Saturday, May 14, 2011

Siapa Senator Dari Sabah?

BELUM ada sebarang kepastian Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin akan dilantik sebagai Senator yang mewakili Sabah di Dewan Negara sekalipun sudah lebih setahun kuota yang ditinggalkan Datin Naomi Chong belum diisi.

Ekoran daripada bantahan demi bantahan yang disuarakan oleh pemimpin dan ahli BN/UMNO Sabah menyebabkan Presiden LDP, Datuk V.K.Liew terpaksa berhati-hati membuat pilihan kerana Chin tidak sebulu dengan Ketua Menteri Sabah atau lebih dikenali sebagai ‘Orang Suruhan’ Tan Sri Chong Kah Kiat, seteru Musa Aman.

Sebelum ini V.K.Liew telah menamakan Chin sebagai pengganti Datin Naomi Chong tetapi sehingga ke hari ini belum ada sebarang surat rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung perlantikan Chin sebagai Senator Dewan Negara.

Ramai pemimpin BN Sabah telah meluahkan rasa tidak senang jika Chin dilantik sebagai Senator kerana sikap buruk yang ditunjukkannya selama ini sehingga mengeruhkan hubungan dengan parti komponen BN terutama UMNO yang menyifatkan Chin sebagai ‘Tidak Beradat’ dan berjiwa pembangkang.

“Tidak semestinya Senator yang bakal dilantik tersebut daripada LDP. Bukankah yang lebih penting ialah rakyat Sabah yang benar-benar boleh memberi sumbangan kepada BN dan Sabah kerana tidak ada termaktub dalam Perlembagaan Negeri atau Persekutuan kuota Senator milik LDP atau PBS. Hanya budibicara Perdana Menteri, atas nasihat Ketua Menteri Sabah,” ujar Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Yakub Khan.

Menurut Yakub, sesiapa sahaja yang bakal dilantik bukanlah menjadi isu tetapi BN Sabah hendaklah memastikan mereka yang dicalonkan untuk dilantik sebagai Senator tidak menghadapi masalah peribadi dengan Ketua Menteri Sabah.

“Bagaimana seseorang Senator itu dapat menjalankan tugas dengan baik jika tidak memahami konsep perjuangan telus Barisan Nasional. Umno Sabah sudah terlalu banyak bertolak ansur, tetapi adalah mustahil untuk kita terus mengalah selama-lamanya,” kata Yakub yang mencadangkan agar kuota Senator yang sebelum ini diberikan kepada LDP diserahkan kepada UMNO jika V.K.Liew dilantik sebagai menteri penuh kabinet persekutuan.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

25 comments:
Write comments
  1. Perkara ini belum dipastikan lagi, baik tunggulah pengumuman nanti.

    ReplyDelete
  2. tunggu sajalah sehingga pemberitahuan rasmi.

    ReplyDelete
  3. yang penting, pastikan siapa yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  4. pililah calon yang benar2 layak untuk menjadi senator.

    ReplyDelete
  5. Rasanya Chin tidak akan dilantik sebagai senator Dewan Negara.

    ReplyDelete
  6. semoga pemilihan dibuat ke atas calon yang benar2 layak.

    ReplyDelete
  7. VK Liew perlulah melaktik seseorang untuk menjadi senator. Jika Chin orangnya pastikan Chin memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  8. Hanya yang layak saja yang terpilih, Biarlah BN membuat keputusan.

    ReplyDelete
  9. pemilihan kena dilakukan dgn teliti.

    ReplyDelete
  10. pemilihan Senator kena dibuat dgn teliti.

    ReplyDelete
  11. Bila memilih kena pandang pelbagai aspek.. Jangan lakukan kesilapan kerana ini adalah untuk jangka masa yang panjang.

    ReplyDelete
  12. semuanya pertanyaan akan terjawab, cuma kena tunggu sahaja.

    ReplyDelete
  13. yang penting adalah rakyat sabah tulin..

    ReplyDelete
  14. Chin tidak perlulah dilantik..nanti akan bertambah-tambah pula bising dia (padahal semua adalah agenda peribadi)..

    ReplyDelete
  15. calon haruslah dipilih dengan hati-hati..jangan pula apabila dilantik,calon itu tikam dari belakang.

    ReplyDelete
  16. "..kuota Senator yang sebelum ini diberikan kepada LDP diserahkan kepada UMNO jika V.K.Liew dilantik sebagai menteri penuh kabinet persekutuan.."

    serahkan kepada komponen parti BN yang lain selain dari UMNO..

    ReplyDelete
  17. They always claim they involve in politic is to serve the people but truth unveil when they are not given any post.

    ReplyDelete
  18. Tidak sabar lagi nak tau siapa senator? Bagi rakyat Sabah ia tidak banyak membawa kesan.
    Lihat keadaan sekarang, ada tiada sama juga.

    ReplyDelete
  19. Pilihlah pemimpin yang lantang bersuara untuk rakyat.

    ReplyDelete
  20. Bersabarlah, pucuk pimpinan Bn pasti dpat melantik seorang yang layak dan diterima semua pihak untuk mengisi jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  21. Bn harus bertindak pantas melantik senator tersebut supaya isu ini tidak lagi jadi isu.

    ReplyDelete
  22. Merebut jawatan sampai bertengkar lidah??
    Cukuplah tu.

    ReplyDelete
  23. ada senator tapi bukan dari sabah

    ReplyDelete
  24. I would rather wait and see than to make speculation.

    ReplyDelete
  25. Make sure the appointed one will fulfill his responsibility.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.