tambah mengkecut sakitnya orang macam kami niaga kecil-kecilan nie sial punya BN/UMNO.yalah Orang UMNO/BN pasti gembira dan berharap lagi semua barang naik kalau BN menang PRU 13 tapi kami macam mana nak hidup.

    ReplyDelete
  27. Harap masalah ini dapat ditangani dengan cara yang betul.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.