PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily.
“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.
“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.
Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Mengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.
“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?
PAS: Islam agama rasmi
“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Lantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.
PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.
“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera.
Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.
“Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yg dikeluarkan.
Sehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.
“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas - MK
isu-isu yang seperti ini perlulah ditangani secara berhemah.
ReplyDeletetidak kira mana-mana media pun perlulah berhati-hati dalam menyiarkan sebarang maklumat. pastikan maklumat yang disiarkan adalah maklumat yang tepat sahaja.
ReplyDeleteJangan kita bagi respon, makin kita marah, makin dorang happy. Kita boycott Utusan.
ReplyDeletekenapa perkara berkaitan perkauman dan agama kini sering dijadikan isu. isu seperti ini boleh menjejaskan keharmonian negara kita.
ReplyDeleteBiarkan mereka yang sengaja membangkitkan kemarahan rakyat. Bila kita sudah tidak peduli, cara mereka untuk membangkitkan isu perkauman tidak lagi laku.
ReplyDeletedari sumber mana pula Utusan Malaysia dapat maklumat semua ni??saya setuju jika kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia jika ia terus menyemarakkan api permusuhan antara agama dan kaum.
ReplyDeletejika keadaan berterusan seperti ini, memang tidak sesuai pilihan raya diadakan dalam waktu yang terdekat ini.
ReplyDeleteBetul kah tidak nie???
ReplyDeletePandai-pandailah rakyat menilai perkara ini.
ReplyDeleteNampaknya PAS semakin aktif menyalahkan utusan atas kenyataan 1 Melayu ini.
ReplyDeleteSebaiknya UTUSAN memberikan maklumat yang berfaedah kepada rakyat. 1 Melayu memang tidak sesuai untuk kita Malaysia. Kerana kita sendiri sudah pasti Malaysia mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama. Maka apa guna 1 melayu???Lagi elok dengan adanya 1 Malaysia ini.
ReplyDeletesetahu saya,orang2 kristian cuma mahu kebebasan beragama bukan mahu jadi agama rasmi M'sia.
ReplyDeleteJangan membeli Utusan Malaysia.
ReplyDeletejika kita ingat balik, Karpal Singh juga pernah memberikan kata dua kepada PAS supaya melangkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan sebuah negara Islam.. apa sebenarnya pendirian PAS dalam hal ini? jangan hanya disebabkan mahu kekal berpolitik dan mengidam jawatan kabinet, PAS sanggup bersikap hipokrit dengan membelakangkan perjuangan sebenar mereka..
ReplyDeleterakyat juga mesti menolak Harakdaily kerana kebanyakan maklumat didalamnya sarat dengan fitnah dan pembohongan.. bila terkantoi cepat2 mereka padam artikel mereka..
ReplyDeleteMedia memainkan peranan penting dalam membawa informasi yang tepat dan adil kepada pembaca dan bukan mengunakan tajuk dan isi yang tidak berasas demi memprovokasikan perasaan pembacanya.
ReplyDeleteSudah terlampau utusan ini. Kenapa PM tidak mengutuk perbuatan utusan? Saya mempercayai perlembagaan Malaysia mampu mempertahankan Agama Islam sebagai Agama rasmi Malaysia.
ReplyDeleteKenapa PM membenarkan liputan utusan yang bercanggah dengan slogan 1 Malaysia yang beliau ilhamkan?
ReplyDeleteUtusan adalah lidah Umno menghalalkan cara ubtuk suvival politik UMNO.Malag media bebas mengapi-apikan perkauman dan agama apakah ini ajaran satu Malaysia dan mana KDN dan akta hasutan macam tunggul kayu,pelik media Malaysia ini macam kominis.
ReplyDeleteJanganlah kita baca suratkhabar yang tidak adil dan tidak melaporkan berita yang tepat.
ReplyDeleteKita kutuk sekuat-kuatnya surat khabar Utusan yang gemar membuat laporan yang memprovokasikan sentimen rakyat.
ReplyDeleteKita juga menyaran polis ambil tindakan yang adil dan tegas terhadap utusan.
Utusan Malaysia tidak boleh dipercayai..
ReplyDeletetindakan undang2 harus dikenakan ke atas Utusan Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan melampau dan mengancam keselamatan negara..dalang di sebalik isu ini juga harus dikenakan tindakan undang2..polis haruslah berlaku adil.
ReplyDeleteboycott Utusan Malaysia..
ReplyDeleteUtusan Malaysia harus dihentikan segera operasinya dan membekukan semua laporannya..diharap pihak berkaitan akan lebih bersikap adil dan bukannya bersikap 'kawan-kawan'..
ReplyDeleteJom boikot paper yang tak tahu nak fikir pasal perasaan org lain.
ReplyDeleteHarap hal ini tidak menggugat perpaduan dikalangan kaum.
ReplyDeleteisu2 agama jgnlah dibangkitkan. sikap saling menghormati perlu ada. akhbar harus main peranan dlm memupuk perpaduan dalam masyarakat.
ReplyDeleteUtusan akan menjadi punca kekalahan BN kalau dibenarkan meneruskan laporan lampau mereka. Harap kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mereka.
ReplyDelete